KORBAN YANG TERKORBAN

Tuk2.. Assalamualaikum..
Sebenarnya, dalam kekalutan yang berlaku, ku gagahi juga menyapu sawang blog ini.haha dok kalut apanya, assignment je banyak menunggu. Ha,, jangan ingat students tourism ni chillex je memanjang. awal2 sem pun dah start dengan projek tau. next 2 week dah nak buat site visit kat Kuantan. memang haru lah nak siapkan 'senjata' kami untuk ke sana. Enough with bebelan, walaupun aku bebel, sebenarnya nak confest jugak lah, walaupun kos ni hectic sebab assignment memanjang, tapi aku happylah setakat ni. sebab kalau masa belajar sains dulu, kau hadap lah buku tebal hafal sampai muntah. hurm.. kejam eh ayat aku. 

Okay, rasanya tak terlambat lagi nak ucap Salam Zulhijjah kepada semua, sebab mengikut kalender depan aku nih, still lagi 17 Zulhijjah. Bulan Zulhijjah ni banyak kan makna buat para umat Islam? Tengok jelah tajuk entry aku kali ni. Saja bagi suspen elements sikit.

Kalau sebut bulan Zulhijjah, apa yang terlintas??
 Ha.. mestilah Raya Haji. eh..ke korang tahu raya haji on Zulhijjah month? aipp.. mohon peka sikit. Maybe kepada sesiapa ahli keluarga atau sanak saudara yang dapat panggilan Allah ke Baitullah akan lebih peka. Sebabnya selalu tengok Salam Baitullah kat TV1 tu. Tapi siapa yang dapat pergi memang untung. Moga mendapat haji yang mabrur. Suasana di sana memang tak dapat dilupakan. Melaksanakan ibadah adalah aktiviti harian, dekat sanalah jadi rajin buat amal itu ini. Malah bertambah lagi dengan solat2 sunat dan perkara2 sunat. Kalau berhadapa dengan musibah di sana, dianggapnya ujian, tanda Allah sayang, tiada rasa pun untuk mengeluh. Allahu, tengoklah mindset manusia. Sebenarnya kita boleh je anggap setiap perkara kurang enak yang berlaku tu sebagai ujian, tak perlu tunggu untuk berada di bumi Makkah dan Madinah. Tapi semua tu perlukan mujahadah.

Tapi semalam waktu kelas Sustainability, Sir cakap macam ni. "Cuba tanya orang yang pergi Mekah, seronok tak kat sana? Mesti, dia akan balas jawab seronok, Alhamdulillah Allah mudahkan. Kiranya kalau buat survey satisfaction kat sana, memang A++ lah  Tapi, adakah semua tu menjadi tiket untuk pihak pengurusan dekat sana ambil enteng? Memang semua orang nak meninggal dekat Mekah atau Madinah. Tapi betul ke perkara yang berlaku baru2 ni?". Okaylah, sebenarnya Sir nak highlight pasal kes rempuhan di Mina tu. Sir nak bgtau yang walaupun terkorban di sana adalah perkara mulia. Tapi, janganlah sampai perkara ini dianggap enteng. Perlukan pengurusan lebih sistematik untuk elak sebarang kejadian berlaku next time. 

But, bukan apalah eh, sebenarnya, attitude manusia itu sendiri yang membawa kepada kejadian ini     ( memang dah jadi asbab untuk berlaku kemalangan ni). Cuba kalau semua jemaah ikut jadual yang ditetapkan, ikut laluan yang ditetapkan, Orang Iran belah sini, Orang arab belah alek sana, So tak adalah perebutan, ni semua nak melontar tingkat bawah dan pada waktu dhuha sebab nak lebih afdhal ikut sunnah nabi. Tapi bak kata ibu, banyak sunnah nabi yang lain boleh diikut. Memang pengalaman sendirilah, orang Iran atau "pak2 arab" memang agak 'ganas'. Kalau naik lif tu, kalau boleh nak naik sorang je, or paling max maybe 3 orang walaupun lif seluas alam. adoi,, dekat situ nampak dah macam mana attitude. tak kesian dekat kita yang nak naik lif jugak. 

Nak share jugak pengalaman masa di Raudhah( Alhamdulillah, dapat pergi menunaikan umrah dengan family masa 2012), Kalau jemaah perempuan, before pintu Raudhah dibuka, jemaah akan diasingkan ikut negara. kalau Malaysia selalunya campur dengan Indonesia (geng2 telekung putih giteww). And dekat sana banyak pintu. Ingatkan time tu dia nak bukak pintu yang depan kitorang, lepas dah tunggu, rupanya dia bukak pintu belah kanan which is dekat dengan jemaah Iran, and belah2 Arab tu lah. Nak jadikan cerita, sebelah kiri kitorang geng jemaah dari India. Ha,, masa pintu kanan dibuka.. jemaah yang belah kiri, semua BERLARI i repeat BERLARI ke pintu. Masa tu macam Oh mai..Oh mai.. polis Madinah time tu tak boleh buat apa dah. Polis yang jaga kitorang just cakap "Sabar bu, Sabar bu" dekat kitorang. Oleh sebab sifat Melayu yang dengar kata, ktorng pun rileks je lah. Makcik sebelah aku masa tu dah peluk2 aku then dia cakap, takpe, kita orang Melayu kena sabar. Masa tu duduk memang agak berhimpit sikit. 

Tapi inilah hakikat yang berlaku, mahu melakukan ibadah, namun caranya sangat 'tak kena' bagi aku. Allah.. Raudhah itu tempatnya untuk semua orang. tak perlu berebut, bagi peluang kat semua. Sedih tengok keadaan tadi tu, Culture shock sampai sekarang. Itu belum lagi keadaan dalam Raudhah tu sendiri. Nak solat ni, berebut, kes terlangkah kepala biasa, kadang2 terpijak pun ada. Sebab tu better pergi berdua, so sorang boleh tolong cover. Macam aku pergi dengan ibu, so masatu ibu tolong halang siapa lalu depan. kalau tak, memang dah penyek kepala kena pijak. Uwa.. owh btw, sebelum masuk raudhah pun banyak perhentian, bukan lepas masuk pintu, terus dapat ke Raudhah, kena gerak sana dulu, then dekat sini pulak, aku pun sampai berapa kali ambil wudhuk dengan air mineral. Hew3.. Bila dah solat kat sana, jangan harap polis bagi time nak doa, terus kena halau, so tips dia, korang sujudlah lama2 sikit masa solat. doa time tu.

Tapi itulah, semua itu pengalaman, baru kita tahu umat manusia bagaimana. Terbayang, macam mana dekat padang Mahsyar nanti. Allah.. Allah.. moga kita dapat syafaat dari Allah. Bagi aku, aku pegang prinsip macam ni masa kat sana. 
 Setiap inci tananh di Mekah atau Madinah pasti pernah dipijak oleh Nabi Muhammad. Pastinya, setiap inci tanah itu Barakah. So, tak perlu berebut MasyaAllah. Esoknya, aku dgn ibu pergi lambat sikit ke Raudhah, Alahmdulillah, masa tu lapang je, sebab orang dah tak ramai. Btw, aku cerita ni part jemaah perempuan, kalau jemaah lelaki, rasanya tak lah macam ni, ruang untuk jemaah lelaki lebih luas. Tapi jika ada peluang, pergilah. doa banyak2. time aku pergi tu, sebelum tu tiba2 terdetik nak pergi sana sebab masa tu tengah serabut gila dengan masalah. Alhamdulillah Allah dengar doa hambanya yang hina ini. 

Herm, macam mana boleh termasuk part Umrah ni? aiyo,, tapi jangan salah faham, bukan nak cerita sisi gelap di Mekah atau Madinah, tapi ini realiti. Tapi at the end, korang akan rasa tenang, dan Redha macam yang awal2 aku cakap tadi.

Okaylah, Sir aku pun tambah lagi, Korban itu besar ertinya. Masa zaman Nabi Ibrahim dulu, baginda berkorban sesuatu yang amat baginda sayang. Bayangkan umur berapa baru dapat Nabi Ismail? Tup2 bila dapat, dapat wahyu dari Allah suruh sembelih. Kiranya, korban itu adalah mengorbankan sesuatu yang kita amat sayang, bukan sesuatu yang banyak. Bukan setakat korban lembu, itupun cuba tengok lembu2 korban sekarang, makin mengecil je.. herm, asalkan cukup tahun katanya. Tapi nak kata yang erti pengorbanan semakin sedikit. Herm ,aku yang cakap ni pun sebenarnya masih struggle untuk faham erti korban sebenar. Masih cuba untuk amalkan. Doakan ye.

So, sampai sini dulu celoteh ku. Maaf, sebenarnya nak buat entry kali ni macam berilmu sikit. Tapi endup dengan sharing moment aku. Ain2.. inilah seorang Ain. ini je yang mampu. Harap2 dapatlah kita ambil ikhtibar ye. Callobettey... Wasalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC