Pertemuan aturan Allah ( HAMKA)

Semalam menyempatkan diri juga pergi ke inspirational talk HAMKA the Mujaddid of Malay Archipelago. Memang, seperti sudah ada magnet, akan cuba sedaya upaya jugak untuk pergi ke talk jika ianya berkenaan HAMKA.

Kenapa jadi macam ni? Sedangkan dulu aku hanya mendengar orang lain memperkatakan perihal buku tulisan Hamka terutamanya novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. 
"Siapa HAMKA ni? Best sangat ke penulisan dia? Aku tak suka sangat novel2 cinta ni.Aku suka penulisan Ustaz Pahrol Juoi je" getus hati ego aku.

Tapi itulah orang kata, kalau dah perkara baik, senang saja mampu melembutkan hati2 nan gersang. Semuanya bermula tahun lepas, kawan aku si Syuhada tu, beriya betul nak tengok cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni semua gara2 lepas tengok 99 cahaya di Langit Eropah. Aku pun apa lagi, tumpanglah tengok sekaki. 

....................................................................................................

Pergh, boleh tahan cerita ni, mendalam kata-katanya, mengguris perasaannya.
Lepas dari tengok filem, aku mula mencari novelnya. Nak dijadikan cerita, ada pulak student UIA tiba2 post dalam IIUM Online yang dia jual buku2 Hamka, aku pun apa lagi, grab satu, baca dan terus jatuh. Jatuh cinta pada lenggok bahasanya, pada sinis jalan ceritanya. Mengkritik dalam cara paling halus. Nak jadi cerita lagi (kali ni memang aku pun amazed bagaimana Allah nak menemukan aku dengan Hamka), masa lawatan aku ke Bukit Tinggi, Kota Padang Indonesia. dah sampai sana baru tahu yang rumah Hamka di Danau Maninjau dan memang include dalam itinerary ground pakej ke Padang. Wallahi, aku tak buat research sangat masa nak pergi Bukit Tinggi tu, sebab tu kawan yang ajak, lagipun masa tu tiket murah pergi balik rm100. yang kawan2 aku cerita kat sana banyak jual Kain Sulam murah.haha

Ni buku yang sempat beli masa di Danau Maninjau. Kalau nak tahu cerita aku dekat sana boleh lah klik 

Dan lepas tu, aku jadi penasaran ingin mengetahui mengenai Hamka. Bermula dari buku novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ke buku Merantau ke Deli, seterusnya buku Dibawah lindungan Kaabah, Pribadi hebat, Ayahku dan terbaru novel Tuan Direktur. Macam banyak kan aku dah baca, tapi lepas dengar talk semalam, sebenarnya lebih banyak lagi buku Hamka yang aku tak baca.hahaha

Ouh Okay, berbalik pada main point sebenarnya nak cerita perkongsian speaker semalam.

Speaker pertama oleh Encik Zulfan Haidar Zamzuri. Oleh sebab aku datang sedikit lambat, so masuk2 En. Zulfan ni dah masuk cerita part ayah Hamka. iaitu Abdul Karim Amrullah. 
Nak jugak bagitahu, Hamka tu sebenarnya singkatan dari nama sebenar Hamka Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Allahyarham lahir pada 1908 dan meninggal pada tahun 1981.

 Dan kalau nak tahu, Hamka ni tak pernah belajar di luar negara, tapi ilmunya masyaAllah. Seterusnya En. Zulfan lebih banyak bercerita mengenai ayah Hamka. Siapa yang memberi 'influence' kepada Abdul Karim Amrullah untuk berjuang menegakkan 'islah' di bumi sumatera. Oleh kerana ayah Hamka dulu belajar dekat Mesir maka banyak dipengaruhi oleh gerakan islah yang dibawa oleh intelektual muslim seperti antaranya  Rasyid Redha dan Muhammad Abduh. 
Gerakan islah ini, boleh juga dikategorikan sebagai Kaum Muda, dan mereka ini bertentangan dengan Kaum Tua yang dinggap sudah jumud cara pemikiran sehingga mambawa kemunduran dalam kalangan warga Indonesia. Jadi Kaum Muda ini nak beri kesedaran pada warga Indonesia untuk sedar yang hidup ini bukan sewenang-wenangnya boleh dijajah oleh bangsa asing. Pada masa itu, Belanda begitu bermaharaja lela menjajah Indonesia. Maka, Hamka juga turut sudah terdidik dari kecil untuk membantu warga Indoesia untuk sedar dan bangun dari tidur.

Seterusnya speaker yang kedua. Dr. Mohd Iqbal. Speaker ni memang aku sendiri macam percaya tak percaya je betul ke ada title Dr. Iyelah, gaya naik pentas macam penyanyi rock, macam Ramli Sarip je aku tengok. Bila tanya budak sebelah aku, rupanya Dr. Iqbal ni sebenarnya lecturer Uia di AIKOL ajar subjek Kriminologi. Kau macam WOW.. Dont judge a book by its cover Ain..

Part Dr. Iqbal ni paling banyak aku sentap lah, sebab cara penyampaian yang sempoi tapi memberi kesan. Antara kata2 Dr. Iqbal yang diambil semula dari Hamka "Kalau hidup hanya untuk bekerja, kera dihutan pun bekerja. Kalau hidup hanya untuk makan, babi dihutan juga makan"

Nah, makanya, hidup itu perlu ada purpose. Tujuan hidup perlu jelas. Okay lagi satu, sebab talk ni dihadiri oleh international students maka medium pemyampaian dalam bahasa English, tapi diri ini mendapati jika penyampaian dalam bahasa Melayu atau Indonesia pasti lagi asyik. Sebab tu Dr. Iqbal pun selalu jugak guna bahasa Indonesia terutama kalau nak quote kata2 hamka, lepastu baru dia translate English. Dr. Iqbal ni, walaupun dia orang melayu tapi malam semalam dia banyak guna bahasa Indoesia tak tahu sebab apa, tapi dia kata, memang kekeknya asal orang Riau.

Dr. Iqbal kata, apa yang dikongsikan nya ini hanyalah berdasarkan ingatan2 nya mengenai Hamka. Beliau juga kongsi cerita awal2 bagaimana beliau boleh kenal Hamka. Katanya, masa kecil dulu dia pun tak tahu siapa itu Hamka, cuma yang dia tahu, terlalu banyak orang memperkatakan mengenai Hamka dan dirumah nya, begitu banyak buku penulisan Hamka di rak buku ayahnya. sehinggalah suatu hari, semasa Dr. Iqbal berumur 5 tahun, dapat berjumpa dengan Hamka. Katanya, walau pun tidak kenal, tapi ada perasaan yang gembira amat. Semenjak itu, terus Dr. Iqbal membaca buku penulisan Hamka, bermula dari novel2 cinta kepada penulisan yang lebih serius. Katanya lagi, masa zaman beliau, kalau tak baca buku Hamka itu, tidak perlu membacanyalah. Maksudnya buku Hamka pada masa itu sangat lah famous

Pesan Dr. Iqbal lagi, sepatutnya pada umur 20 an, remaja2 sudah perlu membaca buku penulisan Hamka yang lebih mendalam. Contohnya seperti Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, Sejarah umat islam, Kritikan terhadap kaum minang, Tafsir Al-azhar dan banyak lagi. Masa ni lah baru aku tahu, BANYAKKK sangat lagi karya2 Hamka. Aku dah umur 22 tahun masih baru baca buku2 novel cinta. Sentap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC