Bukit Tinggi, Padang Indonesia (Hari 1) - 12 Ogos 2015

Assalamualaikum guys and girls.

Rasanya, ramai antara kita teringin nak backpacking kan? Siapa tak nak.... pergi melancong bawak backpack, main terjah sana-sini. Venture new things. I admit that I do like those thing, I mean, I do ever thinking to do that once in a lifetime. So, berbekalkan semangat yang ada, tambah pulak kawan dengan budak2 kos Tourism Planning (haha, padahalnya clasmate sendiri. eh, Faham tak makna tersiratnya?), maka kami pun plan buat trip ke BUKIT TINGGI kat Padang Indonesia. ehem.. bukan dekat Pahang tu eh (walaupun diri sendiri tak pernah pergi sana)

Ceritanya macam ni, ada sorang clasmate aku ni merangkap roomate, nakkkk sangat3 pergi Bukit Tinggi tuh, dari sem lepas lagi, so tiba-tiba AirAsia tengah buat promotion masa bulan 6 haritu. Laju je kawan aku tuh pre-book. Nak tahu berapa harga tiket return flight? RM100 weh...! aha,, tapi tarikh kami pergi tu lagi 2 bulan dari masa pembelian tiket and bukan time peak season. 

Jadi masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, Plan asal kami?? nak terjah je Bukit Tinggi tu nanti.. kata Backpackers.. sebab roomate aku tu pun dah bersungguh-sungguh mengkaji itinerary ke sana ( dah berlatih jadi Tour Guide tuh). Tapinya, oleh sebab kami hanyalah 4 orang Gadis Pingitan.. maka tiadalah kebenaran ibu ku pergi main terjah je.. "Nak pergi kena confirm kan transport, accomodation and kena ada orang bawak!" Kata ibu.. uwaa..crying..

Mula2 rebel habis,, siap dah unjuk iti kawan buat. Tapi persediaan ibu lagi hebat! dia dah bagitahu kawan dia Cg.Ramlah( yang bawak kami pergi Acheh tu), and kebetulan, Cg Ramlah ada contact person kat Bukit Tinggi, kau nampak tak cg. Ramlah suka travel tahap apa...? So tiba masanya giliran aku pujuk kawan2 aku supaya kita ikut je Travel Agency.. kalau tak, aku tak dapat pergi. Kawan aku dengan redhanya bersetuju, Haha.. Sorry beb anak mak. Tapi kan, pernah terfikir tak apa 
hukum wanita bermusafir tanpa MAHRAM??. 
Meh, akak nak bagitahu, hasil google, kalau salah, tolong betulkan.

Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda:

لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفرًا يكون ثلاثة أيام فصاعدًا إلا ومعها أبوها أو أخوها أو زوجها أو ابنها أو ذو محرم منه
Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)

Okay,, sebagai wanita.. rasa kalut kan baca hadith ni?? tapi ada penerangannya..
hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram. Ulamak menyatakan pengharaman itu adalah mutlaq tanpa penentuan berjalan jauh atau pendek, sekejap atau panjang, berseorangan atau secara berkumpulan dengan wanita tanpa mahram yang lain. 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah.
Alhamdulillah fatwanya:
Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan ziarah tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-
1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.
2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.
3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).
4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.
5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah ( boleh dipercayai ) dan solihat.
6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.

Maklumat lebih lanjut, boleh google on 
Kalau ikut aku sendiri, more prefer to travel with atleast with 1 man. Tapi kawan yang ditanya tu tak jadi pulak nak join. And kawan2 yang lain pun tak prefer any man in our trip. Jadinya, ada sesetengah syarat yang kami dah penuhi untuk pergi ke Bukit Tinggi which is. Dah confirm semua perjalanan, tempat tinggal, tour guide, kawan2 yang thiqah dan insyaAllah keselamatan kami. Yang penting tujuan kami adalah baik, iaitu untuk melihat kebesaran Allah. 
So, dah habis bebel?? here we go!
                    


first meeting point kami dekat KL Sentral. sebab cadangnya nak naik KLIA ekspress yang hanya ambil masa 30 minit ke KLIA2 dengan kekerapan 15 minit. Satu lah nak puji Malaysia ni, pengangkutan awam dekat KL sangat mudah.(dekat KL okay.KL).  Kalau macam aku sendiri, naik bas dari Terminal Temerloh dan turun Pekeliling. Sampai pekeliling, naik train ( stesen lrt di pekeliling namanya Titiwangsa ye; Ampang Line) untuk pergi ke Kl Sentral; tapi kena transit di Masjid Jamek dengan mengambil Kelana Jaya Line. To be honest, i still got confused between, lrt, komuter, Star. Tapi kisah apa.. ikut je map okay,, senang. kadang2 sesat dan tersalah lane tu biasalah( pengalaman sendiri).

