Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Tentang Cinta

Sebelum memulakan bicara di ruangan Kertas Kosong ini, aku membaca semula coretan-coretan yang dah aku lakarkan di sini. Aku bersyukur kerana aku mampu meluahkan perasaan dengan kata-kata. Dibaca semula coretan tentang kematian orang kesayangan aku, Cik Tapa... Ya sampai sekarang aku dan sepupu-sepupu masih tak mampu memanggil arwah cik tapa, kami lagi selesa memanggil nama sahaja, mungkin tanda sisa rindu sentiasa ada. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, arwah pergi tapi bukan kenangannya, sehinggakan minggu lepas saat aku dan ibu menunggu ayah & adik lelaki aku membeli barang mereka, sambil menunggu di ruangan barangan lelaki, ibu tiba-tiba bersuara, "ibu kalau tengok barang2 lelaki ni, masih lagi teringat nak belikan ke cik Tapa".. aku tahu, tak pernah sekalipun ibu tak merindukan adik kesayangannya. Tapi aku berlagak macho dan gagah, hanya senyum dan bertanya, "ibu selalu ye hadiahkan cik tapa barang macam ni dulu?". Padahal, aku juga merindukan Cik