ACHEH Hari 3 (Kembara Cinta) - 8 June 2015



Assalamualaikum *sambil bersihkan sawang2..

Ha.. maaflah ye, baru sekarang sempat dan bersemangat nak sambung cerita. sebab bulan puasa baru ni sibuk sikit. Buat biskut raya(ha.. orang jual tau, tapi dekat kawan2 ibu jelah), sediakan makanan buka puasa, sahur, jaga anak. eh.. anak tak ada lagi. jaga ibu ayah.haha.

So, sebelum nak sambung cerita, lebih bagus kalau ain mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di dunia atau trend sekarang SHRMZDB.. apa punya malas lah anak muda sekarang.. haih.. *tak sedar diri sendiri anak muda. kepada sesiapa yang seronok baraan dengan kawan2 tu, jangan lupa, diet kena jaga.

alright. sebenarnya, ain dah ingat2 lupa apa yang ain buat masa hari ketiga kat sana. tapi nasib baik ada gambar. and you know what? baru ni semua gambar2 raya and gambar2 kat acheh hilang.. sebab damaged SD card. pergh.. perasaan dia. orang ajak makan lemang pun rasa tak selera..haha.okay over. tapi alhamdulillah, akhirnya dapat retreat balik semua gambar hasil googling dan godek2 sepanjang malam. Dah2 cik ain.. bila nak ceritanya. haha. don't worry everybody, kali ni ain banyak cerita guna gambar je. i try okay. i try.

pagi hari ke-3 tu alhamdulillah.. segar dan menyamankan, macam mendung sedikit. jadi lokasi pertama kami ialah Gunongan. ha, apakah benda tu? ingat tak SIMMA yang ain cakap masa awal post haritu? okay Gunongan ni adalah sebuah taman berbentuk macam Gunung, yang merupakan tempat bermain si puteri. ewah,, Puteri ayu bernama Kamariah dari Pahang. Puteri merupakan isteri Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada masa itu, dan dibawa oleh Sultan untuk tinggal di Acheh.

ceritanya, suatu hari puteri Kamariah rasa sunyi dan rindu akan negerinya. Maka berlakulah dialog. "Wahai kakanda, amatlah rindu hati adinda akan tempat tumpah darahku. Terasa sunyi benar adinda di sini dek kesibukan kanda mengurus hal ehwal negara. Bila kakanda sibuk, fikiran adinda akan melayang ke negeri Pahang, suasananya, kehijauanya, gunung-ganangnya". Maka jawablah Sultan Iskandar, " Owh adinda ku sayang, maafkan kakanda kerna terlalu sibuk mengurus hal ehwal negara sehingga mendatangkan kesunyian di hatimu. Tak mengapalah, sebagai tanda maaf dari kakanda serta tanda cinta kanda, akan kanda binalah tempat sepermainan bagi adinda serta dayang2. Bentuknya bahkan mirip gunung-ganang seperti di negeri adinda"..


aku yang excited memanjat nih akhirnya..
Hokay,, dialog kat atas tu sememangnya hanya rekaan semata.haha. bagilah peluang ain sekejap nak buat ayat cintan cintun. Maka siaplah Gunongan tempat bermain sang puteri. sweetkan Sultan Iskandar? Dah lah tahu tadbir negara, alim pula. Orang alim ni memang sweet kot.. Eh, don't generalize people. uhuk. Carilah cinta yang menguatkan, bukan melemahkan.
Inilah Gunongan tu. kan nampak macam gunung sikit bentuknya. accept warna putih, kalau warna hijau.. dah sebijik sama kut. ( Sorry puteri Pahang menyelit kat tengah2..haha)


hHa. tepi sikit.. Hero Malaya nak lalu. Ayah ain dulu hensem orangnya. Sekarang pun, tapi uban ada banyak sikit lah. tapi memang hero Malaya lah nak katanya. and always be my hero~

Ha, ni lubang untuk naik dekat gunongan tu. kata gunung, mesti adventure sikit. saiz pun kecil molek je untuk sorang. Takpe, besar jugak, sebab ayah pun still muat..muehehe.







Ni budak baru belajar parkour. apekebenda ntah lah. Dekat atas Gunongan tu, memang bestlah kalau main  menyorok-nyorok, lari-lari, polis sentri ke, sebab ada semacam jalan kecil dengan rumput gitu.
Peringatan: jangan tiru aksi ini di rumah. Budak ini dah kena marah dengan kakaknya kerana buat aksi merbahaya ini.
Dah, jangan cakap kak ain tak payung.




Dekat Gunongan ni ada mini muzium. Boleh sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang Gunongan, atau nak lihat tinggalan sejarah macam pinggan seramik, keris apa semua. Ada kat sini. Next, kita teruskan perjalanan ke Rumah Cut Nyak Dien.


Menurut pamphlet yang pihak muzium ni bagi. monumen ni merupakan replika rumah seorang srikandi Acheh iaitu Cut Nyak Dien ( sebutan 'cUt' eh, bukan 'kat'). Cut Nyak Dhien merupakan putri Teuku Nanta Setia yang dipercayai oleh Sultan Acheh sebagai uleebalang yang berkepribadian tangguh. Berkahwin dengan Teuku Ibrahim @ Panglima Lamnga yang sangat disegani oleh Belanda atas keberaniannya.

Namun, penyerangan Belanda terhadap Acheh pada tahun 1873 menyebabkan gugurnya Panglima Lamnga. Dipendekkan cerita, saat Belanda mundur sebentar dari Acheh, Cut Nyak Dhien kembali semula ke Acheh dan menggantikan tugas ayahnya. Dek memiliki jiwa patriot, beliau amat kecewa apabila suaminya (ketika itu ialah Teuku Umar) memihak kepada Belanda. Sehingga suaminya diangkat sebagai Panglima Besar dan dikurniakan istana besar. 

Namun, ketika Teuku Umar berbalik memusuhiBelanda, maka terjadilah pertempuran sengit antara dua pihak. Masa itulah Belanda serang habis-habisan ke arah rumah Cut Nyak Dhien. Walaupun suaminya telah mati, beliau terus melakukan serangan grila dari hutan kehutan menentang belanda, sampai akhirnya ditangkap oleh Belanda dan diasingkan ke Sumedang Jawa hingga akhir hayatnya.

sekarang, hanya tinggal replika rumahnya yang telah dulu dibakar oleh pihak belanda. Rumah inilah yang digunakan beliau untuk mengatur strategi. Rumah inilah bukti jiwa patriotik sejati. Rumah inilah lambang cinta abadi. Reka bentuk rumah ini juga kaya dengan budaya acheh terutamanya jumlah tiang penyangga yang banyak iaitu 65 buah. nanti kalau sampai sana, kalian kirala sendiri. 

herm. nampaknya panjang jugak ain bercerita. haha. hari ketiga ni terasa macam kembara cinta pulak. ialah, dah 2 tempat lawatan mainly cerita pasal cinta. cinta dalam rumah tangga, cinta pada negara, yang utama, cinta pada yang Esa. 


comel je dua insan nih.


Selesai je ayah and ibu borong makanan, kita bergerak ke destinasi seterusnya. Kubah Masjid Jami' Lamteungoh. Sepanjang perjalanan ke sana, Surya ceritalah jugak tentang tempat ni. Katanya, tempat lawatan ni hanyalah sebuah kubah masjid yang terdampar di tanah. Tapi, kenapa beriya sangat dia nak bawa kami ke sana? Sebabnya, kubah masjid ni sebenarnya adalah kubah masjid di kawasan lain yang dibawa oleh arus tsunami. Allahuakbar!
Eh, ayah jadi promote ke??




khusyuknya dengar penerangan. iyelah, aku pun rasa takjub. tiba-tiba ada kubah besar depan mata.


Family potret  >.<


Muka ibu dengan ayah serius sebab tengah melihat sisa-sisa al-quran yang dibawa sekali bersama kubah masjid tu.
Lihat Allah menjaga kalam-Nya.

Nampak bukit belakang tu? Mesti tertanya-tanyakan, dari mana datangnya kubah masjid ni? Yaa.. betullah tu. memang kubah masjid tu asalnya dari kawasan sebelah bukit tu. kalau dapat nampak pokok kelapa tu, setinggi itulah air tsunami masa dia bergenang. Kawasan ni paling teruk kena tsunami, kebanyakannya tak sempat menyelamatkan diri. tapi ada satu cerita yang buat kami semua macam blurr kejap.  Ada seorang bayi, telah diselamatkan oleh ular sawa semasa tsunami. Tidaklah dimakan bayi itu, bahkan diletakkan bayi itu elok sahaja oleh ular di bukit sana tu.


Soalan disini, bagaimana kubah yang berat ni, boleh terapung? malah menyelamatkan 4 orang yang sempat berpaut padanya? Kalau dari segi sains, pasti ada yang mampu menjawab dengan menyatakan bahawa bentuk kubah yang hemisphere serta ruang kosong dalam kubah lah yang membuatkan kubah ini terapung. ya, tak dinafikan. Tapi bila Alah kata 'kun fayakun', apa jua mampu berlaku
Lagi satu attraction dekat sini, kita boleh naik motor penduduk kampung tu untuk ke kubah tu. Kena bayar, tapi seikhlasnya. Sebenarnya taklah jauh sangat kubah tu dengan tempat letak bas. Tapi, niatkan jelah nak sedekah, sebab benda ni macam dah jadi sumber pendapatan penduduk kampung. nanti kalau pergi sana, tahulah kalian betapa seronoknya masa tiba2 ramai offer naik motor mereka. I is jeles tengok ayah dengan ibu


Iklan gigi darlie, Oleh kerana hakak mereka tak pandai bawak moto maka ku tumpangilah akak owner moto tu.


Pengalaman di kampung ni tak akan aku lupakan, Anginnya telah menghempas muka lantaran menyedarkan aku tentang keindahan ciptaan Tuhan. View dia memang cantik. Sesudah mentaddabur alam, kami pun mengisi perut kami dan menunaikan solat zohor, sebelum kami melakukan aktiviti 'Melontar'.. Ha,, apa tu melontar?? haha.. will be revealed soon.

Masjid Besar Baitul Maghfirah
bukan masjid ni kami solat Zohor tadi, tapi nak bagitahu yang dekat Acheh banyak masjid2 baru yang dibina.
Semuanya cantik dan kelihatan utuh.


Sebenarnya, destinasi kami seterusnya ialah Pasar Acheh, Aktivitinya? Shoppinglah meh.. Tapi sebelum tu kami singgah kejap di Kedai Cenderamata. Tapi kami sekeluarga lebih excited dengan toko buku yang berada berhampiran dengan kedai tersebut.

Maka 'book hunting' kami bermula. Orang lain menghabiskan masa kat kedai cenderamata, kami terjah kedai ni. Adik aku si Amirul tu beriya nak cari buku "Hafalan Solat Delisa", tapi orang kedai kata buku tu dah tak publish. Sebabnya buku tu cerita tentang kejadian tsunami. jadi dah lama buku tu diterbitkan.

inilah buku hasil tangkapan kami. Curently reading Syair Tsunami, sebab aku suka.haha

Tapi ibu boronglah jugak jajan untuk adik beradik dia. Ni namanya daging dendeng.
Ibu kata, arwah nenek pernah nak try buat dulu,  Tapi susah owh.. Ada cara tersendiri nak buat. Banyak jenama daging dendeng kat sini, tapi jenama ni recommended.
Pintu depan pasar acheh berderet motor. Pengangkutan utama di sini boleh dikatakan motosikal. mana2 orang naik motor. Pa

Ha.. tengok kau.. betapa berharganya motor disini..muehehe.


Keadaan kat dalam pasar tu sejuk maknon oihh.. air-cond semua. Memang selesa kalau nak shopping baju. tapi setelah kami tinjau, baju kat sini tak lah murah mana and tak banyak kena taste dengan kami. So kitorang decide keluar dari pasar and get our own journey..haha.idea ibu ayah.
Lorng-lorong kecil kami terjah. sebabnya, nak cari toko buku lain yang ada jual buku "Hafalan Solat Delisa". Mungkin korang rasa kami pelik, tapi who's care? kami ada style kami sendiri.

Finally, dapat makan bakso Indonesia. asyik makan ayam kampung kat kedai je kan. Pekena sikit bakso dekat stall. Tapi aku sorang je suka rupanya. yang lain semua x layan. Sup dia jernih haa..  *Ish,,, teringin pulak bakso T.T

Ha,, tengok apa yang aku jumpa? Bundle of buku komik Doremon. dekat toko buku yang kami jumpa tu, tak ada jugak buku yang kami cari. tapi yang tak dicari jugak jumpa. Pergh,, rasa nak menangis tengok buku doremon, kat rumah berbundle jugak lah buku ni, sampai tak ingat episode berapa yang aku takada. memang buku favourite lah doremon ni. Cerita dia banyak ajar aku erti kehidupan. Oceh. * ada kawan lelaki aku pernah panggil aku doremon, mungkin sebab badan boolat macam dioremon kut. * and aku pernah telagah mulut dengan seorang brother ni sebab dia kutuk doremon lebih2.pergh..menyirap..

Ibu got excited.. Haha sebab dia tanya "Ain, apa benda roda 2 ni?" curious giler muka.. aku pun jawablah, "Motorlah ibu" sinis jawab balik.. bab dia gelak over tu still unidentified.

hasil lontaran cikgu2 ni. ada yang beli untuk cucu, ada beli baju kawen anak. Ibu? She got happiness.


Hari pun dah berlabuh petang, kamipun pulang ke hotel untuk bersihkan diri kemudian terus bersiap nak pergi solat maghrib di masjid Baiturrahman. dan ini adalah Maghrib terakhir kami disini sebelum berangkat pulang esok.

dua insan berharga bagi aku.


Hakak pandang apa tu?,, ramainya photobomb  =.='

ni adik sado saya, Amirul Hannan nama diberi yang bermaksud "Pemimpin yang Lemah Lembut". memang shy2 cat orangnya. Jarang marah, Tapi kalau marah, kak ain lari dulu lah

ni adik last saya. Nama Muhammad Nazmi, aku yang bagi. Maksudnya " Muhammad ialah kemulian; Nazmi ialah kedudukan bintang yang tertinggi". sebab masa tu akak dia suka tengok bintang and pernah bercita-cita nak jadi astronount. Btw, tu baju Acheh yang dia baru beli. Bolehlah dik, jadi orang acheh.
Aku hayati suasana maghri di masjid itu. Angin lembut sepoi2 bahasa, sehingga terlupa, pernah dulu badai tsunami menyapu lembut kawasan masjid. Tak sedikit pun air tsunami menerjah masuk ke lantai masjid. Kawasan Masjid ni bila malam, memang meriah. Dah macam suasana di Masjidil Haram bila orang ramai masing2 mengimarahkan kawasan masjid. Urusan jual beli. Anak2 main berlari. tak kurang juga ang ber'selfie'

Dah, aku tamatkan pengembaraan cinta aku hari ini. Aktiviti malam hanyalah makan malam di Brothers Restaurant. Boleh tahan pelik jugak tomyam kedai ni. Ikhlas cakap, tak lawan tomyam yang ada kat kedai area rumah aku.huhu. Tapi bolehlah buat isi perut. kau tu ain, tolak batu dengan kayu je kan.

Perjalanan hari ini, menambahkan lagi cintaku pada Acheh. Cintaku tertinggal disini. Eh?

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC