Doraemon: my first 'boy friend"

Assalamualaikum.
What a coincidence?.
Sebenarnya memang pagi tadi terfikir, kan best kalau Doraemon betul2 wujud dekat dunia ni. 
Maka kerja2 mengemas rumah seperti basuh baju. lipat baju, basuh pinggan, vacuum rumah akan jadi semudah ABC,(nampak tak syndrome cuti semester terperap dekat rumah, tak pergi travel, adik2 semua sekolah asrama??)
Then, baca satu entry kawan ni pun tulis tentang Superheroes jugak... tapi Doraemon tak ada dalam list dia..herm.haha. so macam lagi booster up lah nak memperkenalkan doraemon dekat semua orang kan.

alahai, siapa tak kenal doraemon, makhluk bulat, warna biru, tak ada jari tapi still boleh pegang barang( ajaib sampai sekarang), dan yang penting poket ajaib dekat perut gendut doraemon (maaf encik doraemon kerana tidak mampu merahsiakan kegendutan awak.muahaha). 
Tipulah kalau siapa tak tengok doraemon zaman kecik2 dulu. Dulu korang selalu kan kena marah sebab lambat Maghrib gara2 nak tengok doraemon lepas korang dah terpacak depan tv dari pukul 7 tengok Shin Chan setiap hari sabtu. lepastu kalau hari jumaat tepat jam 7, adik2 ain dah ready remote tv alih tv3, cerita Naruto(yang ntah bila nak tamat. dan tak layan sangat sebenarnya) haha, what a memory. Sampai sekarang pun ada doraemon waktu dan hari yang sama, tapi bila dah duduk asrama(sampai sekarang pun =.='), jarang lah mengadap. sekarang ni mengadap you tube je lah kalau nak tengok. Lagi-lagi pulak bila tengah belajar Nihongo ni. so semangatlah tengok doraemon.

Sebenarnya, masa kecik dulu (means waktu sekolah rendah) tak lah adore sangat dengan doraemon. setakat tengok tv petang sabtu. But semuanya bermula waktu ain Form1. Jeng3x...

"Tersebutlah kisah sewaktu kelas science di 1 Al-Ammar. Semua murid kelas itu sedang gugup menunggu keputusan pop-kuiz yang secara mengejut diadakan(memang pop-kuiz namanya) oleh guru ganti sains kami, Tcheer Azreen. Oleh sebab ini hanyalah sekadar pop-kuiz, jadi tcheer Azreen beri peluang pada kami tanda kertas kawan masing2. Lepas bagi markah, boleh tulis apa2 pesanan buat tuan punya kertas pop-kuiz tu. Tcheer azreen mula memberi tahu markah kami secara depan2 dalam kelas. Makin ramai kawan aku dah tahu markah diorang dan kebanyakannya dapat pesanan macam Good Luck, Chaiyok2! Aja2 fighting dan sebagainya. Dan tibalah saat aku menerima markah pop-kuiz. Seperti biasa, aku dapat markah antara yang terbaik masa itu (haha, nampak riak kan, bukan apa.. masa Lower form jelah, bila Upper form belajar Chemistry, Biology, jangan harap nak stand out antara classmate). Aku pun Alhamdulillah.. dan tak sabar nak dengar apa pesanan dari si penanda kertas aku. Nak tahu apa dia cakap??
"Don't be like a DORAEMON". Masa tu macam.. err. WHAT??. Apa kaitan doraemon dengan aku?? Semua dalam kelas gelak besar.. Masa tu macam @#$$&*. Siapa yang berani buat aku macam ni?.and tcheer Azreen pun bagitahu siapa punya kerja. Orang yang tak disangka!! 
Budak tu nama Safwatullah dan budak paling senyap dalam kelas. Jarang cakap dengan aku or probably tak pernah cakap dengan aku. Masa aku pandang dia, boleh pulak dia tayang pembalut gambar doraemon sambil goyang2 kertas tu and cakap "don't be like a doraemon"."

Dan selepas itu, bermula lah episod ain bersama doraemon. Nak kenal ain? Ain doraemon. Dah lah memang ada 5 orang lagi nama Ain dalam 1 batch, Maka uniqeness diperlukan untuk mengenal pasti identiti seorang Ain. Huh.. Sampai sekarang melekat nama Doraemon tu tau dak?? 
Yang paling tak percaya nye, budak yang paling senyap dalam kelas yang start dulu. Ada kawan bagi tahu yang maybe dia minat kat Ain sebab tu kacau bagi ain marah. (booo,, perasan lebih, tapi betul ke lelaki macam tu?). haha. takpelah, benda dah lepas, Safwa tu pun sekarang tengah belajar dekat Jepun( Concidence apakah ini).. Moga dia berjumpa dengan Doraemon dia sendiri. 

Tapi bila fikir balik, kenapa lah Safwa panggil aku Doraemon??. Semenjak tu, mengkajilah tentang Doraemon tu. Sifatnya, perangainya, warnanya??.haha.
So, maybe Safwa panggil ain Doraemon sebab ain ni bising macam Doraemon. Tengoklah doraemon kalau bebel dekat Nobita, kalau dia jumpa tikus? Kalau dia kalut? Bisingkan mulut doraemon..Herm.. memang, ain mengaku yang ain dulu memang hyper dalam kelas masa form1. Hyper tu macam..herm..tak dapat nak bayangkan. senang cerita vice versa lah dengan penampilan sekarang
( giteww..). 

Begitulah kisahnya macam mana  ain suka sangat dengan doraemon.. Sampai ada satu masa tu, waktu tu zaman dekat CFS uia, gigih pergi ke ViVa mall sebab ada pameran doraemon. 
Masa tu excited terlebih sebab akhirnya dapat peluk doraemon. ups, patung doraemon. Nak bagi gambar, ntah mana pulak hilangnya.. 

Yuhuu ain, ni nak cerita pasal doraemon ke nak cerita pasal diri sendiri??
haha.. ala, anda2 pun dah kenal kan doraemon. so tak payahlah diri ni nak terangkan lagi.
Yang penting anda semua kena tahu yang doraemon ni seorang robot yang baik hati, setia kawan, suka makan dorayaki, dan sangat penyabar. Jangan sekali2 menghina doraemon. Pernah sekali tu, ain gaduh online dengan seorang brother ni sebab dia tulis " Robot yang bodoh untuk orang yang bodoh". Dia cakap macam tu dekat doraemon.. Hallo..dah tengok ke reason kenapa Doraemon sanggup tolong nobita setiap kali dia dalam kesusahan? dah tengok ending cerita tu??(walaupun bukan penulis asal yang tulis sebab F.Fujiko dah mati).Tapi nasib baik pertelingkahan itu hanya di alam maya dan brother itu memohon maaf akhirnya. Haha. Saja je nak emo time tu.

Sebab doraemon lah ain tahu pasal makhluk2  yang dah pupus, tahu pasal segi tiga Bermuda. Walaupun bukan the real fact, tapi lepas tu google lah pasal info2 tu.

Ni last fact lah.. sebab kenapa kartun doraemon dicipta ialah untuk memberi perangsang kepada kanak2 Jepun zaman tu bahawasanya, semua benda adalah possible untuk dicipta. Sebab tu poket doraemon boleh keluarkan apa2 sahaja alat doreamon. tengoklah kemajuan teknologi Jepun sekarang?? Semua inventor Jepun yang terror2 tu, sebab diorang tengok Doraemon...(Haha, selamber je kau ain).. tapi possible jugak kan..

Okaylah, rasa puas hati pulak dapat type entry ni. maaflah, sepatutnya entry ni tentang travel. tapi apakan daya, diri ini bukan selalu boleh travel, so i just give you my two cents.

Ni gambar kulit buku komik doraemon. Zaman kecik2 memang pengumpul komik Doraemon kot. Lagi2 bila mak ayah support. haha. sekarang je sayang duit nak beli komik ni. haha.

Omo.. comel kan Doraemon. My first 'boy friend' gitew

Ni gamabar doraemon masa 100 gadget exhibition dekat ViVa mall.. Bukan selalu dia datang Malaysia. sebab exhibition ni keliling dunia kot... (Okay,, baru perasan yang mata doraemon ni wink2.. perasan tak??)

Dorayaki. Doraemon. Sensei aku cakap, memang dorayaki ni nama dia dorayaki. bukan sebab nak sama ke'dora'an dengan doraemon.haha

Hamek kau.. ain tak tipu eh.. ini buktinya. tapi dah banyak hilang atas faktor adik2 yang suka baca buku sepah2.so maybe kakak dia bengang masa tu, dan terbuang ke dalam mana2 lubang. Buku kedua yang kitorang suka beli ialah Detective Conan. haha. sekarang kalau nak beli fikir 2 kali.. sayang duit T.T .nasib baik dapat ibu yang supportive dan book lover.. Sayanggg ibu..



Ulasan

  1. Hahaha.. lepas ni habis ah kena bahan depan2..kau panggil ain doremon,aku tak pandang izzat. Herm..brother pun mesti ada nama panggilan kan?kena korek rahsia lepas ni.muahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC