Cara-cara mencuci tandas di jepun

Konnichiwa!!
Aku yakin, siapa yang baca entry ni,  mesti dah baca entry first aku tu. Kalau belum pun, takpelah.
So, baca tajuk dah tahu kan nak cerita apa. Mari kita belajar cara2 membasuh tandas di jepun.. Haha. Okay, takdelah step by step, tapi aku just nak bagitahu yang di Jepun, masih lagi gunakan cara manual untuk membasuh tandas.

Kalau dekat Malaysia kan selalunya guna berus ke apa untuk sental, tapi di sini, di Rusutsu Hotel, kami masih menggunakan tangan lengkap bersama glove untuk menyental bahagian paling dalam lubang tandas itu.Muahahah.

Siapa tak culture shock weyh, bila first day kerja dah kena sental toilet dalam onsen macam tu. Just guna tuala putih je sebagai alat, so memang kena celup tangan la. Dengar macam gelikan. Tapi sebab senior worker dah tunjuk cara macam tu, kena ikut jela, dia pun rilek je buat. Bila tanya kenapa masih guna tangan, katanya untuk menjamin kebersihan.

Tapi jangan bimbang, kitorang pakai gloves kot. And fyi, tandas diorang ni, punyalah bersih.. Kalau tandas perempuan tu, belum cuci lagi dah rasa nak baring dekat lantai. Tapi tandas lelaki tu, honestly, kadang2 ada lah air oren tumpah kat tepi. Cis..  Bukan rasis tapi pelik jugak. Kenapa tandas lelaki yg macam tu.

Nak tunjuk gambar, takut ada yang mual pulak. So tak payah la, korang imagine la sendiri. Sekian ..
(ni statement aku masa kat jepun, tapi bila dah balik ni, aku rasa nak tunjuk pulak gambar tandas dia..haha)

By the way, mula2 rasa malas nak cerita dekat orang yang kerja aku cuci tandas, dusting lantai apa semua. Tapi, sebab ada yang beri semangat pada diri ini untuk rasa bangga instead of rasa useless. Orang tu siap pesan lagi, "sepatutnya kau bangga sebab kau lah salah satu penyumbang imej Jepun sebagai negara bersih." Hahaha. Poyo je kau. 

But ,Terima kasih by the way untuk orang tu sebab sepanjang 3 bulan aku dekat Jepun, kau la jadi pendengar bebelan aku pasal jepun ni.. Tak puas hati ke, seronok ke, culture shock ke. Semua kau hadap je la apa yang seorang Ain cerita. Walaupun kadang2 kau dengan sengaja meng'annoying'kan aku dengan pos gambar makanan kepada jiran sebelah serta bila aku dah balik dari jepun,baru nak bagitahu aiskrim sedap yang boleh makan kat jepun. .kalau kau baca entry ni, yes, ni aku berterima kasih kat kau la ni.  ikhlas..

Okay.. May Allah bless all of you all!

Meh sneak peak tandas jepun.

 
Meh nak fokus dekat button yang ada. Boleh setting macam2. Kekuatan air, nak air panas, jenis air, nak ada music. ada semuaa.kahkah


Tisu tandas WAJIB lipat macam ni.each time.


Actually, kerja sis bukan lah mencuci tandas di Ofuro( public bath) sahaja, tapi bersihkan loker, lap tingkap (yang 100% bersih tapi kena lap jugak setiap hari), sapu tangga, dusting lantai. Senang kata, macam aku cakap kat first entry, akulah makcik cleaner di sana. 
Dulu pernah bercita-cita nak jadi makcik cleaner dekat Makkah sebab tengok orang Indonesia tu seronok je kerja kat makkah, Tapi last2 sis dapat rezeki di Jepun. Gittew..

Tapi Alhamdulillah, aku dapat banyak lagi pengalaman bernilai lain yang aku rasa tak mampu ditukar ganti dengan duit. Hatta kalau ada yang nak gantikan pengalaman aku kat jepun dengan flight tiket percuma ke Korea. Sis sanggup reject tiket flight tu. (oh mai god ain,, sungguh kaaa?) aha.

So till meet again in the next entry


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC