Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Ukhuwah yang bertaut

Imej
Siapa sangka pertemuan di Masjidil Haram yang sebentar mampu menjalinkan ukhuwah yang bertaut sehingga ke tanah air. Ceritanya bermula saat kami sekeluarga sedang berehat di kawasan masjid sambil melepaskan dahaga meneguk air Zam-Zam sejuk. Sedang asyik melihat gelagat anak Arab yang begitu baik hati memberi air Zam-Zam kepada orang, kami disapa oleh seorang wanita. Kelihatan seperti sudah melewati umur separuh abad. Nenek tua itu seakan 'blurr', itu bahasa mudahnya. Lalu ayah bertanya, "Makcik dah selesai buat tawaf umrah?" Sambil memandang seakan-akan mencari sesuatu, nenek itu menggelengkan kepala. "Ah sudah, ni mesti sesat atau terpisah dengan ahli keluarga" getus hati aku. Telahan aku benar, nenek itu terpisah daripada anak lelaki nya ketika hendak melakukan solat Subuh.   Usai solat, kelibat anak lelakinya tidak kelihatan dan dia termangu. Padahal dia belum selesai melakukan tawaf serta saie bagi menyelesaikan umrah wajibnya. Ini kerana kami ba