Nah map.supaya tak sesat.

Dari Kl Sentral, mula2 plan asal nak naik KLIA ekspress canceled. sebab harga tiket actually agak mahal berbanding bas. yang 2 orang nak naik bas, yang 2 orang nak naik train. Ha,,kat sini dah nampak tak cabaran ala2 backpacker?? MAKE A WISE DECISION. setelah ditimbang segala hal, maka aku pun bersetuju nak naik bas ke KLIA2 sebab masa perjalanan 1 jam, masa tu pulak hari Rabu pukul 10 pagi makanya kemungkinan jammed tak ada, tiket kami pun pukul 1 baru bukak gate, kami pun tak payah check-in luggage sebab masing2 gigih bawak backpack naik atas kapal terbang, dan paling penting, murah sikit which is rm11 kalau nak banding dengan KLIA Ekspress rm35. Jadi yang penting,jangan gaduh, bincang elok2, fikir alternative terbaik dan memuaskan hati, tapi mesti ada pihak yang bertolak-ansur. 
Kepentingan bermusyawarah sebelum buat keputusan.
Maka bergeraklah kami ke KLIA2. Bismillah


 Tara,, eh, sampai dah airport Minangkabau, Padang. Haha, padahalnya, lepas je snap gambar awan, aku bantai tidur sebab dah kekenyangan makan kat KLIA2 tadi. *tapi sempat lah baca buku sikit, usha pramugari dan pramugara buat demo keselamatan, ambil borang imigresen. Oh yeah, cakap pasal borang imigresen, sesiapa Foreigner yang nak masuk Indonesia, kena isi borang imigresen Warna Biru eh. Nanti pramugari bagi, tapi masa aku tu pramugari main tanya je, nak ke tak? aku pun geleng kepala sebab ingatkan tak payah isi(iyelah, haritu pergi Acheh ayah yang setelkan). Last2 minta pada pramugari yang tengah jual makanan. Maybe pramugari before tu ingatkan aku orang Indonesia kot. 

Tips lain, make sure dah print return flight ticket. Sebabnya, masa di Imigresen nanti, dia suruh tunjuk bukti kita dah beli tiket balik. sebenarnya, aku dah google awal, ada pengalaman bloger ni, kena tahan dengan imigresen sebab tak beli lagi tiket balik. last2 kena 'pau' duit dengan pegawai sana kalau nak lepas. Kan tak memasal.


Jalan betul2 keluar dari airport. rilek je jalan kampung.
 Keluar je dari airport, terpampang nama Ms. Nurain Zahira M.Yusri & The party.
uhu,, first time weh.. Pak Eddy yang sambut kami. 
Aha, plan asal sebenarnya Pak Subari(which is pengurus Travel Agency sendiri) yang nak jemput kami. Sebabnya, Ms. Nurain ni, demand tak nak driver yang smoking. haha, dia kata haritu ramai driver yang smoking. Aku tak kira, Aku ni tak cerewet okay,, tap bab smoking,, memang anti beb. sorry to all Smokers, bukan racist, tapi merokok itu membunuhmu. Vaping pun!
Dan Pak Eddy dengan cekapnya bawak kami terus ke Bukit Tinggi. Dia dah berhenti smokng 6 tahun lepas, maa tu umur dia 40 tahun. Alhamdulillah..
ala,, ayah saya tak smoking, okay je, macho je,

Perjalanan naik kereta ke Bukit Tinggi makan masa 2 jam non-stop. Kami sampai pukul 1 waktu Padang. Oleh sebab masih kenyang, kami pun straight pergi Bukit Tinggi. Tapi sepanjang perjalanan ada jugak tempat2 tumpuan pelancong dan menarik. Tempat pertama nak dilawati..

AIR TERJUN LEMBAH ANAI



Maka perkenalkan, inilah gang backpacker aku,                                                                            Dari kiri : Hayati, Syamimi, Izni dan Ain(akulah).
Kami semua classmate yang sedang mengambil degree Tourism Planning and Hospitality Management di UIA. Muka2 ni lah nak hadap 4 tahun. haha.
Lembah anai ni, tepi jalan je on the way ke Bukit Tinggi, nak masuk pun bayar 3000 rupiah je (kalau convert around rm1, masa tu lah, sekarang tak tahuu). Lepas kami naik kereta, baru pak eddy bagitahu yang siapa cuci muka kat situ, jadi awet muda. Ceh,, tak bagi tahu awal2. kalau tahu dah terjun siap. kidding. Tak apa, cukuplah air wudhuk buatku. uhuk.
 Setelah hampir satu jam perjalanan, kami pun sampai ke Padang Panjang. Masa tu feeling dia.. nak je lompat dari kereta. Sebab apa? Selama ni hanya baca nama Padang Panjang dalam buku tulisan Hamka "Tenggelamnya kapal Van Der Wijck". Tempat di mana cinta Zainuddin dan Hayati(Bukan kawan aku tu eh) di uji. Sebenarnya, aku kecoh2 baca buku tu, menonton filem tu masa tengah kecoh2 nak beli tiket ke Padang atau tidak. Sebab ingatkan Padang tak ada apa2 yang menarik. Tapi ada classmate sorang nih, beriya suruh baca buku tu. Last2, bila dah beli tiket, baru baca buku tu. Dan baru tahu yang cerita tu berlatar-belakangkan kehidupan di Padang.
 Allahu.. teringat balik cerita2 dalam buku tu. Mana tahu dapat jumpa Zainuddin ku. Uhuk.


RUMAH GADANG NAN SAMBILAN RUANG

 

Inilah tempat persinggahan kami yang kedua. Betul2 di kota Padang panjang.
Tempat ini adalah tempat wajib pergi kalau ke Bukit Tinggi
Sebab inilah Rumah Tradisional orang Minangkabau. Okay,, sejarah time.

 Tengok tanduk dia..

Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau.


 Kedatangan kami disambut dengan azan asar di bumi Padang. Subhanallah. 
Seterusnya, kami dijemput oleh ibu ini untuk masuk ke dalam rumah.
Sejuk ruang dalam rumah ni.
Mesra dan ramah ibu ini. Oleh kerana kami sahaja masa tu, jadi aku cuba serap semua fakta yang ibu ini kongsi. Nak tahu? tak nak suda..

Untuk permulaan, Ibu berkongsi mengenai adat orang Minangkabau serba sedikit. Mengenai Harta pusaka tinggi( dari turun temurun) dan harta pusaka rendah( hasil usaha ibu-bapa) Harta pusaka tinggi lah yang tak boleh di jual beli kecuali digadai sementara kalau terpaksa dan nasabnya adalah kepada perempuan.

 rumah ini merupakan rumah asal orang Minangkabau dan sekarang telah dinaiktaraf sebagai objek wisata merangkap perpustakaan. sebab banyak buku mengenai adat Minangkabau yang tersedia. Rumah Gadang merupakan rumah yang dibina di atas tanah milik keluarga induk secara turun temurun. Kiranya, satu keluarga besar lah tinggal disini. 

Bilangan bilik bergantung kepada kemampuan keluarga induk  namun haruslah dengan nombor ganjil iaitu antara 3-11 bilik. Sebab kat tengah jadi ruangan dapur.
Hanya pasangan yang berkahwin boleh dapat bilik masing2, itupun, saiz bilik amatlah kecil, muat2 satu katil single dengan meja solek kecil. tapi dulu diorang tak guna single bed okay. Anak2 yang umur 10 tahun ke bawah, kena tidur depan bilik mak ayah. Menurut ibu ini, saiz bilik yang kecil adalah untuk 'menyindir' si ketua keluarga untuk lebih cari duit lebih dan bina rumah sendiri di luar. erti kata lain 'sarcastic' cara halus lah. Manalah selesa duduk bilik besar tu, dengan kena masak sendiri-sendiri, even tetamu datang, kena pastikan tetamu tu duduk dekat kawasan si tuan rumah yang ingin dilawatinya. tak boleh masuk kawasan orang lain. oh ya, kawasan bilik ditandai dengan 2 buah tiang yang selari 
( Macam dalam gambar atas).

Kalau GAAD( Geng anak-anak Dara) dapat satu bilik khas dekat belah hujung kanan. kalau malam ada tirai untuk lindung kawasan tu. eksklusif gitu. Pasangan yang baru berkahwin, akan dapat bilik yang belah hujung kiri. Kiranya, pengantin yang baru kahwin sebelum tu, kena pindah masuk bilik kedua,  dan keluarga bilik kedua pindah bilik ketiga. dan seterusnya sampai kalau tak cukup bilik, faham2 lah anda. kecuali lah memang keluarga tu tak mampu langsung. Kalau anak teruna, mereka mesti tinggal di surau berdekatan dan balik hanya untuk tukar pakaian dan makan. Sebab tu orang Minang suka merantau


 okay dalam ganbar tu, ibu tengah tunjukkan ukiran di dekat tiang tu. di setiap sudut tiang, tingkap, pintu ada nama tersendiri bagi ukiran tetentu yang membawa maksud.
kalau dekat tiang ni lupalah apa namanya, 
tapi kalau dekat tingkap, namanya ukiran 'Si Kiambang manih' yang membawa maksud keramahan orang Minang. Yang lain sorry eh, tak dapat nak catch-up sebab ibu ni cakap macam dah hafal skrip dan bahasanya pun bahasa Minang. so ada kurang faham sikit. 
Bukan 'kojo loba,kejolebu' atau 'duit den bertingkek-tingkek ' eh.

Cara ibu ni cakap sedap je dengar, berselang seli dengan 'parsambahan' atau mudah nak faham, macam pantun lah. rasa nak je rakam, tp tak menyempat.

Dari segi seni bina, Rumah Gadang ni jugak di bina senget seakan mencondong kehadapan.
"Condong nan indak membawa rabah" bermaksud condong yang tidak membawa rabah.
Tiang rumah gadang tidaklah ditanam didalam tanah sebaliknya diletakkan di atas batu besar atau batu sandi. Supaya nanti, tatkala gempa, tiang rumah hanya akan bergeser mengikut goncangan. Rumah gadang juga turut dipasak tanpa menggunakan kayu.
 Dan ciri-ciri ini adalah ciri anti-gempa
Pada tahun 2007 semasa gempa besar berlaku, banyak rumah yang runtuh kecuali rumah gadang

Uninya lagi, depan rumah gadang ada rangkiang kecil tempat menyimpan padi. ada 4 jenis dan salah satunya ialah si Bayau-bayau iaitu padi untuk kegunaan harian. kenapa jauh sangat tempat simpan padi?? sebab, kalau rumah terbakar, padi sempat diselamatkan. 
wuu, sangat maju fikian orang zaman dulu.


 Dah habis dengar taklimat, kitorang pun jalan2 around rumah tu. Lepas tengok kiri kanan, kawan2 aku lesap, sebab masing2 cepat nak turun bawah, nak test baju kahwin orang Minang. eksited eh.. eh, siapa eksited nih. Macam princess bila ada orang pakaikan baju tu. 
sepersalinan 35,000 rupiah

 Maka berangkatlah kami keliling rumah nak posing. haha, tapi gambar candid jugak terbaik.
haha, lepastu, masa tengah buat blog ni, ada suara ibu dari belakang.
'Ibu tengok dah macam teletubbies..' hahahahaa, sampai hati ibu..

 Teletubbies kah aku?? 

 Credit to Hayati sebab rajin edit. haha.. prinsip pakai crown tu, 
jangan duduk dekat2, nanti melekat,, tak pasal2 Pak eddy kena betulkan..huahua

Oh yeah, maka tamatlah perjalanan kami di rumah Gadang. Gadang tu maksudnya besar ye. Lagi satu, Rumah Gadang ada 2 jenis. Jenis Beranjung iaitu Datuk Temenggung( sistem hierarki). macam rumah yang kami lawat ni. Fungsi anjungan adalah untuk majlis2 keraian macam majlis kahwin. Manakala tidak beranjung iaitu Datuk Perpatih nan sebatang (sistem demokrasi), ingat weh sejarah lower form. Tidak beranjung menandakan tidak kira siapa pun mereka akan duduk sama-sama di atas lantai yang sama tinggi terutamanya ketika bermusyawarah.

Dan ada lagi nak cerita, Sorry terbanyak pulak, Kalau anak gadis Minang, urusan perkahwinan diuruskan oleh Mamak-mamaknya( Pakcik) melalui musyawarah. dan pihak perempuan yang akan melamar pihak lelaki. 
Mereka amat mementingkan nasab keturunan. Tidak boleh berkahwin sesama suku kerana mereka menganggap suku itu adalah kaum keluarga. Kalau tak, jadilah macam dalam cerita           " Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck". " Biar mati anak jangan mati adat" katanya.           Bilangan suku di Padang ada dalam 96 suku. Bayangkan.
 Maka Pak Eddy pun start enjin kereta Avanza nya dan bawa kami ke tempat famous beli kain sulam. Orang kata, kalau pergi Padang, rugi kalau tak beli kain sulamnya, orang kata. 
Kami yang tak solat lagi ni, ambil keputusan setelah bincang dengan Pak eddy untuk singgah solat di Kedai Sulam Linduang Bulan. Tapi Pak eddy pesan, kamu tengok2 lah barang dalam tu dulu, survey harga, jangan terus solat, nanti nampak sangat.

Untuk Makluman, aku tak ada niat nak shopping kat sini, lagipun ibu dah pesan, tak payah. lagipun pakcik sendiri jual kain sulam Bandung.haha. lagipun nak jimat ruang beg dan duitnya..

 Lepas solat Jama' takhir, kami pun singgah makan. Awal sikitlah masa tu baru pukul 6. tapi sebab kami dah skip lunch tadi. Dekat Padang, of course makan makanan Padang. 
Memang confirm hidang banyak lauk dan SEDAP.. berbanding kat Acheh dulu.  Tambah pulak Pak Eddy belanja air advocad. memang tiptop lah layanan Pak Eddy.

Haha. inilah Tour Guide+ Supir kami. Memang dia ni Photographer sejati, malah, gambar dia pernah jadi best photo dalam laman National Geography. Hebat tak hebat dia nih. Boleh berbahasa German, Spain, 9 dialek berbeza Indonesia dan English ni jadi bahasa utama kat rumah. Hamek kau.. nak panggil Supir? Macam tak sesuai,haha. Anak dia pun  best student dari Indonesia dalam Olimpiad Matematik peringkat antarabangsa. 
Lepas makan, kami terus ke bandar Bukit Tinggi, Check-in budget hotel Ambun Suri ' Your budget hotel in town'. Memang pengalaman berbeza kali ini. Suasana sejuk di Bukit Tinggi lagi menggamit memori. First time travel tanpa ibu bapa, Semua rasa ada pada mulanya. Terima kasih Pak Eddy dan Pak Subari sebab bagi layanan terbaik setakat ini. Esok nak sambung lagi.

Bagi sesiapa nak pergi Bukit Tinggi dengan harga budget boleh google
Pesona Jejak Wisata Tour& Travel Service atau contact terus 
Pak Subari - +62 818 0680 3803
Memang setelah di survey, harga nya murah berbanding yang lain. Pakej 3 hari 2 malam hanya rm275 termasuk transportation, supir, 4x meals, accomodation dan entrancefee.  *tapi harga mungkin berubah seiring pertambahan tahun. 
Jadi kalau ikut expense kami hanya rm375 termasuk flight dah dapat pergi Bukit Tinggi, 
 Tapi duit belanja souvenir lain cerita eh.
Nota kaki: sampai je hotel, masing2 call mak ayah sebab nak melaporkan diri. haha, bukan aku sorang je yang first time travel tanpa mak ayah.muahaha.


Ulasan

  1. weyh seriuslah,,korang pergi sendiri??haha..pergh..power2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha,seriuslah weyh.. ada nampak parents kami ke?kitorang pun tak percaya mula2,cuak gembira semua ada.tp its okaylah,pengalamn berbeza sikit.tak lah power mana,dgn travel agent pun..lepas ni nk join ktorng backpackers tak?haha.. xi'an jom

      Padam
    2. Haha,seriuslah weyh.. ada nampak parents kami ke?kitorang pun tak percaya mula2,cuak gembira semua ada.tp its okaylah,pengalamn berbeza sikit.tak lah power mana,dgn travel agent pun..lepas ni nk join ktorng backpackers tak?haha.. xi'an jom

      Padam
    3. boleh ja..kena menabung dululah aku,,hahaha

      Padam
  2. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    BalasPadam
  3. Bayaran 275 tu utk 1 kepala ke...dan itu bayaran untuk berapa hari disana sis???

    BalasPadam
  4. Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Bandung.
    Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dijamu juga enak.
    Pokoknya,kalau mahu ke Bandung hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
    Makasih ya empunya blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC