ACHEH Hari 4 (Kembara Dakwah) - 9 June 2015

Sedar tak sedar, letih tak letih, dah hari ke-4 aku berada di bumi Acheh.Betul lah kata pujangga, "Jauh perjalanan, luas pemandangan". Namun satu ingin ku pesan, Jadikan ia satu pedoman. Bukan hanya satu wayangan.

Pagi terakhir di Acheh, kami sibuk mengemas barang2. Tips penting, pastikan anda membawa mangga kecil untuk mengunci luggage2 anda atau boleh je beli kat kedai berdekatan.Ialah, banyak kan isu kata beg pecahlah, hilang barang terutama yang bawak masuk kargo. Even masa hari sesampainya di Acheh, depan aku sendiri, ada beg seorang pakcik ni rosak di bahagian pemegang. Moga pakcik tu tabah ye, maaf tak dapat menolong haritu. Lagi satu, pastikan barang2 macam makanan@jajan sealed elok2 dalam kotak.
Kitorang stay dekat Hotel Medan. Biliknya selesa, memang besarlah ruangnya, boleh guling kalau nak. dan ramai orang Malaysia stay sini, termasuklah..Ustaz Fauzi, ustaz sekolah aku tu. haha, dah 3 malam stay sini, baru pagi tu perasan Ustaz keluar dari lobby. Rombongan mereka pun balik hari ni, memang sama flight lah nanti en. kiranya 4 hari 3 malam ni waktu yang optimum lah, tak letih sangat, tapi sempatlah merasa kemesraan Acheh.


Hari ni memang dah tak ada tempat lawatan, so ain  belanja gambar jalan je lah ye




Okay! Kita tukar plan!.. Urghh, apa ke hei nye Surya ni. Tiba2 buat gempak.. Ouh, rupa-rupanya, sebelum kami sampai ke bandara, on the way ke sana, kami akan singah di sebuah rumah anak yatim. katanya, dia pun baru informkan perkara ni pada tuan rumah anak yatim tu, jadi jangan mengharap layanan terbaik katanya. Tapi ada seorang kawan ibu ni, Cg Ramlah; merangkap ketua rombongan, dia memang dah sediakan jajan sikit. patutlah nampak dia keluar awal sikit naik tuk2 pagi tadi.

 Kedatangan kami disambut dengan selawat oleh Penduduk Dayah Nurul Huda. Terasa dihargai betul kedatangan kami. ini yang Surya kata tidak seberapa awal tadi? ah, bagi aku cukup dengan senyuman ikhlas anak2 kecil ini
 Ayah dah macam YB lawat kawasan,hui3..
Ramai kan anak2 ni? Rasa sesak kan? Tak dinafikan, aku pun merasakan begitu. Agak dhaif keadaan  di sini. Tapi hati2 anak yatim ini begitu lembut dan menenangkan. Bukan aku over  bercerita,tapi kebenaran depan mata. Mungkin kerana hati anak2 ini suci dek hafalan al-quran yang sentiasa jadi pegangan. ada yang sudah menghafaz 30 juzuk al-quran.

Dayah Nurul Huda ni diusahakan oleh 3 orang hati yang cekal dan mulia. Dan dayah ni berlainan dengan Dayah Al-Furqan yang kami lawat kelmarin, sebab dayah ni milik persendirian 3 orang hati mulia ini. Tanpa bantuan kerajaan, mereka menerima anak2 terlantar( term ni digunakan untuk anak buangan), ada juga yang memang yatim piatu. Namun Alhamdulillah, banyak NGO yang datang membantu, Dari Malaysia, dari Kanada (kalau tak silap) pun ada. 

 Kami dihidangkan dengan kopi panas. Sederhana namun cukup beri tenaga.  sebab aku suka kopi pun sebenarnya.
 Inilah 2 insan yang berhati mulia itu, Banyak kisah yang dikongsi. Mereka ni ada ikatan adik-kakak ipar. kakak yang kanan tu, kakak ipar kepada akak yang tengah, adik lelaki kepada kakak yang kanan tu, merupakan suami kepada akak yang tengah( Tengoklah, akibat terlupa nama mereka). Budak kecik 2 orang tu, anak akak tengah dengan cucu akak kanan, Muda2 lagi dah ada cucu. Sebab mereka kawen muda.

malah mereka bagitau, ada anak2 yang tinggal di sini dikahwinkan sesama mereka. hai, kalau dah jodoh, tak kemana. ada yang kawen dengan ustaz yang mengajar disini. itu salah satu cara mmbantu anak2 tersebut.  semua anak2 dayah ini dihantar ke sekolah kerajan, yang sekolah dekat, mereka perlu berjalan kaki, yang jauh, mereka naik van yang disewa. Kalau time raya, akak ni, bawak semua anak2 angkat dia yan tak balik raya ni bawak balik kampung. perjalanan kereta 4-5 jam, jadi mereka akan sewa kereta lebih 5 buah. Kata akak ni. tak mahu biarkan mereka kesunyian. Allahu. mulia hati akak.

ada sesetengah manusia, anak sendiri dibunuhnya, dikerat 8, dicampak tepi bangunan, terbiar di celah2 tong sampah jalanan. tapi masih ada lagi insan mulia yang sanggup berkorban walaupun kepada bukan anak sendiri. buat masa sekarang, dayah ni tak terima lagi anak2 terlantar yang baru, namun, jika ada yang merayu untuk diletakkan disini, apakan daya akak ni nak menolak. mereka terima. diharap perbuatan mulia ini mendapat keberkatan.
 setelah hampir 40 minit bersembang, bertanya, ramah mesra, perjumpaan kami diakhiri dengan bacan doa ustaz tuan rumah. Nampak pondok tu? disitulah ustaz dan isterinya tidur. dek kerana tidak cukup ruang, dan ingin memastikan anak2 mereka mendapat tempat tidur yang selesa. Hati aku menangis, tak sangka, sampai begini sekali pengorbanan mereka. sebab kenapa mereka tak minta bantuan kerajaan? sebab mereka rasa susah dngan birokrasi yang ada. niat untuk membantu seakan susah mahu dilakukan. lebih baik lakukan dengan cara mereka sendiri.

Nak kredit sikit kepada cg. ramlah, kerana beri kami peluang untuk jalan2 kat Acheh. Cikgu ni yang uruskan semua dengan travel agent. harga pakej pun dia bagi harga dengan kawan2 je. Lepas ni, kalau nak pergi mana2, bolehlah join rombongan cg.Ramlah. cakap je kat mana, bandung, beijing, padang, merata ratalah cikgu ni dah pergi. Travelling jadi hobi, hujung minggu je dia fly bawak rombongan kawan2. 

 Dekat Dayah ni, selain jadi tempat tinggal dan mengaji mereka, mereka perlu jugak pandai uruskan diri sendiri. Kena masak sendiri, ni diorang tengah goreng ikan, oleh sebab anak2 ramai, hari2 mereka masak kuantiti yang seakan kenduri, tapi mereka dah ada jadual giliran memasak. herm,, sedari kecil dah dididik begini.
 Aik ayah? dekat sini pun nak jadi macam warden ke? mungkin naluri kuat ayah sebagai seorang pendidik. mahu dilihat bagaimana tempat tidur mereka. selesa ke tidak. Ayah, ain rasa beruntung dapat kehidupan begitu selesa di Malaysia. Tak mampu dah meminta lebih, sedangkan masih ada lagi anak yang serba kekurangan
Ha, do read tulisan dalam gambar tu! peringatan bersama.


Jadi, setelah melawat dayah ini, hati seakan diketuk. keadaan dalam bas diam. masing2 merefleksi diri agaknya. Apa yang aku nampak, kat sini masih banyak bantuan diperlukan dari masa ke semasa.  Bolehlah nak buat Outreach program kat sini. Siapa nak ikut?? hu,, harap ada peluang tu nanti. Lamunan kami di matikan setelah Surya bagitahu yang kami akan makan dulu. tapi kali ni atas tanggungan sendiri.

 Restoran ni diperbuat daripada kayu je ha.. tapi pemandangan dia menyamankan, terubat sikit hati yang terpaksa bayar mahal. eh, sedikit mahal, ha,, sebab tu, kalau nak datang sini, better dengan travel agency, sebab diorang akan bagi harga orang tempatan gitu.. tak payahlah berangan nak backpackers sangat. eh, itu ikut sukalah, pendapat sendiri je. lagipun kalau kat acheh, banyak sejarah yang kita tak tahu. dengan adanya pemandu pelancong, diorang akan cerita macam2. lalu jalan ni, ada kisah pasal tsunami, lalu kawasan tu ada kisah lain tentang tsunami.



 Ya enak sih..

 Nak fokus dekat sambal terasi, sama macam sambal belacan, Kata negara serumpun. tapi ibu kata kat sini belacannya di bakar dan cilinya digoreng sedikit dahulu. Tu rasanya lagi umphh.



Jadi, berakhirlah kembara dakwah kami di Acheh. Dah banyak aku share tentang apa yang aku alami, rasa, dengar, memang tidaklah menggambarkan keseluruhan Acheh. Tapi cukup sekadar dalam ruang lingkup perspektif sendiri. Maaf atas segala kekurangan sepanjang perkongsian. Ini cubaan pertama, dek rasa teruja ingin berkongsi kisah 11 tahun Acheh selepas tsunami. 

Datanglah ke Acheh. Industri Tourism dapat membantu ekonomi mereka. InsyaAllah. 

Aha! look who's in the picture..haha
Finally,dekat klia2 dapat jugak snap pic dengan ustaz. haha, ustaz yang tegur aku dulu kali ini. Rupanya ustaz masih ingat2 lupa. tapi bila sebut je nama budak famous dalam kelas aku dulu, teruslah ingat.Haha. iyelah satu batch dulu hampir 450 orang. kau sendiri pun x kenal semua batchmate. kalau nakjadi famous kat sekolah aku dulu, ada 2 tips. 
1; jadi budak paling pandai and berkaliber, macam first ranking student or BWP
2; jadi budak hardcore jahat, selalu buat problems sampai setiap malam kami kena rollcall kat Dataran Cendekiawan.

Itu sahajalah tips dari hakak. Chose who you want to be. hakak dulu orang biasa je kat sekoah, Tu ustaz ingat2 lupa. Takpe ustaz, yang penting saya x akan lupakan jasa ustaz mendidik saya selamanya. terima kasih kepada 3 insan di atas, kerana sudi menjadi guru kepada anak bangsa.



Ulasan

  1. Assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion

    KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

    Salam...Ingin Datang Melancong Di Acheh dan Zero Kilometer Indonesia Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Acheh dan sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
    call. +6281263979828
    call. +6281263979828
    whatsapp +6281263979828
    https://www.facebook.com/muchsin.mustafayatim

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC