ACHEH Hari 2 ( Niat Baru) - 7 June 2015

Niat Baru 

Hari kedua aku di Nanggroe Acheh Darussalam. Ada niat baru yang aku sematkan. Cuba menjadi sensitif dalam setiap perbualan. Cuba sensitif dalam setiap hal. Pagi tu, pukul 8 waktu Acheh, kami dah turun ke cafe hotel, padahal masa tu di Malaysia baru pukul 7, tp nasib baik aku ni mmg jenis sarapan pagi. X rock ah x sarapan pagi. Jadi anak2.. pastikan ambil sarapan pagi.. bukan apa,sebagai student universitas( ckp gaya bdk Acheh y aku jumpa kat masjid smlm), aku kurang setuju dgn cara hidup certain budak2 ni yang prefer ambik brunch around pukul 11 sebab skip breakfast, mmg lah boleh jimat duit.. tapi, anda ialah apa y anda makan sewaktu breakfast.oceh.. dah siap bebel.. xpelah, akak nasihat je..

Pagi tu, Surya pemandu pelancong dah ada kat cafe tgh sarapan. Rancaknya dia bercerita dgn cg2 lain, Walaupun aku tak terlibat secara langsung dalam perbualan, kemahiran mendengar aku praktikkan. Surya ni dulu pernah duduk kat Kelantan 17 tahun,(patutlah boleh kecek klate masa atas bas smlm).. mmg asalnya dia Acheh,tp kan Acheh ada perang saudara,so dia pun pergi ke Malaysia for better life. Dia balik semula ke Acheh tahun 2005. Masatu dia kata, Acheh mcm padang jarak, padang tekukur. Acheh ambil masa 3 tahun untuk bersihkan puing2 bangunan dn kereta, serta korban2 tsunami. Dalam masa 3 tahun tu lah, udara Acheh dicengkam bau kurang enak. Tapi jgn risau, skrg Acheh makin pulih.

Selesai sarapan, kami pun meneruskan kembara dakwah kami ke bandar Acheh. Destinasi pertama..

Makam Syiah Kuala
 Eh.. ada cg photobomb.! Okay.. terkejut tak bila tgk perkataan syiah tu?? Baiklah,bg mengelakkan kekeliruan. Actly syiah = syeikh.. bukan syeikh ni syiah.. tapi cara org Acheh eja dan sebut jadi bunyi syiah. Ha, kalau kat Malaysia Tengku tu kerabat2 kan ataupun gelaran warisan ( budak uia mesti pakar bab ni..haha, doakan paper BM saya dpt A ye T.T ), tapi dekat Acheh, Tengku means Ustaz, kalau kerabat dipanggil Teuku. Jadi hormatilah diversiti bahasa di dunia ye..
Kawasan halaman.
 Macam sedia maklum. Sebenarnya dulu Acheh menjadi pusat tumpuan ramai ulama dan makam ni salah satu makam ulama Aceh y terkenal iaitu Syeikh Abdurrauf bin Ali Al-Fansuri. Pernah dengar kan cg sejarah ajar dulu? Tapi dpt panggilan nama Syiah Kuala sempena nama tempat ni iaitu Pantai Desa Deah Raya, Kecematan Syiah Kuala, banda Acheh.

Kenapa makam ni jadi destinasi kami? Sebab disini satu lagi bukti Allah terpampang. Walaupun hanya 50 meter dari pesisiran pantai, tapi makam ni.langsung x terjejas terutama makam syeikh Abdurrauf. Dalam tu ada lagi makam orang lain. Subhanallah, kalau ikut logika akal, logik ke bangunan y hanya 50 meter dr pantai x terjejas tp kawasan y 6km dr pantai habis terjejas. Nah, tp agama Islam bukan hanya agama logik semata, agama ini agama y ada perkara ghaib dan tak tercapai dek ilmu manusia. Logik dan ghaib menjadi isi kandungan agama Allah ini.
Salasilah keturunan syiah kuala, 


Let's the picture tell the story.
Okay, kalau tgk perkataan ratu tu, mula2 aku pun pelik, tp bila tanya ibu, memang masa selepas pemerintahan SIMMA, pemerintah adalah dalam kalangan wanita. Namun, syeikh2 ini yang menjadi penasihat kepada mereka dan kebanyakan keputusan adalah dari mereka. Pemerintah wanita ini menjadi tunggak kpd kerajaan. Semasa kejatuhan Acheh, masa tu ratu y memerintah. Ibu cakap, mungkin sebab dah ada campur tangan luar,so mungkin berlaku ketidak serasian dalam pemerintahan. Lain masa SIMMA memerintah, masa tu SIMMA y lebih banyak buat keputusan. Cerita selanjutnya sebab apa Acheh jatuh aku tak tahu,nanti balik baca sendiri,( pesan kat diri sendiri). Tapi y pentingnya,nampak tak bagaimana pentingnya peranan ulama dalam pemerintahan Islam dahulu? Korang boleh agak kut aku nk simpulkan apa sebenarnya.

Oleh kerana makam ni tempat suci, maka wanita y sedang ABC atau bendera merah, x boleh masuk sama sekali. Better dengar nasihat tu, daripada anything else happen kan. Tapi tk pe, siapa y ABC tu, bolehlah lepak kat kawasn pantai je. Main pasir ke, tengok ketam2 kecik merangkak, tengok org mandi manda, telan air liur tengok bakso goreng( sebab duit semua kat ayah, x merasalah nak makan bakso goreng) dan paling penting.. tengok ni..
50 meter dari pesisir pantai, tapi langsung x terjejas dgn ombak tsunami. Allahuakbar!!.
Entah apalah budak lelaki ni menungkan. Mungkin ada cerita disebalik lamunannya,namun x berani aku bertanya.

Kat sebalik batu2 besar tu..banyaaak anak ketam.
Walaupun masatu baru around 9.30 pagi,tapi matahari dah start terik,so destinasi seterusnya ke 
PLTD Kapal Apung

Model tak berbayar akak ni..
Kami disambut dengan sapaan salam dari akak ni(serius lupa namanya,hayati kut). Akak ni pun ceritalah kisahnya. Lebih kurang macam kapal atas rumah semalam, tapi kali ni,kapal ni lagi besar dan berat. 6000++ tan lebih!! Kapal ni sebenarnya kapal yang digunakan untuk membekalkan tenaga listrik (elektrik) kat certain area kat Acheh sebelum ni, sebab Acheh selalu berlaku gangguan bekalan elektrik. Kedudukan kapal apung ni kat Pantai Ulee Lheuu. Oleh sebab ombak tsunami, maka terbawalah kapal apung ni sejauh 6km dan mendarat disini. Kalau nak tahu,kat bawah kapal ni sebenarnya tapak 2 buah rumah penduduk. Mungkin kat bawah tu masih ada sisa2 tapi nak diangkat tidak mampu dik oii.. maka diorang pun turn over tmpt ni jadi kawasan pelancongan jugak..

Kapal ni selamatkan sikit je orang dan salah satu y terselamat tu adalah anak kapal yang tertidur dan tak sedar apa y berlaku. Sebenarnya, ada 7 orang anak kapal y lain,tp mereka sempat lari turun keluar kapal, namun Allah dah tarik nyawa mereka. Dan ada je y meninggal masa kat atas kapal,sebab kelaparan dan terminum air y tercemar. Bayangkan dengan cuaca panas terik,lapar,haus, bantuan lambat sampai. Sesungguhnya manusia ni lemah kan?

Akak y bercerita ni pun hampir jadi korban tsunami tapi sempat berpaut di pokok kelapa. Hanya ayahnya yang terkorban.
Bapok besar sauhnya.. soalan, macam mana diorang nak angkat benda alah ni? And my face was supposed to do shocked face, but end up ..? Sorry,saya x photogenic~

Suasana atas kapal, korang dpt tgk kawasan banda Acheh dari atas.

Mungkin ada lagikah puing2 bangunan di bawah kapal?hanya Allah je tahu

Berdekatan dengan kapal apung tu, diorang ada sediakan photo gallery keadaan semasa tsunami tu dulu. Allahurabbi, tergamam aku lihat gambar2 tu. Sekali lagi tersentuh, tengok mayat2 y bergelimpangan di sebalik puing2 bangunan,kereta. Dah x dapat bezakan mana satu sampah mana satu mayat. Mayat y terapung pun jadi hitam macam melecur,saiz jadi 2/3 kali ganda sebab kembung. Akak tu ckp y mayat jadi hitam melecur sebab air tsunami tu sebenarnya mcm beracun, sebab kan air tu dtg dr kerak bumi,dia kata seakan 'belerang' air tu. Tapi Allah Maha Menyayangi. Dibiarkan mayat itu tidak meletup walaupun dah kembung. Sebab kalau meletup, nescaya banyaklah penyakit bertebaran melalui udara. Lebih parah lagi lah luka Acheh. 

Next destination, Museum Tsunami Acheh. Muzium ni pun dibina selepas tsunami, di sini lebih banyak lagi cerita2 tsunami y dapat kita dengar. Lebih banyak lagi ibrah y dikutip.

Kali ni tour guide kami namanya Lestari, yang ni ingat sebab mcm nama artis siket kan.. okay, so she's the one yang bawak kami pusing satu muzium dengan gigih dan jayanya. Tak berhenti bercakap dan penuh emosi penyampaiannya. Sebab apa? Sebab akak ni pun terlibat dalam tsunami, Terselamat sebab sempat berlindung dekat rumah y kawasan tinggi sikit. Tapi dia kata, masa tu, ada seorang tengku y mendoakan doa pelindung utk diorang, bila dia tanya akak dia( masatu akak ni duduk kat rumah kakak dia), akak dia pun x kenal siapa tengku ni. Mungkin bantuan Allah katanya.

So, masa mula2 masuk tu kita akan lalu kawasan gelap gelita dgn air mengalir, function dia supaya kita feeling serba sedikit macam mana keadaan tsunami,seolah olah kita ada dalam tsunami tu,tapi aku x feeling sgt, kalau ada audio tambahan mcm bunyi ombak kuat dgn suara org jerit2 mungkin lagi feeling tapi perasaan takut sebab gelap gelita ada jugak. Lepastu kami masuk satu ruangan sumur doa. Kat sini semua nama2 y terekod terlibat dalam tsunami dipahatkan. 


Nak cerita semua dalam tu nanti x surprise lah kan siapa y bakal pergi nanti. Tapi ni nak cerita sikit pasal architecture bangunan ni. Kalau tgk dari atas, bentuk bangunan ni mcm half curve y bercantum actly, dan ini melambangkan kesatuan dan kedamaian y dicapai setelah tsunami. Bangunan ni jugak disokong oleh banyak sangat tiang y melambangkan ciri2 rumah tradisional Acheh. Dan seperti y sedia maklum tadi, bangunan ni akan jadi pusat evakuasi kalau2 tsunami.melanda lagi( eh dah bagi tahu ke tadi? He..) .




Dan disinilah semua bendera negara2 yang terlibat membantu Acheh dulu. Banyak lah negara, terharu aku bila tengok. Musibah macam inilah y akhirnya menjadi platform untuk manusia x kira bangsa malah agama menunjukkan kasih sayang dan belas ihsan.

Jadi kalau ada y nak pergi Acheh, muzium ni wajib pergi, banyak lagi gambar,  ada jugak sesi tayangan video around 9 minit, ada cerita y kita boleh dapat. Ditambah pula dgn tour guide y sgt passion menyampaikan amanat dan pesanan. Bergenang air mata kak Lestari masa bercerita. Tambahnya lagi, sebenarnya pada tanggal 26 Disember 2004 itu, ada 3 musibah yang berlaku sebenarnya. kerana saat gempa bumi melanda sebelum bah tsunami menyapu habis manusia, pertumpahan darah sudah pun berlaku. Dek masing2 ketakutan dan berlari untuk menyelamatkan diri, orang di jalanan ada yang  mati dilanggar kereta begitu sahaja. Sudah lupa belas kasihan orang lain, sudah lupa anak bini, masing2 berfikir untuk selamatkan diri sahaja.  Orang lain dah x dihiraukannya. Allah.. begini ke nanti sewaktu kiamat sebenar?Aku jadi x sampai hati nk tnya lebih2. Adore sgt dgn akak tu, tp nak bergambar x sempat before balik. Jadi berakhirlah journey kami di muzium ni. Sampai sekarang teringat air mata akak lestari y bergenang tu.


Bagi 'can' ayah posing sebelah teksi. Kat luar muzium ni banyaklah teksi y menunggu penumpang kalau ada y nak naik.

If nak lagi murah, bolehlah naik tuk2 ni..ha.. aku pun ingat y gambar first tu tut2. Tp surya kata y ni tut2. Betul lah kut. Ke aku salah dengar. Eh.. tuk2 ke tut2?? Ah..ikut koranglah,korang lagi tahu.

Baiklah, kepala pun dah sarat dengan info so kita saratkan pulak perut dengan makanan. Sekali lagi aku x ambik pun gambar makanan or kedai. Haha. Jangan risau, kalau korang pergi dgn travel agency, makan apa semua x payah fikir, ikut je lah diorang, tahu2 makanan dah ada atas meja kedai. Eh! Dah tolong promote travel agency Pak Surya nih. Hu.

So lepas makan, kami bergerak menuju ke Gampong Lampuuk, nak menunaikan kewajipan muslim sambil melawat satu lagi kebesaran Allah iaitu Masjid Rahmatullah. Masjid ni lah y korang nampak dalam tv yang kawasan sekitar semua hancur, tinggal masjid ni je yang utuh.

Gampong Lampuuk di Pantai Lhoknga  atau nama barunya Gampong Lampuuk Turki. Sebab apa? Sebab kerajaan Turki ambil kawasan ni.jadi 'anak angkat' dan yang memberi bantuan sepenuhnya untuk baik pulih,provide rumah apa semua. Kan kerjasama Acheh dan Turki dah lama terjalin, maka x peliklah kerajaan Turki sanggup membantu kan. Tapi memang kreditlah dekat pemimpin Turki, baru2 ni time warga Rohingya y terkapai kapai kat lautan, last2 Turki y tolong dan terima warga Rohingya ni. Walaupun dihalang oleh Indonesia sebab masa tu kapal Rohingya berada dalam kawasan perairan Indonesia. Tapi kau tahu orang Turki cakap apa? ' selagi mereka itu mengucapkan lafaz syahadah y sama,selagi itu kami akan menyelamatkan saudara kami'. Nah,terkejut kecut perut tentera Indonesia ( sumber cerita daripada ayah, ayah memang suka bercerita kat kitorng apa y dia tahu and baca)

Oleh kerana masjid ni dekat dengan pantai,so dia jauh sikitlah. Maka tertidur lah daku dalam kekenyangan(jangan tiru aksi ini.uwa..). Tapi dengar jugaklah cerita dari Surya sayup2. Katanya, masa pasca Tsunami, banyaklah bantuan y datang, ada dr kerajaan ada dari persendirian. Macam artis2 hollywood, taiwan semua ada. Jackie Chan, J.Lo semualah, yang lain aku x kenal pun Surya cakap tu. Ialah, artis2 Hollywood aku x layan sangat. Lainlah kalau Lee Min Ho ke, Kim Bum ke, Kim Woo Bin ke, eh2.. enough ain, enough.. tapi y menariknya kan, kat sini wujud satu keadaan bila mana orang tanya. 'Kau duduk mana?' Maka akan keluar jawapan macam ni.. 'Owh,aku duduk rumah Jackie Chan' or 'Aku duduk rumah Turki' .. sound funny kan, tapi itulah tanda orang Acheh appreciate bantuan2 insan baik hati ini. Cerita seterusnya aku x tahu dah sebab aku dah terbang pergi London >.<
'
Rumah di Gampong Lampuuk
Bukak je mata, nampak rumah2 semua sama saiz dan warna. Tapi banyak rumah y kosong, sebab bekalan air x ada kt sini. Ada jugak penduduk asal y trauma utk ddk di kawasan ni. Dan akhirnya bas berhenti di bawah pokok depan masjid.

 Di masjid ni lah y diorang preserve certain area runtuhan y kena tsunami. Sengaja tidak di betulkan agar menjadi peringatan dan kenangan semua. Kalau tengok betul2 kubah putih dalam gambar, Kubah y belah kanan masjid dibiarkan x di cat just belah kiri masjid je di cat baru. Masa tsunami,air setinggi kubah tu lah.
 Ni kesan kedasyatan tsunami masa tu, mana tak nya, gampong dekat dengan pantai, Tapi betapa besar nikmat Allah, masjid ni x ranap seperti bangunan y lain. Bayangkan pasir y tertinggal lepas tsunami setebal 15cm.
Ha.. semua cerita tu aku dapat dari Tok imam masjid ni. Nama x ingat, sebab aku mencelah dah lambat. Tok imam ni kata, daripada 6000++ penduduk, hanya 700 orang y terselamat. 
Ni ha..mampu screenshot je, gambar lepas tsunami dulu. 

Baiklah, solat sudah, cerita sudah, so after this kami pun make a move pergi next destination which is Dayah Al-Furqan Serambi Malaysia

Ni antara highlight event the reason why kami dtg sini. Sebab nak sampaikan amanat dan sumbangan drpd rakyat Malaysia kpd mereka .Penghuni dayah ni terdiri drpd pelbagai lapisan umur around 10-20 tahun. Diorang dtg ke dayah untuk belajar mengaji dan ilmu2 ukhrawi. 

Masa kmi dtg tu, ada juga tetamu lain. Diorang drpd Seremban. Memang ramai orang Malaysia dtg melawat sini,sebab dayah ni dpt half bantuan drpd orang Malaysia since after tsunami tu. 

Oleh sebab kami dtg dah petang, lepas tu pagi tadi diorang ada majlis tamat belajar so ramai dah balik sebab penat rewang. Ha, dekat Acheh ni, kalau bulan puasa, diorang x belajar kelas formal. Diorang datang sekolah pun mesti ada tadarus,2 minggu before raya memang cuti lah sekolah. 

Tapi dalam x ramai pun, air kopi panas dan gorengan sempat kami jamah. Terasa begitu diraikan sedangkan seberapa sangatlah kedatangan kami ini. Namun ada satu cerita ustaz ni yang  aku suka, dan faham kenapa begitu mesra layanan terhadap kami. Kata ustaz Bakri(pengetua dayah), 40 hari sebelum datangnya tamu, sudah ada burung putih y akan memberi salam kepada tuan rumah, namun tidaklah dengar sapaan salam itu oleh manusia melainkan malaikat yang ada. Maka bertanyalah malaikat akan burung putih itu, 'hajat apa yang ingin kau sampaikan?' Jawabnya 'bergembiralah akan tuan rumah ini kerana akan ada tetamu yang akan datang'. Sebab tu lah, ustaz ni mengajar anak didiknya untuk sangat menghormati tetamu. Kalau baca sirah2 nabi terdahulu pun banyak kisah teladan dalam menghormati tetamu kan. Nah, satu lagi tazkirah aku perolehi.

Petang tu, Surya suggest kita singgah kat Pantai Ulee Lheuu (sebutan macam Ulele tu, bukan ukulele ye!) 

Pekena air kelapa dengan jagung bakar. Time ni lah kitorang jumpa seorang peniaga makanan ringan ni. Dia jual belimbing buluh perisa coklat,melon dgn vanila satu kotak kecik tu rm5. Bila ibu rasa, ibu katalah 'larangnya, tuku siji2 waei' maksudnya 'mahalnya, beli satu2 je(setiap perasa)'. And then, peniaga tu cakap ' akak, jowo nang di?' Pergh... sekali peniaga tu pandai cakap jawa! Hahaha. Tergelak kitorang semua cover malu, lepastu start lah conversation jawa di situ. Aku layan lah kan,entahlah, aku sebenarnya suka bahasa jawa ni, dia ada unik sikit bila cakap. Tapi sedihnya aku just faham je, nak cakap balik dlm jawa merangkak-rangkak sikit. Kena cari geng jawa ni. And nak bagi tahu kuasa bahasa ni, last2  ayah beli 20 kotak.. aku gelak je lah.

Apa yang aku perhati je dari tadi, kat sini penduduk lebih gemar guna motorsikal berbanding trasportation mode lain. Tak kira tua,muda,teruna, anak dara, berdua,bertiga malah ada y aku jumpa, berempat,! Sebab ada pasangan suami isteri yang bawak anak umur lebih kurang 6 tahun dgn sorang baby. Tu jadi 4 org. 

Credit to my brother; Amirul

Seusai beristirehat, kami pun singgah sebentar menunaikan solat Maghrib di Masjid Baiturrahim. Maka seakan lengkaplah kembara kami menjejaki masjid2 yang tidak terkesan dek tsunami. Belakang masjid ni memang Pantai Ulee Lhuee. Hanya 200 meter dr pesisir pantai, Namun kuasa Allah melindungi rumah ibadah ini. Menurut penjaga gallery masjid ini, Keutuhan masjid ini mungkin adalah manifestasi keikhlasan nenek moyang mereka dahulu ketika membinanya.

Dan berakhirlah hari yang panjang pada hari ini. Terlalu banyak cerita yang terbongkar. Malah setiap gerak geri aku cuba selami dan jiwai. Mungkin ada yang terlepas pandang, aku cuba sampaikan sehabis daya. Strategi aku menggunakan kemahiran mendengar sangat menjadi. Dengar,lihat dengan mata hati. Usah ada prejudis dalam diri. Kelak kau akan mengerti. Kisah sebenar yang x dilafazkan lagi. 

Last but not least, nak tunjuk sikit something.
Ni ayam paling kecik pernah aku jumpa, kalau kat Malaysia bahagian thigh ni 5x ganda kowt besarnya.. (ni je gambar y proper, maaf kalau sesiapa yang x puas hati,kita bincang belakang)
Malam tu balik dah tak sempat beli murtabak mesir yang aku mengidam semalam. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC