Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

For the first time in forever

Imej
Hari jumaat menjengah lagi. Mendatangnya hari Jumaat, mengingatkan diri akan peristiwa pada Jumaat yang lalu. kira-kira 2@3 minggu yang lepas. Bila diteliti semula, banyak perkara 'for the first time in forever' yang berlaku pada hari Jumaat itu, Namun tak semua boleh dikongsi kan? Cuma, ada satu kejadian for the first time yang mahu aku kongsi. kejadian yang pada asalnya hanya kebetulan.. .............................. Azan Jumaat berkumandang lagi di corong speaker dari Masjid Uia, Kali ini terasa syahdu kedengarannya. Mungkin kerana ini kali pertama aku merasai sendiri menunaikan solat Jumaat di masjid Uia. Selama ini, hanya berkesempatan menonton di tv rancangan solat Jumaat di TV1. Sejujurnya, memang ini kali pertama sepanjang 21 tahun hidup. Mungkin pernah aku menunaikan solat jumaat sewaktu menunaikan umrah dahulu. Tapi, faham2 saja, khutbahnya pasti dalam bahasa Arab. Orang kata, 'feeling itu tiada'. Malah, selama 1 tahun memulakan pengajian di Uia, inilah