Bukit Tinggi, Padang Indonesia (Hari 3) - 14 Ogos 2015

Assalamualaikum guys and girls.
akhirnya bersemangat jugak nak tulis last entry trip ke Padang ni.
Haha. Actually sebab esok dah busy buat persiapan nak balik Uia. 
Uwargh.. 3 bulan kejap je kan korang? Tapi banyak benda berlaku dalam 3 bulan ni. 
So, kali ni tak bebel banyak kot. sebab dah hari last, kitorang pun tak plan pergi mana2 as nak make sure tak tinggal flight.

Sepatutnya dalam itinerary, Pak Eddy kena bawak kitorang pegi kota Padang. which is 24km dari Bandar Udara Minangkabau. Tapi Pak Eddy kata mungkin ramai orang dan akan jammed. Takut tak sempat nak catch-up flight. So, kami pun setuju jelah tak pergi kota Padang sebab kat sana tak banyak tempat menarik katanya. Ada jambatan, malin kundang, apa entah lagi. Nampak tak aku malas nak google? Google sendiri!

So, pagi terakhir kami dah set nak jalan2 area Jam Gadang je. Yang Yatt katanya nak tengok lagi kain sulam dekat Pasar Atas.


Pagi Jumaat lagi indah dan nyaman. Suasana pagi itu agak busy sikit sebab budak2 ramai berjalan, melintas, berlari pun ada nak pergi sekolah.  Dekat sini yang aku perhati, banyak sangat ala2 mini van yang bawak budak2 sekolah. Masing2 van tu ada nombor tertera which is yang aku syak.ceh.. syak ha.. yang aku rasa menunjukkan tempat berbeza. Aku tambah yakin bila ada pakcik van tu berhenti depan kami sebab ingat kami nak naik. So, dia lebih kurang macam bas rapidKL la. Nak je naik, tp fikir jadual flight pukul 1, tak berani amek risiko. Tapi memang banyak lah van mini  pagi tu. Pemandangan baru bagi aku. Budak pun punyalah ramai nak pergi sekolah. Maybe dekat area sini banyak sekolah. Belajar elok2 ye budak2.



 Nampak gambar sebelah? ni Hotel Yuriko. Hotel yang asalnya kami nak tempah masa berangan nak backpacking tu. Haha. sebab masa google, tengok hotel ni paling murah, tapi feedback orang macam tak puas hati tentang kebersihan toilet hotel ni. Tapi, oleh sebab last2 kami decide nak pilih ground packages, Pak Bari suggest Hotel Ambun Suri. And u know what? Ambun Suri lagi dekat dengan Jam Gadang berbanding Yuriko. Dan bagi aku, Ambun Suri walaupun taraf hotel budget dekat Bukit Tinggi, tapi memang selesa, besar( bukti dia,korang boleh tambah tilam extra kalau nak jimat sewa bilik) , lengkap kipas yang ibarat aircond, room cleaning service, iron(penting weyh untuk kaum hawa) sarapan pagi untuk semua(bukan 2 orang je). Berbanding hotel bajet dekat Malaysia(Klang to be specific), Dah lah rm85 satu malam, saiz dia, Kau masuk bilik, nampak katil Queen sebelah kanan, jalan 5 langkah dah ke bilik air sebelah kiri. Belah hujung kanan katil ada ruang sikit untuk solat. Hotel Ambun Suri tu, dengan harga rm75 satu malam share 2 orang lebih kuramg rm45 satu malam. Ada verandah lagi.. Nampak tak??

Dan pengajaran jugak lah kan, just don't to believe with websites. Nasib baik dengar kata Pak Bari supaya sewa Ambun Suri. Ha, dengan Pak Bari, kita boleh je request nak hotel taraf bintang apa2. dekat Bukit Tinggi, ada je hotel taraf 4@5 bintang. tapi mahai lah sikit naa.. Macam kami request yang tak ada bintang. Tapi believe me. Sangat selesa.
Suka kah aku dan kau??












                                                                                                                                                                                                                                             
Macam Bakso je.. Nyum3


Tara, ada sebab sebenarnya kami gigih nak melintas jalan, bertarung nyawa dengan van2 mini pagi tu.Ceritaya, malam sebelum tu, kami tersembang dengan 2 orang pakcik dari Malaysia ni sambil2 lepak lobby tengah online. Pakcik ni cerita lah journey diorang. Diorang datang backpack je kot.. Sampai Padang, sewa kereta and drive sendiri, sampai Bukit Tinggi, sewa hotel walk-in je. Haha, dua-dua dah pencen. Tapi masih semangat Google sana-sini untuk jalan area Bukit Tinggi. 

Pakcik tu pesan, pergilah kota Padang, sebab barulah namanya sampai Padang bila bergambar dekat tulisan besar PADANG. kitorang jadi noob jap. Ala, nak dengar kata pakcik tu or Pak Eddy?? Last2 bila dah banyak sembang, kongsi tips backpack, pakcik tu bagitahu yang Bukit Tinggi ada jugak tulisan besar tu. dan inilah dia.. Jadilah kan, 

Eh, macam pernah nampak? Inilah gambar yang kat atas tadi. Rupa-rupanya dia jual sarapan dalam ni. Bukan Bakso eh, tp macam Sate rasanya. p/s: Sorry gambar kurang memuaskan, gara2 snap curi2 takut orang marah and panahan cahaya matahari dhuha.Oceh..



Finally, dapat jugak naik kereta kuda or orang sini panggil 'Bendi'. Memang tak plan pun pagi tu sebab macam awal sangat kan. Tapi nasib baik ada 2 orang Pakcik dah ready dengan kereta kuda dekat area Jam Gadang. Rajin Pakcik ni cari rezeki awal pagi. Sebab tu orang tua dah pesan, jangan tidur lepas Subuh ye anak2. Haha, tp kalau dah mengantuk sangat nak buat macam mana. Just jangan jadikan amalan harian, mahupun berkala. Okay bebel..

. Satu kereta kuda 100,000rp or rm30. Oleh sebab terharu dengan kesungguhan pakcik ni, kami tak sampai hati nak tawar harga.haha. Share berdua jadi rm15 sorang. Mula2 pakcik tu kata boleh je naik 4 orang. What?? kami berdua pun dah sempit!!! Naiklah selama 15-20minit, pusing keliling bandar, area Lobang Jepang pun lalu. sambil 'killing time' sebelum balik hotel untuk sarapan pagi. 
Just nak cakap, korang kalau datang sini, naik eh Bendi ni. Best woo.. cuaca sejuk, udara nyaman, and kereta kuda menang kut berbanding kereta dengan motor. Semua bagi laluan. HuaHua. 

Sejarah Bendi ni ialah merupakan pengangkutan utama masa zaman jajahan Belanda dulu. Sampai sekarang dikekalkan untuk tarikan pelancong malah menjadi punca pendapatan penduduk tempatan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
( Ini kalau Sir Ali baca entry ni, bangga kejap dia kat aku, sebab mampu bagi analisis macam ni.muahaha). Dan juga masih digunakan untuk bawa VIP masa hari sambutan perayaan2 mereka. Contoh macam 17/8  baru ni. Hari Merdeka Indonesia dong. 
Yang ke berapa tahun ni? Ya.. 70 tahun anak2

Masa tengah naik tu, Pakcik yang bawak diam je. Just cakap sikit2 kalau ada tempat yang menarik. And salah satu tempat yang kitorang tak pergi ialah Fort De Cock. Aku rasa Yatt haritu dah cakap nak pergi tapi mesti dia lupa.haha. Padahal dekat je dengan Jam Gadang. Bertentangan dengan Fort De Cock ada mini zoo. Tapi tidaklah menyempat nak masuk.

Oleh sebab pakcik tu pendiam, aku pun start lah tanya banyak soalan. Pasal van mini tadi, sekolah sini macam mana. pasal kuda. Dan paling penting aku tanya pasal suku pakcik ni, Seingat aku pakcik ni dari Suku Jambak dan isteri dia Suku Tanjung. Haha, masuk jugak part ni. Akhirnya, aku tanyalah, macam mana orang Minang nak pastikan diorang tak sama Suku kan sebelum nak kahwin? Tak kan lah mula2 jumpa terus tanya Suku apa? Aku ingat mula2 macam tu jugak, then Pakcik cakap " Haish, tak ada adablah macam tu" Haha. Okay then dia kata, diorang bercinta je dulu, then kalau dah suka sama suka, nak kawen, baru tanya Suku apa. Kalau, suku sama, maka kedua-duanya pasrah dan menganggap mereka tiada jodoh dan hubungan mereka adalah seperti keluarga. Begitulah bila Adat menjadi sanjungan.

Hai.. nama saya Putung Merasuk. Saya kuda betina. Status masih single. 
Kalau nak kenal boleh PM akak sebelah saya ni. eh?



Turun kereta kuda, budak2 ni nak shopping baju pulak. Haha. weyh, tak cukup lagi ke ha??? *senyum paksa

Tapi ada satu baju ni yang aku tertarik. Tertarik dengan apa yang tertulis kat atas baju tu lah 







Then aku zoom-in lagi. Last2 teringat yang aku tak beli lagi baju t-shirt untuk aku sendiri. Ok Fine. Beli jelah sehelai. Gara2 "Kabau Dipacik Talinyo, Urang Dipacik Keceknyo"
Aku rasa korang faham je en dia cakap apa.

I will make it short, lepas shopping baju, kami pun bersiap nak balik. Macam biasa, saiz beg makin beranak pinak. Haha, otw balik tu, banyak lah benda sembang. Budak2 ni especially Izni dengan Mimi rancak sembang pasal artis Indonesia. Seriously, aku bukan peminat artis Indonesia. Kenal nama BCL Bunga Cinta Lestari je. Yang lain sekadar muka. Actually baru ingat, muka BCL pun aku tak ingat, nama je ingat. muahaha.
*tapi Bawang putih bawang merah aku tengok


Sebelum masuk Bandara, Pak Eddy berhenti pekena nasi kandaq! eh, haha, Ni Soto ye cik akak, cik abang. Haha, keropok pink ni memang lejen. Kat Hotel pun ada sediakan. And aku memang dah biasa makan keropok ni, sebab arwah atuk Kg.Endah memang bisnes keropok ni dulu.


Ni ha,bagi peta sikit suruh korang tengok
Setahu aku, ada 3 Daerah@Kabupaten utama di Padang ialah 
Padang Panjang, Paya Kumbah dan Pariaman





Sampai di Bandara Minangkabau, kami pun mereput tunggu flight. Hari ni dia bukak lambat. Mula2 dah bengang, then,ada pakcik Melayu ni kata,"Owh, diorang solat Jumaat dulu". Memang terbaikkkk lah. Patut tadi dengar azan. So, yang gambar kiri tu tempat solat wanita, yang gambar kanan tempat solat lelaki. Jangan tertukar.. sebabnya aku dah jadi mangsa.

Okaylah, sampai sini je kut cerita, celoteh aku. Maaf lah ain  banyak celoteh dalam ni. Dekat luar saya senyap je..haha,yeke? tengok orang lah..
Memang pengalaman baru. Sebab first time berjalan tanpa mak ayah. Erm, tapi sebab dah biasa pergi dengan diorang. So, aku mengaku, rasa ada kureng sikit jalan tanpa diorang.Ibu pulak memang jenis kalau pergi mana2 nak angkut semua. Ni plan nak pergi turkey still pending sebab ibu nak bawak semua. Padahal kitorang restu dah ibu dengan ayah dating ke Turkey. 
Tapi ibu kata "Apalah gunanya pergi jalan2 tanpa anak2"
Haha. dalam hati aku "Yes!!"ada harapan. tapi kumpul lah duit ain oii..

Overall, Bukit Tinggi padang, BEST!!. Kalau ada tiket murah nanti, korang grab eh. lepas tu whatsapp Pak Bari dekat no +62 818 0680 3803 
or google dekat Jejak Wisata Travel&Tours
(2 kali dah aku promote, Pak Bari patut bagi komisyen kat aku)
Tapi make sure 4 hari 3 malam atleast. 3 hari tak cukup sebenarnya.hurm.

Btw, tujuan aku buat entry ni, tak lain tak bukan untuk share dengan korang apa yang aku rasa and feel sepanjang dekat sana. Bukan niat lain. Ada rezeki kita bermusafir ye. Jadi, lagi sekali, mohon maaf andai terkasar bahasa, terkurang mana2. Boleh comment untuk improvement.

Kredit: Yatt

Kredit; Mimi


Nota kaki: Nazmi excited dapat baju yang katanya ala2 Running Man. 
Tang mana aku pun tak sure.
Pergh,, nasib baik beli jugak something untuk diorang walaupun mula2 rasa tak nak shopping. Lepas ni tak boleh beb, kita beli je souvenir, kalau boleh untuk sekampung, nanti kau menyesal macam aku.



Ulasan

  1. pergh...best2..nanti da pi turki,promote ah package jugak ea.haha

    BalasPadam
  2. Salam,
    Info destinasi melancong di Padang, Bukittinggi, Sumatera Barat, sila tengok di blog ini:
    http://www.pelanconganpadang.blogspot.com
    disitu ada juga info Pakej Percutian dan Sewa Kereta.

    BalasPadam
  3. Sewa kenderaan untuk percutian yang berbaloi kat Padang dan Bukittinggi

    Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam
  4. Mohon promo tuan/puan kami Sinar Alam Wisata tour and travel Padang Indonesia menawarkan :
    Pakej Percutian Padang Bukittingi Indonesia
    Sewa Kereta Padang Bukittinggi Murah

    Phone : +6285356000747
    Wassap : +6285356000747
    E-mail : sinaralamwisata1409@gmail.com
    Website: http://www.sinaralamwisata.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC