Teguran dari tuhan

Hari ini, aku telah belajar satu perkara yang telah menyentap akal fikiranku. Umpama mengetuk pintu hati,untuk aku sedar,kejadian itu bukanlah hanya perkara biasa,namun teguran lembut dari Allah. Ceritanya begitu singkat,hanya beberapa minit. Namun dah cukup,cukup untuk aku terkedu memikirkan nilai hikmah disebalik ujian.

Seperti hujung minggu kebiasaan,dah menjadi rutin untuk aku membasuh baju yang dah bertimbun dalam baldi. Adat student duduk di asrama. Hanya hujung minggu masa untuk mempraktik kemahiran rumahtangga yang ada (perlukah?)..haha. tapi semenjak dari asrama lagi,aku dah biasa basuh baju guna mesin basuh je. Bagi aku, Allah sudah beri kemudahan,baik gunakan kesenangan yang ada. Lagipun lebih jimat masa. Memang kebanyakan kawan2 aku lebih prefer basuh tangan,tapi bagi aku,itu hanya untuk kes terpaksa je.

So,mencarilah mesin basuh dekat ceruk2 mahallah. Sebabnya,aku baru je pindah dari Mahallah Halimah ke Mahallah Hafsah yg mana lebih dekat dengan kuliyyah aku dengan alasan sem ni 4 hari kelas malam. Nak pendekkan cerita...

Aku baru tahu yang mesin basuh tu, boleh guna duit syiling lama 20sen sahaja. Seriusly, 20sen LAMA sahaja. Aku dengan gigihnya pergi turun kafe nak tukar duit syiling. Sebenarnya aku memang ada BANYAK duit syiling,tp kebanyakannya 50sen dan duit baru sebab mahallah lama aku boleh je pakai any type of syiling. Tapi bila sampai kafe,makcik tu cakap,tak ada tukar.ok fine,aku pun masuk kiosk, herm. Jawapan yg sama. Aku tak tahu nak percaya ke tak,padahalnya,aku nak tukar lagi 60sen jee. Dengan hati yang lara dan duka,aku blah dan naik ke blok semula. Nak buat macam mana, terpaksalah cancel niat nak basuh baju. Dahlah rumet semua takda. Siapa lagilah aku nak tagih simpati.

Dengan perasaan yang frust,aku naik ke bilik,aku tenung duit2 syiling yang aku ada.. memang cukup untuk stok 4@5 kali basuh,tapi semuanya tak boleh guna sebab hanya 20sen lama sahaja diterima. Aku pandang je.aku pandang. Dan baru aku tersedar,..

Kuantiti tak bermakna apa2 bila kualiti itu tiada. Lihat,aku ada banyak duit syiling untuk basuh baju,tapi oleh sebab mesin tu hanya nak 20sen lama sahaja,terbantut segala urusan aku. Sama sahaja dengan kehidupan di dunia serta di akhirat nanti. Walaupun kita sudah cukup persediaan untuk bertemu Allah dengan segala amal yang telah dilaksanakan ketika di dunia,namun tak bererti semua amal kita itu boleh diterima dengan acuan yang telah Allah tetapkan.
Allah telah tetapkan segala guidelines atau garis panduan dalam melaksanakan ibadah padanya,namun kita ketika di dunia senang lenang menggunakan acuan masing2. Mana yang berkenan dan mudah sahaja yg kita amalkan. Mana2 amalan yang tidak berkenan,kita tinggalkan. Allahu..

Siapa kita?hamba atau tuhan?

Sudah cukup peristiwa syiling ini mengetuk benak fikiran.halus sungguh teguran tuhan.
Saat tangan sedang menaip ini,aku masih lagi berusaha memperbetul keadaan. Cuba bermujahadah di sepanjang jalan.mungkin selama ini aku umpama itu? Punya semua tapi tak semestinya berguna.

Jom,kita muhasabah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC