ACHEH Hari 1 ( Niat pertama) - 6 June 2015

Niat pertama.

Kembara dakwah ni selama 4 hari 3 malam di bumi Acheh. Sebenarnya ibu yang cadangkan tahun ni kami bercuti ke Acheh. So, memang ibu dgn ayah lah yang sponsor semua kan. Aku tinggal ikut je. Lagi2 pulak trip ni geng2 kawan sekolah ibu. Dh macam family day sekolah rasanya. Oleh sebab sekolah cuti 2 minggu, aku pulak habis paper final 31/5 baru ni then terus cuti 3 bulan so kita enjoyy¡!! Ha..tgk.. perkataan ENJOY tu digunakan.. tapi kita tgk lepas ni.. adakah niat pertama ini masih berkekalan.

So sampai je klia2. Kitorang check in dulu ape semua. Flight ke acheh pukul 1.30 waktu Malaysia, tp biasalah.. 11 pagi dah sampai klia2.haha. ha..before pergi Acheh ni, x buat apa2 persediaan pun (kata nak rilex..) sebab kitorang ikut travel agency.. yang aku tahu, waktu di Acheh lambat 1 jam. Kalau kat malaysia pukul 2 ptg.. di Acheh pukul 1 ptg. penerbangan ke Acheh 1 jam 20 minit. Tu je lah info yang aku ambil tahu.

Btw,nak kata kecik je dunia ni.. boleh pulak jumpa ustaz masa kat TGB dulu.. dah 4 tahun x jumpa.. kat airport otw pergi Acheh jugak jodoh kami. Haha. Tapi seganlah nak bergambar.. ustaz Fauzy pun bukan kenal kitew.. T.T tp x pelah,yang penting student ingat pada cikgunya.. muehehe.(gelak dlm sedih)
Pemandangan Acheh dari atas kapal terbang, 

Awan ni tengok dah macam gula2 kapas.. nak je ambik simpan dalam poket
11 tahun selepas tsunami

Acheh! Here we come.. di Airport Sultan Iskandar Muda

Ha.. ingat nama Sultan Iskandar Muda?? Macam pernah dengar kan? Okay.. meh akak nak cerita sikit. Ni berdasarkan pengetahuan sendiri dan cerita ayah dgn ibu (aku ni anak cg sejarah,so boleh amek info dr ibu ayah). Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam atau singkatan y aku selalu guna time sekolah dulu SIMMA merupakan pemerintah agung di Acheh pada suatu masa dahulu, y mana semasa pemerintahannya, Islam mula berkembang pesat di bumi Acheh. Acheh menjadi sebuah kerajaan Islam yang kukuh dan disegani di Asia Tenggara. Kalau nak tahu, Acheh juga merupakan salah satu daripada 5 kerajaan Islam yang terawal berkembang pesat antara lainnya seperti Istanbul[Turki], Maraki[Afrika Utara], Isfahan[Timur Tengah], dan Agra[Anak Benua India].. (rujukan dari buku Status Acheh dalam NKRI,hasil bacaan ayah sebenarnya =). Okay,so ingat ye fakta ni semua.. nanti akak sambung lagi. Bestkan sejarah??!¡

Sesampai je kami di airport, kami dijemput oleh pemandu pelancong, namanya Surya..( tapi dia kata panggil suraya pun boleh.. erk.. padahal dia lelaki)
Bus Pariwisata.
 Inilah pengangkutan kami sepanjang trip. Walaupun hanya 17 org,tp dpt bas besar, so sorang satu lah seat. Kat Indonesia Bas pelancong disebut Wisata.

Di area Bandara Acheh
Di Acheh org x panggil airport, Bandara= Bandar Udara.

Destinasi pertama kami semestinya kedai makan, sebab perut pun dah menyanyi.. tapi sebelum singgah kedai makan, kami singgah kejap di Perkuburan Masal Siron 
 Perkuburan masal atau perkuburan besar. Actually, kubur ini wujud setelah kejadian Tsunami di Acheh 11 tahun lepas. Masa tu kan ramai korban Tsunami sehingga keadaan memaksa untuk menanam korban2 Tsunami tanpa batu nisan, tanpa dikafankan sempurna, malah tak pasti sama ada korban tersebut Islam ataupun tidak. Semuanya dikuburkan bersama tak kira fahaman politik apa pun mereka. Menurut Surya, perkuburan ni ada 3 lapis, menunjukkan betapa banyaknye korban Tsunami masa tu. Tak dapat bayangkan macam mana keadaan masa tu. Allahurabbi.. Kalau perasan,dr tadi aku guna perkataan korban, okay.. orang Acheh lebih prefer kita guna term 'korban' berbanding  'mangsa' sebab kalau 'mangsa' ni digunakan untuk ckp 'jadi mangsa harimau'. Bila dengar cerita Surya, sebenarnya aku rasa kejadian Tsunami bukanlah musibah semata, tapi merupakan pendamai sengketa. Kenapa aku ckp macam tu? Sebab, sebelum kejadian Tsunami, banyak perang saudara sesama agama berlaku di Acheh. Okay,mcm ni cerita dia..

Masa penjajahan Belanda di Indonesia dulu, orang Acheh sgt menentang dgn penjajahan tersebut. Ialah, diorang dulukan kerajaan y kuat. Lepas je Belanda keluar dari Indonesia, org2 Belanda ni buatlah perjanjian( x ingat apa nama perjanjian tu) y menyatakan Acheh ni menjadi sebahagian drpd Indonesia. Pergh.. benganglah org Acheh. Nak pendekkan cerita. Wujudlah sivil war antara TNI(Tentera Nasional Indonesia) dgn GAM( Gerakan Acheh Merdeka). Banyaklah siri peperangan antara mereka, Acheh jd negara y x selamat masa tu, Waktu tu, Presiden Soekarno yang memerintah Indonesia y lepas tu diteruskan oleh Presiden Suharto. Walaupun sama fahaman akidah, tapi mereka ( TNI &GAM) sanggup berbunuhan. Tapi Allah nak tunjukkan siapa lebih berkuasa, dengan berlakunya Tsunami, tak kiralah kau politik mana pun, nanti dalam kubur, kau x kan bawa fahaman politik masing2. Dah tak ada istilah kau parti politik X, aku politik Z. Semuanya berada dalam tanah y sama. Allahuakbar!.

Oleh sebab x ada batu nisan, kawasan ni jadi kawasan lapang rumput hijau je. So kalau pergi Acheh, nampak kawasan rumput hijau y lapang dn berpagar, kebanyakannya itu adalah perkuburan masal.
Al- Fatihah buat korban Tsunami.

Tapi, sampai skrg, rakyat Acheh masih sukar untuk mengaku mereka di bawah jajahan Indonesia, mereka lebih senang menganggap mereka sebagai orang Acheh.

Okay..perut pun dah lapar, so kami singgah lunch di restoran Specific Acheh. Aku ni bukanlah food lover sgt sampai nak ambil gambar each mknn y aku makan en. Tapi kat Acheh ni, makanan style hidang.. lauk berjenis2 tp portion ciput je. So kena pandai bershare eh.
Tengoklah betapa banyaknye pinggan atas meja. Bila fikir balik, kesian en pekerja restoran kena basuh pinggan banyak setiap hari. Bab rasa tu,erm,aku ni x adalah memilih sgt sebenarnya, tp makanan Acheh ni ada lain sikitlah rasa dia. Certain lauk je y tekak boleh terima. Tapi apa salahnya try benda baru kan.
Cuba teka air apa?? Rasa serius sama mcm kiwi campur tembikai,sedap :) tp bila tanya pekerja kedai., rupa-rupanya.. air TIMUN!! Okay..kenapa aku terkejut? Sebab aku sebenarnya x suka timun. Makan timun bila makan nasi lemak dgn sate je kut. Tp rupa-rupanya timun bila jadi air.. soodapp..


Jalan kat Acheh bertar cantik je
Lepas dah isi perut,kami pun singgah di Masjid Baiturrahman  untuk menunaikan kewajipan sebagai muslim. Oleh sebab masjid ni terletak di tengah2 bandar Acheh,so kami singgah lah dulu sebelum check in hotel. Ha.. ini jugaklah antara sebab Acheh mendapat jolokan 'serambi mekah'. Macam dekat Mekah, masjidil haram pun menjadi pusat tumpuan penduduk. Sebab lain Acheh dpt gelaran ni kerana kalau dulu, orang y nak pergi menunaikan haji di Mekah, mereka mestilh menuntut ilmu kat Acheh dulu. Allahuakbar.. akhirnya tercapai jugak hasrat nk tgk dgn mata sendiri masjid ni. Macam x sangka masa berdiri depan masjid, selama ni tgk dekat tv je. Masjid ni lah antara masjid y tidak langsung terkesan dengan ombak tsunami dulu. Air tsunami tu betul2 naik sampai area tangga masjid je,air tsunami seolah olah mcm lalu je tepi area masjid. Padahal sekitar masjid masa tu, banyak bangunan musnah dek ombak besar tu. Allahuakbar.. Lihat bagaimana Allah menjaga rumah ibadat nya.

Okay. Sejarah masjid ni pun menarik. Pembinaan masjid ni semasa pemerintahan SIMMA. ha..jgn kata lupa siapa SIMMA eh. Akak dah cerita tadi kan.. Tapi masjid ni dulu pernah dibakar masa penjajahan Belanda dulu, tp dibina semula dgn penambahan saiz masjid dan masih utuh sehingga kini. Malah masjid ini jugalah dengan izin Allah dah selamatkan sebahagian penduduk Acheh di sekitarnya semasa tsunami.
Kenapa aku teruja snap gambar tangga ni? Kalau tengok betul2, dekat tepi tangga tu ada mcm longkang berisi air. Nampak kan?? Ha.. ada function tau. Mula2 pelik gak kenapa ada longkang air ni, rupa-rupanya longkang air tu kegunaannya utk basuh kaki before masuk masjid.. 
Dah puas tengok kawasan sekitar masjid,kami pun naik wisata balik utk pergi check in hotel. Hotel y kami menginap ni Hotel Medan. Inilah antara hotel y selamat masa kejadian tsunami dulu. Tak sempat snap gambar hotel. Kami ada masa 45 minit nak bersihkan diri sebelum keluar semula untuk teruskan lawatan.
KFC jual tepi jalan je ha.. kau hado??

Kapal atas rumah, Gampong Lampulo

Tempat lawatan kedua kami ptg tu di Gampong Lampulo. Tempat ni antara tempat lawatan wajib kalau kita ke Acheh. Kenapa?? Sebab banyak ibrah y kita dpt kalau ke sini. Pakcik dlm gambar tu akan cerita tentang sejarah kapal ni,macam mana boleh kapal sebesar ni mendarat elok je atas rumah. Meh dengar pakcik ni cerita.

Sebelum kejadian tsunami, lebih kurang 8 pagi sebenarnya ada gempa bumi y berlaku, berukuran 8.9 skala ritcher. Hari berlakunya tsunami ialah pada 26 Disember 2004, pagi Ahad saat penduduk Acheh sedang beristirahat dirumah. Oleh sebab org Acheh dah biasa menghadapi gempa,so diorang pun balik rumah semula utk kemas2 brg yang dah jatuh. Dalam jangka 20 minit, tiba2 ada y menjerit kata air naik. 

Tuan kepada rumah ni pun berlari ke atas tingkat 2 bersama sama anak2 nya( tapi pakcik ni bukan tuan rumahnya,beliau ada cerita tersendiri).. Masa tu tuan rumah rasa mungkin dah kiamat, mereka pun berpegangan tangan dan mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain. Namun saat perasaan putus asa seakan melanda, datang satu bentuk bantuan Allah. 

Kelihatan dr jauh,ada kapal nelayan y belayar ke arah mereka. Disangkanya kapal bantuan,mereka pun menjerit-jerit meminta pertolongan. Dengan izin Allah, dapatlah mereka menaiki kapal nelayan itu yang akhirnya mereka sedar, rupa-rupanya kapal itu tiada Nakhodanya!! Cuma terdapat seorang anak kapal y tertidur dalam kapal dan terkejut dengan apa y berlaku, beliau langsung x menyedari kehadiran tsunami mahupun gempa bumi. Maka selamatlah 59 orang berlindung di atas kapal. Kapal yang hanyut sejauh 6km tak silap. Ada yang selamat itu kerana mereka telah hanyut di sekitar kawasan kapal dan diselamatkan oleh mereka yang berada di atas kapal tu. 

Ada suatu ketika, semasa tsunami dah berlalu, namun banyak mayat bergelimpangan di jalanan, lebih kurang 12.30 tengah hari semasa air mulai surut. Orang yang terselamat di atas kapal dah mula rasa dahaga dan lapar dek cuaca yang mula panas.(cuaca kat Acheh sama panas mcm kat Malaysia). Berkat doa ahli y terselamat, tiba2 ada setandan kelapa hanyut berdekatan kapal tersebut. Diambil kelapa tersebut buat pengalas perut dan penghilang dahaga mereka. Allahurabbi, kasihnya Allah kepada hambaNya.

Lebih kurang mcm tu lah cerita y pakcik ni bgtau, nanti kalau anda ke sana, dengarlah cerita pakcik ni, dia cerita lagi menyayat hati, pasti menangis hati. 
Pakcik ni pun ada kisahnya tersendiri. Pakcik ni pulak, selamat sebab dpt berpaut dekat pokok kelapa. Masa tu, dia dah x ingat anak bini. Masing2 cuba selamatkan diri. Namun Allah nak uji pakcik ni. Saat dia berpaut, tiba2 ada seorang anak kecil berusia 6 tahun meminta tolong berhampiran dengannya. Anak kecil itu menjerit 'atok!tolong atok!,tolong' saat itulah, pakcik ni teringat semula akan nasib anak dan isterinya. Dek kerana kesian akan anak kecil itu,pakcik itu pun memaut erat anak itu. Sekali sekala terlepas dr pelukan saat arus deras menghempas,namun keikhlasan pakcik ini terus berusaha menyelamatkan anak itu. Anak itu skrg selamat di bawah jagaan saudara belah mak nya.

Pakcik ni pesan, kita mesti ikhlas kalau menolong orang. Nak tahu berkat keikhlasan pakcik ni,?? Hanya seorang drpd 3 anaknya yang menjadi korban tsunami. Lagi 2 org serta isterinya terselamat. Katanya,mungkin kerana kejadian beliau menyelamatkan anak kecil tadi, Allah balas dengan menyelamatkan anak2 nya pula. Allah,menangis aku dengar. Allah, Allah, Allah.


Lepas dengar cerita, kami pun berjalan lah sekitar rumah dan kapal tu, memang masih dpt lihat kesan tsunami. Pelawat pun boleh tengok keadaan kapal lebih dekat dengan menaiki menara y mereka bina. 

Matahari dah hampir berlabuh, banyak ibrah y aku dpt dari sini. Antara pesan yang akan kekal dalam ingatan y disampaikan oleh pakcik ni ialah 'jika kita menanam padi,rumput akan ikut tumbuh, namun jika kita menanam rumput, tak akan ikut tumbuh padi. Begitulah kehidupan, jika kita mengejar akhirat, pasti dunia akan ikut serta, namun jika hidup mengejar dunia, masakan akhirat mahu ikut serta' tambah pakcik tu lagi, jika ada gempa bumi y berlaku, bersegeralah kita mencari perlidungan di tempat tinggi kerana masih berbaki 20 minit untuk menyelamatkan diri sebelum tsunami melanda. 

Sebenarnya, dulu pun dah ada tsunami, sebab tu ada satu masyarakat di kepulauan meulaboh berhampiran kepulauan sumatera, hanya 2 orang y menjadi korban tsunami. Ini kerana nenek moyang mereka dah berpesan,jika ada gempa bumi, cari perlindungan di bukit2. Mungkin cerita itu tidak sampai ke generasi kini Acheh dek kepesatan pembangunan y berlaku. Mungkin pesan itu dianggap cerita nenek moyang sahaja. 

Malah ibu pun menambah, arwah atuk pernah bercerita(rindu arwah atuk Jurami, Al fatihah buatnya) . Nanti suatu masa, akan datang ombak setinggi pokok kelapa. Nah, sudah berlaku sekarang.. aku fikir,ada logiknya juga dulu dah pernah berlaku,sebab arwah atuk Jurami asalnya dr Jawa tengah, mungkin arwah pun dengar cerita dari nenek moyangnya dahulu. Allahurabbi, sudah dipesan oleh nenek moyang kita. 

So, sampai sinilah lawatan kami, malam tu kami makan malam kat Restoran Ayam Lepas/Lemas . Ha.. ayam ni sembelih ye, bukan dilemaskan. Sampai je hotel, ibu dengan ayah ajak jalan2  area pasar sekitar hotel. Nak cari buah katanya. Dapatlah buah pelam 2 kilo, harga x ingat pulak.. 

Hari pertama berakhir dengan perasaan bercampur baur. Adakah niat pertama nak ENJOY tu masih berbaki? Tidak.. aku ubah niat drpd mahu enjoy kepada mahu mengutip ibrah drpd setiap tempat lawatan mulai esok. Malam itu jugalah aku terdetik nak coretkan segala kisah dan ibrah yang aku dpt. Kongsi apa yang aku dengar, lihat dan rasa.

 So entry ini bukanlah tertumpu kepada itinerary aku di Acheh, namun lebih kepada tulisan yang berjela jela untuk berkongsi hikmah sebenar kejadian Tsunami. Kalau rasa bosan dengan entry y banyak tulisan ini, aku x kisah, yang penting aku dah cuba sampaikan apa yang terpahat di memori aku.
Kita tunggu esok, apa lagi ibrah y dapat aku kutip. 




Ulasan

  1. Nak buah pelam,nak air timun,nak nasi ayam lemas!haha...kipidap, best2..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi.. panganan je ingat ye brother.. saya newbie lagi tulis blog, x mcm brother..

      Padam
    2. travelog is always the best way to start writing.haha

      Padam
  2. ain ... cuti 3 bln bolehle menulis blog...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC