Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

NASI LEMAK DI HOKKAIDO

Kalau ditanya aku, apa perkara yang telah berlaku tapi masih segar di ingatan, banyak sebenarnya. tapi hari ini aku nak kongsi salah satunya. Masih segar di ingatan termasuklah aromanya. Kadang2 aku tengah buat kerja, aku boleh teringat peristiwa tu secara tiba2, macam hari ni, sebab tu aku rasa nak kongsi. Waktu tu, aku dengan kawan2 intern aku dah check-in hotel di chitose, sebab esoknya dah nak balik Malaysia. Tamat sudah tempoh internship kami selama 3 bulan. Jadi malam terakhir di bumi Hokkaido, kami pun berjalan keluar ambil angin yang bakal dirindui(memang, sekarang terlalu rindu aku akan bayu Hokkaido). Balik dari hotel,berbekalkan roti dan onigiri yang kami beli dari 7-11 berdekatan hotel,kami pun nak terus masuk ke bilik. Tapi, sedang naik tangga menuju bilik, lalu berdekatan dapur, tiba2 hidung aku dapat menangkap satu aroma yang tidak asing lagi dan aroma yang aku rindu setelah tiga bulan di Hokkaido, mengingatkan aku akan tanah tempat tumpah darahku. Bau nasi lemak! Namun,