Book Review - CINTA di rumah Hasan Al Banna

Assalamualaikum everyone.. 

Niat mula2 establish blog ni sebab nak kongsi semua kenangan masa pergi melancong je, Dah nama pun langkah seribu. Tapi bila fikir balik,biarlah ruangan ini jadi wadah tempat ku luah, jadi buku conteng buah fikiran. ;) Sebabnya ada satu buku yang buat ain mampu langkah seribu apabila membacanya. 

Nak buat pengakuan sikit lah eh.. Sebenarnya, ain bukanlah peminat tegar pembaca buku. Boleh kira jarilah buku yang ain baca. Lagi2 buku tebal macam novel melayu cintan cintun (eh, tapi novel Suamiku Encik Perfect 10 khatam jugak,, sebabnya bosan masa ambil short sem dekat cfs pj dulu,haha). Boleh bilang dengan jari lah buku yang ain baca. Antaranya 7 siri Harry Potter, Ayat2 cinta, Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, Haish,,sebenarnya baca lah jugak buku, tapi bukanlah hobi. kesedaran membaca tu datang sebab fikir diri ni tak banyak ilmu,
Erti kata lain, kena paksa kan diri. Erk.
Tapi tulisan Ustaz Pahrol Juoi memang dalam favourite list


 Tak macam adik ain sorang nih,, Amirul memang boleh cop ulat buku. Ulat buku tahap apa ntah,,kalau merayap kat tangan maybe boleh merenyam satu badan..haha.okay merapek dah akak. .Tapi insyaAllah lepas ni nak berubah. Sebab pernah baca satu kata pujangga, jika mahu melihat diri kita 5 tahun akan datang, lihat apa yang kita baca sekarang. Oceh, kata pujangga ha

okaylah, CINTA di rumah Hasan Al Banna. selaras dengan tajuk buku ni. memang ceritanya sarat tentang cinta. Cinta beliau dalam rumah tangga, terhadap s isteri, terhadap anak2. kalau sebelum ni kita banyak dengar cerita tentang Hasan Al Banna dengan kepimpinannya sebagai pengasas Ikhwanul Muslimim yang begitu ramai pengikutnya. Tapi siapa kan tahu, rupa-rupanya Hasan Al Banna adalah pemimpin yang hebat dalam rumah tangga. Ayah yang penyayang terhadap anak2 nya.

Buku ni tak tebal mana, 74 pages je weh. lepastu penulis, bahagikan ikut chapter so senang sikit nak hadam.  Dalam buku ni banyak menceritakan bagaimana cara didikan Hasan Al Banna terhadap anak-anaknya. Beliau begitu mementingkan aktiviti makan bersama walaupun sesibuk mana selagi aktiviti dakwahnya bukan di luar kawasan rumah. 
Paling terharu bila, Hasan Al Banna hantar sendiri makanan anaknya ke tadika sebab makanan anaknya selalu si'kecek' orang. Jadi untuk memastikan anaknya mendapat makanan, dihantarnya SENDIRI ke sekolah.

Nak membuktikan kehebatan si ayah ini.Setiap anaknya mempunyai fail peribadi. Segala macam informasi mengenai tarikh kelahiran, ubatan yang perlu diambil, pencapaian dalam pelajaran semuanya dicatit elok dalam fail. Semuanya bagi memastikan segala perkembangan anak-anak dalam pengetahuannya. Tak kira lagi apabila beliau sendiri yang menganjurkan method pembelajaran Bahasa Arab kepada guru sekolah, tanpa pengetahuan anaknya.

Hasan Al banna lebih suka memberi nasihat secara teladan, tak ada suara tinggi dirumahnya. Biasalah anak2 mesti ada melakukan kesalahan, tapi penuh hikmah cara menegurnya. Beliau juga mempunyai sistem wang saku yang konsisten kepada anak-anaknya. Wang saku harian, mingguan dan bulanan. Beliau juga memastikan wang saku bulanan anak-anaknya dihabiskan membeli buku bahan bacaan, seterusnya meyediakan perpustakaan di rumah.

"AKU INGIN MENYAMPAIKAN DAKWAH INI HINGGA KEPADA JANIN DI PERUT IBUNYA". Mungkin kata-kata inilah yang menyebabkan Hasan Al Banna begitu berjaya mendidik anak-anaknya. Bukan sahaja pemimpin yang mampu menyentuh hati ribuan pengikut, malah pemimpin keluarga yang tahu membahagikan masa. Dalam buku ini, tak habis2 anak2 Hasan Al Banna menyatakan bahawa mereka amat sayang padanya, sehingga merasakan tak mampu membalas seperti perbuatannya.

Sebenarnya banyak lagi cerita menarik dalam buku ni. Kena baca sendiri baru bisa menghayati. Maaf sebab Ain tak mampu nak sampaikan sebaik mungkin. Cuma hanya mampu mengajak anda semua untuk mula mencari buku ni. Ain beli pun masa jualan buku dekat UIA, guna Voucher Buku 1Malaysia lagih..huhu. Mula2 ambil buku tu nak cukupkan voucher yang ada( kalau burn rugi wehh) tapi akhirnya buku yang 'tak sengaja' diambil ni mampu menyentuh hati.

How i wish to get a husband for mykids that is perfect like him. Tapi, persoalan? Adakah diri sendiri mampu menjadi seperti isteri Hasan Al Banna yang juga begitu tabah?  Tepuk dada, tanya iman.

moga bermanfaat. selamat menghabiskan puasa 6 Syawal anda!

Aha, ni ada gambar bukunya. 

Ulasan

  1. S isteri or 4 isteri? Eh..nice entry sis, :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. *si isteri ye brother.. setakat dalam pembacaan sis,Hassan Al-Banna setia pada to the only one

      Padam
    2. *si isteri ye brother.. setakat dalam pembacaan sis,Hassan Al-Banna setia pada to the only one

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC