NASI LEMAK DI HOKKAIDO

Kalau ditanya aku, apa perkara yang telah berlaku tapi masih segar di ingatan, banyak sebenarnya. tapi hari ini aku nak kongsi salah satunya. Masih segar di ingatan termasuklah aromanya. Kadang2 aku tengah buat kerja, aku boleh teringat peristiwa tu secara tiba2, macam hari ni, sebab tu aku rasa nak kongsi.

Waktu tu, aku dengan kawan2 intern aku dah check-in hotel di chitose, sebab esoknya dah nak balik Malaysia. Tamat sudah tempoh internship kami selama 3 bulan. Jadi malam terakhir di bumi Hokkaido, kami pun berjalan keluar ambil angin yang bakal dirindui(memang, sekarang terlalu rindu aku akan bayu Hokkaido).

Balik dari hotel,berbekalkan roti dan onigiri yang kami beli dari 7-11 berdekatan hotel,kami pun nak terus masuk ke bilik. Tapi, sedang naik tangga menuju bilik, lalu berdekatan dapur, tiba2 hidung aku dapat menangkap satu aroma yang tidak asing lagi dan aroma yang aku rindu setelah tiga bulan di Hokkaido, mengingatkan aku akan tanah tempat tumpah darahku. Bau nasi lemak! Namun, aku abaikan saja, mana mungkin owner hotel ini boleh masak nasi lemak malam2 ni, Mereka semua orang jepun. Mungkin aku terlalu memikirkan nasi lemak Pak Nasser yang dah ditempah untuk flight balik esok. Hehe.

Usai mandi, masuk mesej dalam Line Group kawan2 intern, kami ber-6 semuanya, tapi tidur berasingan 2 bilik, Jadi mesej itu dari kawan bilik satu lagi. Mesej tu berbunyi, lebih kurang, aku dah tak ingat.


"weyh korang, nanti lepas mandi pergilah turun dapur, ada nasi lemak"


Pergh, mesej pendek, tapi tuhan je lah tahu apa perasaan aku waktu tu! Sumpah excited. Telahan aku betul! Hidung aku masih berfungsi dengan baik! Bau nasi lemak tu bukan khayalan! Memang kenyataan!

Aku pun apa lagi, nasib baik memang dah siap mandi, terus ajak kawan yang dah siap mandi jugak, turun bawah. Sambil tu kepala ligat berfikir, geng bilik satu lagi masakkan nasi lemak ke? Rasanya stok makanan semua dah habiskan. Ke owner hotel tahu kami Malaysian, jadi dia masakkan nasi lemak? Terasa ringan kaki meniti tangga turun, seakan menari sedikit.

Melangkah ke dapur, aku ternampak satu pasangan pakcik makcik sedang duduk sembang2.  Mendekati mereka, bau nasi lemak makin kuat menusuk rongga hidung. Salam diberi, perut aku di isi. Kita makan dulu baru sembang ye. hehe.


Nah! rupanya mereka pasangan suami isteri dari Malaysia yang bercuti berdua pusing2 Hokkaido. Malam itu pun malam terakhir mereka di Hokkaido, flight kami pun sama keesokannya. Mereka pun tak sangka, dapat jumpa anak2 muda Malaysian katanya. Nak jadi rezeki kami, sebab malam terakhir, aunty tu pun masak lebih, nak menghabiskan beras dan bahan2 masakan yang dibeli. Memang mereka lebih suka masak sendiri ketika travel. Hokkaido dah macam kampung mereka, waktu aku jumpa mereka tu, dah kali ke-5 mereka ke sana. Sebab mereka berdua bekerja dengan airlines, jadi tiket flight dapat murah atau sesetengah tu percuma sahaja.

Perkenalan yang singkat, tapi amat bermakna, kami banyak sembang malam itu, bukan sebab aku nak membalas budi kebaikan mereka mempelawa nasi lemak, tapi aku sendiri sangat suka dengar perkongsian mereka. Betul, orang yang banyak travel ni, sudut pandang mereka lebih meluas, "Jauh perjalanan, luas pemandangan". 

Topik yang dibincangkan bukanlah isu2 picisan, apa lagi mengutuk sana sini. Semuanya berkisar perancangan masa depan dan harapan. Bagi mereka, dengan melancong, mereka lebih menghargai tanah air Malaysia yang tercinta.


Terima kasih atas nasihat nya, atas nasi lemak sambal ikan bilis yang super sedapnya, serta ukhuwah yang tercipta. Sehingga kini, peristiwa itu menjadi kenangan terindah buat aku. Pertemuan singkat yang mengingatkan aku kembali, sebagai hamba, perancangan Allah itu boleh datang dalam keadaan yang tak akan pernah kita sangka. 


 Jadi sekian saja cerita saya. Tak ada pulak bukti gambar, confirm la waktu tu aku excited sangat. Haha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC