Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Sebab Bermula

Semua perkara bermula dengan sebab. Sebab yang baik atau sebaliknya. Seperti aku juga yang mula menulis blog, ada sebab yang memberi aku keazaman untuk aku menulis. Semangat yang datang yang bukan diperolok-olokan, tapi datang dari keinginan sendiri untuk menulis. Entry pertama 2019, setelah hampir setahun blog ini sepi tanpa coretan. Itupun setelah ada yang memesan. Maka teringat kembali kenapa aku memulakan coretan di platform ini. Ya. Permulaan penulisan adalah atas nasihat seorang kaunselor ketika di zaman asasi. Ketika itu, diri dilanda masalah yang membawa satu perasaan hiba serta lelah. Maka disuruh oleh kaunselor untuk aku mencari cara untuk mengurangkan sedikit berat perasaan selain dari menulis diari. Dari situ, dia dapati bahawa aku punya keupayaan menulis kata2 puitis yang mampu melakarkan perasaan hati yang sedang dirasai(ini yang dikatakan oleh kaunselor tersebut). Maka dia pun memaksa aku menulisnya di ruangan blog( masa menulis itu, aku hanya mencoretkan dibuku