Bukit Tinggi, Padang Indonesia (Hari 2) - 13 Ogos 2015


Assalamualaikum guys and girls..



Bayu lembut menghembus pipi
Dingin pagi terasa kini
Ucapan pagi si gunung tinggi
Gunung Singgalang atau Merapi?

Subhanllah. spontan bait-bait kata ini tertulis tatkala melihat pemandangan indah di hadapan mata. Memang setiap bilik hotel ni ada beranda, so boleh lepak2 mengelamun kejap. Subuh di Sumatera Barat Indonesia pukul 5 pagi, tapi sebab beza sejam dari Malaysia, sebenarnya dekat Malaysia dah pukul 6 pagi. Jadi biological clock yang bangunkan. Memang cuaca di Bukit Tinggi sedikit dingin. Tak payah pasang air-cond, malam tadi pakai kipas pun dah kelubung dengan selimut.

Masa snap gambar memang tak sure sama ada Gunung Merapi atau Gunung Singgalang. 
Kalau nak tahu, di Sumatera barat Indonesia memang banyak gunung berapi sebab terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik. Gunung Merapi dengan ketinggian 2,800 m masih aktif, tahun 2007&2009 baru2 ni ada kejadian gempa. Jangan tersilap, ini Gunung Merapi di Sumatera barat bukan di Jawa Timur. tapi Gunung Merapi di Jawa Timur pun aktif.
Jom belajar Geografi sikit. Subjek favourite zaman muda dulu nih.haha 

So hari ni, lepas sarapan pagi di hotel, Pak Eddy janji nak bawak kami jalan ke Danau Maninjau di Kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam. Kabupaten kalau dekat malaysia macam Daerah lah. Daerah Temerloh, Kuantan, macam tu lah. Jarak ke Danau Maninjau lebih kurang 36km tapi sebelum sampai, kami kena lalu kelok 44. Pakcik aku dah pesan suruh ready fizikal and mental. Erk..



Sepanjang perjalan ke Danau Maninjau, Pak Eddy akan berhenti dekat tepi-tepi jalan untuk snap gambar.Cantik kan gambar atas ni??(Kredit to Izni)  Background belakang tu ialah Ngarai Sianok, tapi snap dari jauh dulu, petang ni baru pergi ke Ngarai Sianok. Sepanjang perjalanan ke Danau Maninjau, aku terpana dengan keindahan ciptaan Allah. Subhanallah. 

                                                                   
                                                           
inilah rumah Gadang keluarga P.Ramlee. Memang P.Ramlee ada darah keturunan di Sumatera Barat. Hari tu pergi Acheh dekar Rumah Cut Nyak Dien pun ad tentang P.Ramlee. tapi rumah kosong dah sekarang.

GUNUNG SINGGALANG

Masih lagi bertemankan Gunung Singgalang


Kredit to Yatt sebab hg rajin edit gambar. Tengok tu! masih lagi guna kerbau untuk membajak tanah.

Sememangnya pemandangan di sana Subhanallah, Alhamdulillah, Alllahuakbar... 
Bagi aku, sudah cukup kalau dapat menghirup udara segar dan cuci mata dengan pemandangan indah sebegini.. Kegembiraan travel bukan pada shopping atau makan makanan2 sedap.. dengan angin yang sangat10x bersih, rasa nak simpan bawak balik masuk botol kosong. Sepanjang perjalanan kami bukak tingkap, Pak Eddy pun sporting je, sebab bila ada tempat cantik sikit, dia slow sikit bawak kereta. Sampai gambar kucing tepi jalan dia suruh snap.haha. itulah orang seni.

Atuk,, tumpang lalu eh.. jangan jalan di tengah jalan. Bahaya.

Rumah ini masih digunakan sebagai tempat mesyuarat oleh penduduk tempatan

Lepas dah lihat pemandangan indah, tiba masanya untuk masa extreme. Kalau jalan dah start kecik tu, and berlekok-lekok jangan ingat dah lalu kelok 44 eh.. Masih panjang lagi perjalanan. Ni baru warming up kata kau.Tapi nasib baik Pak Eddy dah biasa dengan jalan ni and bawak dengan cekap. kalau dekat bahagian siku lipat tu, Pak eddy akan hon supaya kereta bertentangan alert. 


SUNGAI LANDIA

 

Tak sedar masa berlalu dek kekalutan dengan jalan yang extreme. lebih extreme berbanding jalan Tapah nak ke Cameron Highland. Pak Eddy kata " sedang di sini pun kamu dah takut, macam mana nak turun ke Kelok 44 nanti?" Lepas dia cakap macam tu terus aku buat rilek je..haha, nanti dia tak nak bawak ke Danau Maninjau macam mana??.

Gambar kat atas ni, pemandangan perkampungan Sg. Landia Desa Matur. Kami singgah di kedai souvenir yang ada jual air Teh Halia.. haha, orang kata, masa ni lah nak cuba benda2 pelik ni. Tak pelik pun, cuma tak biasa. Sambil tunggu budak2 ni snap photo, aku order satu cawan Teh Halia, Yang lain semua tak nak rasa mula2. Lepas tu aku beriya kata SEDAP.. HAHAHA. Then semua rasa, akhirnya, kami hanya mampu menghabiskan separuh cawan. Kalau dia jual Brownies mcm dekat Cameroon tu, barulah layan minum teh ni sambil hirup udara segar. Memang udaranya bersih. Amat bersih, tak tipu. Mungkin aku boleh start perusahaan brownies dekat sini.muahaha.

Lepas tu, kami pun usha souvenir yang ada. Aku tak beli sebab kecewa harga kat sini lagi murah. Oh ye, tadi sebelum lalu jalan berliku-liku tu, Pak Eddy singgah kat rumah tukang buat Silver. Sebab tak mampu beli Silver, aku belilah souvenir kat situ. Malangnya, kena 'bahan' dengan mak cik tu sebab aku bayar rm10 satu souvenir yang sama sedangkan dekat kedai Teh Halia cuma rm4 je.. Nampak tak 'kebahagian' dekat situ. Terus merajuk tak nak beli souvenir dah!!.. Pengajarannya: jangan beli dekat kedai kecik2, sebab dia dah mark-up harga tinggi dan takada pesaing.
Rezeki makcik tu. *kesat hingus..

KELOK 37

Kalau korang zoom-in nampak lah tulisan Kelok 37. Setiap kelok akan ditandai, so marilah belajar mengira, berapa kelok lagi yang tinggal. Jalan dia mak aih, makin sikit nombor kelok nya. makin lipat. jalan bentuk L weh.

DANAU MANINJAU 

















Dekat kelok 37 ni, sekali lagi kami singgah minum kejap. Kali ni, Izni pulak mencabar diri nak cuba Air Teh Telur. HAHAHA. Aku dengar perkataan telur memang out lah, lagi2 telur mentah.. kalau telur mata kerbau tu, dah siap asing bahagian 'egg yolk' bagi kat orang lain. Last2, aku makan apam labu dengan cucur udang. Apam labu dia sedap sampai aku beli 10 ketul lagi simpan nak bawak balik. Dia kata tahan 2 hari,okaylah kot sampai rumah nanti esok. Izni paksa gak minum air Teh Telur dia, aku pun hirup lah sikit. Rasa macam puding caramel. other than that, no comment. *peace. 

Btw, air dalam botol tu lejen, dulu je ada en, lepastu penutup dia simpan or kutip dekat pakcik kantin sekolah petang. Dalam kelas tengah tungu Ustaz, main kejap. Ala, yang main jentik2 tu. Lupa pulak namanya. Saya masa kanak2 memang nakal. Eh, saya pulak nya..

 

Maka sampailah kami di Maninjau.. Waktu kami sampai dekat kawasan perkampungan tu, ramai anak2 baru balik dari sekolah.. awal nya habis sekolah.. Lepastu baru perasan dekat tangan masing2 ada 'report card'. haha. patutlah ada mak teman balik. Happy schooling budak2.. akak rindu owh zaman tu.. (Haha, macam berumur sangat  je en cakap macam ni). Ada sebab kenapa aku gigih tahan seram nak lalu lekok2 tu. sebabnya..

MUSEUM RUMAH BUYA HAMKA


 Tara.. sebenarnya,, ini misi menjejak Museum Rumah HAMKA atau nama sebenarnya 
Haji Abdul Malik Karim Amrullah. 
Sebenarnya, jujur cakap, tak tahu pun Hamka berasal dari Padang. Masa setuju dengan Yatt untuk pergi sekali ke Bukit Tinggi tu, sebab saja2. Yatt kata kat sana best sebab sejuk. Bila google2, rupa-rupanya HAMKA merupakan anak kelahiran di danau maninjau. Lepastu, boleh pulak classmate aku, Syuhada kenalkan dengan movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, terus ke novel and sekarang ni, tengah baca buku2 lain tulisan HAMKA. Jatuh suka pada penulisannya.

 Yang sadisnye.. museum tu TUTUP!!. Terkejut pak Eddy sebab dia kata selalunya buka je. Weh,dah redah kelok44 lepastu tutup. Hampa nya, hampa. 


Bagi mengubat kedukaan hati. Aku tawaf lah kawasan rumah ni. And bajet  buat2 survey kawasan ala-ala site visit  masa Tourism Workshop. Ha.. kalau anda nak tahu, kami tourism planning student, kena buat survey kalau lawat kawasan pelancongan. Bukan saja2 suka2 macam korang sangka kan. And, selalunya, gambar tong sampah macam ni lah yang kami cari kalau site visit. 
Kelakarkan hidup kami, tapi gambar tong sampah inilah yang membantu site visit kami. Nak analyse bagus ke tidak tempat pelancongan ni dari segi fasiliti nya. Ha. Hamek..

















Tapi, Alhamdulillah, nasib baik dekat depan museum tu, ada sebuah rumah sederhana kecil yang tertulis,
"Buku karya HAMKA dijual disini".
Apalagi, saat yang ditunggu-tunggu. bagi je salam, nanti ada seorang atuk tolong bukakan pintu. Melangkah je kaki masuk ke rumah, semerbaklah bau makanan tengah hari keluarga ini. baru terasa lapar. Buku2 karya HAMKA boleh kata banyaklah jugak kat sini. Ada yang original, ada yang dibukukan semula. 
Then lepas borong buku, Kami pun request nak bergambar dengan Nenek Azizah ni. Haha. Punyalah sporting nenek ni. Sanggup tukar tudung, pakai baju kod dengan bedak putih disolek ke pipi.
Masa nenek tu nampak aku pegang buku merah which is Buku Pepatah Minang. nenek berseloroh, 
" Owh, nanti dapat bermenantu orang minang lah ni" 
Amboi nenek, seronok eh gurau2.haha. aku gelak je lah. Mana tahu.
Tapi memang aku jatuh cinta. aha, jatuh cinta dengan pepatah minang ye. sejak ibu semalam bagi taklimat sambil selitkan pelbagai pepatah minang. 
Sangat puitis, kritis, bermakna dan kadang kala sarcastic. 

 Lepas beli buku. Tiba2 nampak pintu museum terbuka. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Aku pun apalagi, naiklah tangga nak masuk rumah tu, walaupun Pak Eddy dah macam lapar masa tu. aku pun sebenarnya. tapi tak kan tak nak masuk en.





Naik je rumah, dengar seorang pakcik ni sedang cerita pasal karya HAMKA, Kami pun menyelitlah dengar sekali. And tahu apa yang pakcik ni tengah cakap?? Pasal buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck lah,, haha, tapi aku tak berapa nak grab apa dia cakap. Last2, bila sister baju biru tu dah tak ada nak tanya, aku pun menyelit. "Pakcik, ceritalah sedikit pasal HAMKA" tapi pakcik tu cakap "kalau macam tu, tak makan lah Tour Guide kamu nanti" "Err, ala,,erm, kalau macam tu, pakcik cakap pasal apa tentang 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck(TKVDW) tadi" "Owh,pasal buku cinta kamu nak dengar ye?" haha, aku senyum je lagi,buat muka interested.

Pakcik tu cerita, yang filem adaptasi (TKVDW) ni sangat terpesong dari karya sebenar. memang aku admit. Nak tahu? Baca sendiri ye.. PTS ada jual buku tu, InsyaAllah senang nak cari. Dan tambah pakcik tu, filem tu mampu memburukkan nama HAMKA dan seluruh warga Indonesia atau lebih tepat lagi Islam, Okaylah, dalam filem tu, ada part yang Hayati berubah menjadi orang bandar,pakaian seksi tak cukup kain seperti orang2 Belanda zaman itu, dan ada pesta yang bercampur lelaki perempuan. Dalam karya sebenar, hayati tidaklah digambarkan seseksi itu. Tapi apa kan daya, demi melariskan filem, apa saja sanggup diubah. Sampai ending cerita pun dia ubah. lebih banyak dia ubah berbanding Harry Potter.hu,,

Nak tahu dari mana idea asal HAMKA? Sebenarnya,ada satu ketika HAMKA berpindah ke satu kawasan lain sebab masa tu terkena penyakit cacar air kalau tak silap. Then, setiap petang saat duduk2 di jendela, pasti kelihatan olehnya seorang gadis di tepi pantai. Gadis tersebut pun sangat pandai mengaji sebab selalu kedengaran suara ngajiannya di surau. Maka, karanglah akan HAMKA surat2 seakan surat cinta meluahkan isi hatinya terhadap gadis itu. Namun, tidak pernah sekali surat itu sampai ke tangan gadis tersebut. Takut kalau2 dikata oleh gadis itu, siapa pemuda ini yag tiba2 jatuh hati. Tapi tu semua sangkaan HAMKA, sebenarnya, mengikut pakcik yg cerita ini, mungkin gadis itu pun ada memendam rasa yang sama. Wallahuallam, 

Dan setelah HAMKA berkahwin dengan isterinya, maka tercetuslah idea hendak mengarang cerita yang sebenarnya mengisahkan tentang dia dan isterinya, mungkin yang benar sama adalah rasa cintanya yang dalam terhadap isterinya sebagaimana cinta Zainuddin terhadap Hayati dan surat2 dalam novel itu adalah serba sedikit seperti surat HAMKA kepada gadis suara merdu tu.

Allahu, aku teruja mendengar cerita ni. korang tak teruja ke?? okay fine, maybe cara aku karang tak sesedap pakcik ni cerita. haha.Then kami pun minta izin untuk balik. memang tak puas, tapi perut Pak eddy dah nampak lapar tu, perut kami pun. Takpelah, ada rezeki saya datang lagi.

Tengah hari tu, kami makan di local restaurant berlatar belakangkan, Danau Maninjau. Udara segar menghempas kulit pipi, sangat berselara makan, sebab memang lauknya sedap. Lepas solat jama' kami pun berangkat pulang semula ke Bukit Tinggi. dan aku mengelamun lagi tapi tak tidur sebab jalan dia haa... tak sanggup nak tutup mata.

 Sampailah dekat sebuah kedai jual semua makanan berasaskan labu. Yang sebelah ni cendol labu, Macam ABC. Aku pun belilah ole2 sagon labu. Orang jawa sebut sagon. Ala, yang diperbuat dari sagu tu. Arwah nenek Kg. Endah pandai buat. tu yang teringat dekat arwah, and beli lebih untuk ibu ayah.
 By the way, inilah buku2 yang aku sempat grab. Memang dah aim nak beli buku ni je, sebab ibu dah kata tak payah shopping baju. So, belilah buku buat insan tercinta ni, ibu pun lebih prefer buku berbanding all materialistic thing nih. Oceh. Bukan apa, aku akan beri 'barang bernilai' untuk orang yang tersayang. bagi aku, buku ini barang bernilai.Noktah
"Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek paneh" . Eh, guna pepatah dah sekarang.huahua





Okey everybody, dah sakit badan baca entry ni?? haha, sorry lah, aku kalau dah cerita memang kalau boleh nak detail, apa ada dalam otak, aku luah dalam ni. Lagipun buat simpanan di hari tua, boleh cerita dekat cucu nanti.  Okay2.. nak masuk part last nih..

NGARAI SIANOK 


                     









Inilah dia ngarai sianok tu. Ngarai bermaksud lembah. Specialnya sebab pemandangan cantik, Hasil lukisan alam semulajadi dek letusan gunung berapi. Seakan-akan Grand Canyon dekat Arizona US tu. tapi Pak Eddy 'marah' sebabnya jangan panggil Grand Canyon. seolah-olah mempromosi the real Grand Canyon dekat US. panggil lah Canyon Sianok. Okat pak Eddy. tq for being good photographer.


 Dekat sini kalau nak beli lukisan2 cantik gambar pemandangan pun ada. And kalau nak beli keychain ke, apa2 cenderamata,cenderahati better beli dekat sini. sebab inilah tempat paling murah  berbanding tempat yang aku survey. bayangkan keychain yang aku beli rm10@30,000 rp tadi, dekat sini beli 2 dapat 15,000 rp. Tak ke nangis weh.. Untung korang aku dah bagi tahu awal.huahua.

 Sebenarnya, saya lah yang melukis semua lukisan2 di atas, haha.. percaya tak?
(Beg itu macam beg tuisyen kan? haha, memang beg tuisyen adik aku Amirul tu pun, 
sorry kak ain pinjam jap, tak ada beg.. T.T )

Haha, tak baik tipu, "Lembu punya susu, sapi dapat nama" haha, makin suka guna pepatah nampak..
Abang ni dah melukis sejak darjah 4 kot, lukisan macam ni, ambil masa 1 jam je, cara lukis pun macam sketching je, tak payah pembaris nak ukur ketinggian rumah, ketajaman tanduk bumbung.
dia perasan aku usha je dia lukis, tu yang dia offer aku posing satu, ajet2 tengah melukis. Kawan aku yang lain dah pergi tempat lain beli baju. Aku pun belilah satu lukisan kecik harga rm2 je,, 
rugi beli satu.. bila sampai rumah, cantik pulak tengok nya.

Dekat sini pun ada orang menyulam, ada alas meja sulam.. cantik,, tapi,, erm,, mahal lah bagi standard student macam aku ni. Kalau ibu dah rembat berapa helai agaknya??

LOBANG JEPANG

















Okay dear all, haha tukar colour sikit, 

Lobang Jepang@Jepun, pernah jadi markas persembunyian orang jepun masa nak takluk Sumatera Barat. 2 tahun setengah pembinaan iaitu tahun 1942-1945. tapi hanya dijumpai oleh orang pada tahun 80-an.  keluasan yang dibuka untuk tatapan orang ramai hanya 1745meter, sedangkan panjang sebenar hampir 6km

buruh paksa yang buat ni datangnya dari jawa, kalimantan dan sulawesi. Diorang semua kena tipu dengan Jepun katanya ada peluang kerja di Padang. Last2 jadi buruh paksa bina markas jepun, kena korek tanah, makan sehari sekali. Dan paling sadis dan bukti jepun bapak hardcore kejam dulu, semua buruh paksa ini DIBUNUH. supaya tak siapa tahu kedudukan markas jepun.

Yang gambar kanan tu, tempat buang mayat bruh paksa, bawah tu sungai katanya. Main buang macam anak patung je. Aku meremang jugaklah then kaki ketar2 maybe sebab tadi turun dekat 132 anak tangga. Orang jepun zaman sekarang tak berani nak masuk dalam ni. maybe sebab malu, or takut orang Padang masih simpan dendam lagi. 

Tapi masa zaman Jepun datang Tanah Melayu pun, 2 tahun je, tapi berbekas  sampai sekarang wujud perkataan penampar jepun, bagero, and masih lagi guna selipar jepun,Okay kidding. Dekat sumatera barat pun 2 tahun je mereka duduk, lepas tu, kalah. sedangkan Belanda dah memerintah Padang 350 tahun.

Markas Jepun seumpama ini ada di tempat lain jugak contohnya Dagi Bandung dan Papua tapi 2 tempat ni tak dijadikan tempat pelancongan. Namun, sampai sekarang 3 persoalan yang tidak terjawab.

1. Apa terjadi pada jeneral Watanabe(maybe jeneral yang serang Padang kut)
2. Dimana mereka buang tanah bekas korek lubang.
3. Berapa ramai buruh paksa yang mati

Tapi jepun ni pandai, buruh paksa semua orang luar. Orang Minang sendiri jadi buruh paksa bina rel kereta api di Pekan Baru, Indonesia. And binaan dalam lubang ni memang sistematik, ada ruang ventilation@pengudaraan merangkap tempat rahsia untuk lari, sebab tu dalam tu sejuk, macam ada aircond, buatan nya juga kukuh buat dari pasir dan campuran apa tak ingat. tapi kukuh sebab masa gempa 2007, binaan semen yang baru boleh retak, sedangkan binaan asal maintain. Dan paling awesome, dinding2 nya menyerap bunyi, sebab tu tak bergema bila cakap dalam ni. Jadi macam berlekok dinding dia. Nak explain dalam fizik susah pulak, belajar tak khatam dulu.
 Any engineer nak explain??

Baiklah, sampai sini saja perjalanan Hari kedua di Padang, memang pengalaman baru, penat ada, penat main tawar2 harga, tapi yang penting kita enjoy the moment.

Owh, sebelum balik hotel, Pak Eddy drop kami dekat kawasan Jam Gadang dan pasar Atas. Pasar Atas ni memang tempat shopping lah dik non oii..  Tapi aku tak beli apa2 pun. Teman izni cari keychain lagi, Yatt cari Kain Sulam, Mimie cari telekung Sulam.


                                            

 Makanan.. tapi tak terbeli pulak. Tengok makcik ni rilek je jual kuih macam ni.hu


Inilah Jam Gadang nya. Gadang maksud besar. Setiap jam akan berbunyilah jam nya. waktu masa tu dah pukul 5.30 ptg tapi macam dah nak malam. Pasar Atas pun tutup lepas maghrib. So after that kami balik hotel jalan kaki sebab dekat je rupanya. Malam nanti boleh sambung jalan lagi. 
Kereta kuda tak naik lagi wei,

Nota kaki: Malam tu lepas Dinner, masing2 sumbat barang hasil lontaran tadi, mulalah beranak beg2nya. tapi beranak saiz je lah, Bilangan beg maintain sebab kami tak include beg kargo dalam ticket. Sebab tu murah beb..  

Ulasan

  1. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC