Okay internship di Hokkaido?




Hari ke-15 aku di Hokkaido Jepun.
Baru hari ni rasa nak meluahkan segalanya di buku conteng aku ini.

Seperti ada yang sesetengah yang tahu, seorang Ain (no more seketul) sedang berinternship di Hokkaido ketika ini. Tapi masa post ini ditulis, seorang Ain tak bersedia lagi nak berkongsi kisah suka dan duka dia pada orang lain. Oceh.. Jadi jika anda sedang baca post ini, seorang Ain telah pulang ke Malaysia dan meneruskan kehidupan belajarnya. Tapi perancangan Allah mana kita nak duga. Aku just merancang je.

Okay, kalau nak cerita dari hari pertama aku di Jepun, maka boleh buat buku lah nanti, termasuk cerita berjumpa dengan Doraemon di Airport Chitose( Okay,dah cerita pun). So sekarang just nak cerita perkara significant je.

Kalau ada orang tanya aku sekarang, kau buat intern apa di Jepun, Aku hanya berani cakap, kerja di hotel, kerja apa specifically?No i will not tell you guys. Sebab apa? Okay meh nak cerita.

Masa sampai di Rusutsu Resort and Hotel which is tempat kami bekerja ni, kami masih tak tahu di mana kami akan ditempatkan untuk bekerja sebenarnya. Sebab dalam resort ni terlalu banyak tempat dan department. Jadi setelah 3 hari training dan 4 hari diberi cuti sambil familiarize dengan kawasan terdekat, maka kami pun dapat tahu mana kami ditempatkan. Oh ye, bandar kecil paling terdekat ialah Bandar Kutchan, dia macam taraf Pekan la. 1 jam kalau naik bas dari resort, nampak tak pendalamannya kawasan ni. But it's okay. 7e ada je seberang jalan.

So aku dan Ima, ditempatkan di Country House Restaurant yang ada di dalam
ゆうえんち ( Yuenchi) ataupun Amusement park as fast food intern. So lets move to first day of work.
Benda ni aku memang tak cerita dekat post2 instagram aku sebab nanti mungkin menambahkan kontroversi. So the very first job aku lepas berkenalan apa semua is tuang Mirin dalam pot besar. Pergh.. perasaan dia dah lain macam dah masa tu. First thing dah hardcore macam ni. Bagi aku la hardcore. Tapi sebenarnya, ada lagi hardcore dari tuang mirin dalam pot besar. Oh, Mirin tu adalah bahan perasa orang Jepun, tapi kita as Muslim dikatakan tak boleh la makan sebab dia macam arak.

Actually, walaupun dia fast food, tapi restoran tu ada jual Ramen, Soba, Udon, Curry rice, soft ice cream, wedges, pork tonkatsu (macam chicken chop), beer, churros dan sebagainya. Rasa macam dah sebut semua actually. Haha. 
So based perasa kepada kuah Ramen, Udon dan Soba semuanya menggunakan pork dan paling best, ada roasted pork lagi. Ha.. semuanya bermula di sini, kenapa aku tak nak cerita kat hampa semua awal2.
Macam yang kita tahu, Muslim ni tak boleh terlibat dengan apa2 bisnes melibatkan any kind of arak, dan juga butaniku (daging babi). Tapi seperti yang dah ada orang yg pesan, kalau dah terpaksa macam mana en. Bab beer tu, memang aku tak pergi langsung area tu untuk serve kat customer, tapi bab butaniku ni, memang aku dah di tempatkan kat station Ramen, So, aku kena lah basuh tray bekas butaniku roasted tu. Allah hai,, bau dia dah satu memualkan, ini pulak kena sental bekas daging yang melekat dekat tray tu. Cuma satu, aku memang tak pegang langsung daging tu directly , Demi Allah.

Aku masa dapat task tu, terkesima jap. Serba salah ya amat. Tapi sebab blurr, aku pun basuh je lah. Tapi masa tengah basuh tu, dok fikir, kena sama' la balik ni weh. Memang tangan pakai glove, tapi rasa macam terpercik-percik jugak. Allah je tahu perasaan tu.

Balik rumah, mengadu dekat housemate, macam2 reaction la ada. Biar aku je yang tahu. So pendekkan cerita, esok nya masa aku nak basuh tray tu, Ima datang dan cakap, 'Nak basuh ke tray tu? Nak bagitahu tak kita tak digalakkan pegang benda ni'. Okay untuk pengetahuan korang, orang jepun ni tahu kita muslim tak boleh minum arak, dan makan butaniku. Tapi sebenarnya diorang tak tahu yang kita Muslim, arak tak boleh serve, butaniku kalau pegang kena sertu dgn air tanah.
So, aku pun cakaplah dengan makcik kat station Ramen tu which is Fujimoto San yang aku tak boleh basuh (actually banyak Ima yang cakap, sebab aku ni Bahasa Jepun ke laut lagi). Lepas je cakap, waktu Rehat pagi bermula. Lepas je waktu rehat, suasana macam havoc sikit. Makcik2 yang dah taraf nenek aku tu, macam gossip2. Rupa-rupanya Fujimoto San dah bagtahu semua orang. Jadi mereka pun cuak. dan confuse maybe.

Kami berdua dah macam. Oh mannn.. Nak buat apa ni. Lepas tu, Tenchou (ketua) kitorang panggil untuk jumpa. Dia confirmkan pasal hal butaniku tu. Kami kata. aah memang betul tak boleh. Lepastu dia pun kata, kalau macam tu susahla nak kerja kat sini, sebab dekat sini semua melibatkan butaniku. Ima try to explain yang tuang kuah curry takpe, sebab guna senduk kan, tapi Tenchou kami terus kata "Damedayo" means, eh.. tak boleh ni.. Lepastu mood terus berubah, Nenek bahagian Ima terus macam, kau tak payahla buat kerja ni. Nenek bahagian aku macam okay je. Takde la tetiba beri layanan lain. Cumanya perasan la yang dia mcm takde dah mintak tolong sangat part butaniku ni. Jadi kami pun redha je la apa nak jadi.

30 minit sebelum habis kerja, Tenchou datang kat aku. dia suruh jumpa Seki san. Dan dia kata, kami dapat cuti 2 hari. Mak aihhh. tak pernah dalam sejarah, baru 2 hari kerja dah dapat cuti 2 hari.Hahahah.. Bangga weyh..Kui2 (cuba sedapkan hati). 

Lepas jumpa Seki San, kami bertambah blurr, sebab tak tahu nak bagi solution apa. Aku nak cerita pun payah. Cuma nya ada lah Seki san bagi cadangan kerja kat Izakaya (bar), we just like.. What..?and honestly bagitahu yang Izakaya memang tak boleh, dan mintak kerja lain. So, cepatkan masa 2 hari kemudian. hari ketiga selepas 'dicutikan' aku dan Ima dipesan suruh jumpa Izumiya San (our internship supervisor dekat jepun). Konklusinya, aku dan Ima dapat department baru which is Kannai Seisou ( Indoor Cleaning). Kerja dia kena cuci2 toilet, public area dan sebagainya. Kami sepatutnya bulan depan tu (bulan 8) dapat Housekeeping, tapi sebab kami dah jadi 'special case' jadi dia buat jadual totally lain. Kami kena buat kerja yang sama selama 3 bulan internship. Dan department ni first time ambil budak internship sebab pekerja yang lain semua pekerja tetap. 

Okay let me be honest, aku rasa lega gila tak payah kerja dekat restoran tu lagi, tak tahan sebenarnya dengan bau butaniku. Tapi, aku rasa bersalah gila kat Ima, sebab dia terpaksa hadapi benda yang sama macam aku, sedangkan Ima bahagian Curry Rice yang sangat minimum contact dengan butaniku. Ima, if you reading this, i am honestly want to say sorry because getting you involved in this kind of drama. Makanya, waktu aku menulis entry ni, dah 3 hari aku kerja dekat department baru. Kerja aku,  kena sapu lantai seluruh area hotel, kemas Onsen, cuci tandas(tapi kerja ni tak sempat buat lagi, senior worker yang buat), lap cermin dan semua kerja2 lap la. Senang cerita, aku jadi makcik cleaner la kat Hokkaido ni. Sebab ni lah aku malas nak cerita dari awal apa yang aku buat dekat Hokkaido ni. sebab mungkin kalau aku cerita dekat public, ada yang kata, "Aiseh, kerja makcik cleaner dekat Hokkaido, Tourism apa macam tu". Mungkin aku bersikap skeptical tapi aku tak rasa lagi orang Melayu ni open-minded. Sebab kita sering dimomokkan dengan 3rd class work. Iyelah, kalau kat Malaysia, yang kerja makcik cleaner ni kebanyakannnya orang luar. So aku sebagai orang luar kalau di Hokkaido ni, bekerja lah di department ni. 

Mungkin ada yang baca entry ni tak setuju dengan pendapat aku, jangan melatah. it just a matter of different perspective of thinking. Aku tak nak cari gaduh pun nak arise issues tentang mentaliti orang Melayu. Aku just ambil jalan selamat. Aku cerita jugak dekat korang kisah sebenar yang berlaku, cuma lambat sikit. See, it is a matter of time. Time can heal.Gittew..

Okaylah, enough dengan cerita aku setakat ni dulu. Cuma aku nak share la apa yang aku rasa selama setakat 15 hari dengan orang Jepun ni. Mereka dah start kenal siapa Muslim. Iyelah, kami je yang berlitup kepalanya. Mereka tahu kita tak boleh makan butaniku dan minum arak, Tapi secara details, macam tak boleh pegang atau buat bisnes yang melibatkan arak, mereka tak tahu. Sedangkan kita orang Muslim pun banyak lagi tentang Islam yang kita tak tahu. Apatah lagi orang bukan Islam.

Tapi satu la, Nihonjin (orang Jepun) ni, mereka akan cuba memahami keperluan orang lain. Kalau kita cakap A dia akan follow A. Sebab tu bila kita kata, kita tak boleh basuh tray bekas butaniku, dia terus conclude  tak boleh langsung dengan butaniku. Nihonjin ingatkan wap butaniku pun Muslim tak boleh bau( sebab tu masa hari kedua kerja tu, sorang Nenek ni bersusah payah bukakkan tingkap atas, supaya wap butaniku keluar jauh2, Arigatou Obaachan).

So apa yang aku nampak, Nihonjin ni hidup dia berdasarkan peraturan, Kalau dah A maka A. Sedangkan kita dalam Islam, banyak pendapat, ada khilaf, ada rukhsah( keringanan) yang Allah beri kalau berhadapan dengan situasi2 macam ni. Tapi diorang tak boleh nak hadam sangat. Dan salah kami juga, tak reti nak explain those thing dalam bahasa yang mereka faham which is Bahasa Jepun.

Cuma aku berharap, apa yang berlaku ni, tak menakutkan diorang dari kenal Islam lebih lanjut. Tapi kan,serius mereka ni hardworking gila. dah la tua2 pun kerja lagi, ni ada satu lagi kisah mengenai membersihkan tandas yang aku nak cerita, tapi nanti lah dekat next entry. (yeay dah ada bahan nk ditulis next entry, haha). So tunggu next entry, apa kisah aku dan tandas di jepun serta bukti mereka hardworking kalau kerja.

Okay chow dulu..

Ini salah seorang Obaachan dekat tempat aku kerja. Nama tak ingat dah sebab gambar ni upload bila aku dah balik malaysia. Tapi dia lah yang suka sakat aku walau kerja 2 hari je pun. Ouh, dia yang bukak tingkap takut Muslim  tak boleh bau butaniku.

Yang kanan tu Fujinomoto san. Baik giler nenek ni..
yang kiri nenek kat bahagian Ima tu.

Okay, ni first bento kami.. sebab waktu lunch tak dapat balik hostel. so kena lah masak dulu.

this is my humble bento.auch, macam biasa. lauk sorok bawah sayur.muahaha.
Masa ni kaya lagi dengan lauk Malaysia seperti ikan bilis dan serunding.hahah



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC