Ukhuwah yang bertaut

Siapa sangka pertemuan di Masjidil Haram yang sebentar mampu menjalinkan ukhuwah yang bertaut sehingga ke tanah air.
Ceritanya bermula saat kami sekeluarga sedang berehat di kawasan masjid sambil melepaskan dahaga meneguk air Zam-Zam sejuk. Sedang asyik melihat gelagat anak Arab yang begitu baik hati memberi air Zam-Zam kepada orang, kami disapa oleh seorang wanita. Kelihatan seperti sudah melewati umur separuh abad. Nenek tua itu seakan 'blurr', itu bahasa mudahnya. Lalu ayah bertanya, "Makcik dah selesai buat tawaf umrah?" Sambil memandang seakan-akan mencari sesuatu, nenek itu menggelengkan kepala. "Ah sudah, ni mesti sesat atau terpisah dengan ahli keluarga" getus hati aku. Telahan aku benar, nenek itu terpisah daripada anak lelaki nya ketika hendak melakukan solat Subuh.  
Usai solat, kelibat anak lelakinya tidak kelihatan dan dia termangu. Padahal dia belum selesai melakukan tawaf serta saie bagi menyelesaikan umrah wajibnya. Ini kerana kami baru sahaja sampai di Masjidil Haram setelah menaiki penerbangan dari Malaysia. Jadi, selagi belum melakukan tawaf umrah@ tawaf Qhudum @ tawaf selamat datang, Umrah sunatnya belum selesai

Nasib baik, seawal di Malaysia lagi kami sudah dipesan untuk membawa beg galas yang disediakan oleh pihak pengurusan Umrah. Nenek itu pun berani menyapa kami mungkin kerana ternampak kami membawa beg yang sama. Berwarna biru oren bersama tulisan Tiram Travel&Tours.
Lantas ibu terus menyuruh aku menemani nenek tersebut untuk membimbing nenek melakukan tawaf. Kami sekeluarga sebenarnya telah selesai menunaikan tawaf serta saie sebelum Subuh lagi. Dan kami bercadang untuk pulang ke hotel selesai sahaja minum air Zam-Zam tadi. Tapi, manakan sampai hati untuk pulang setelah melihat nenek tua ini yang sememangnya 'lost' saat itu.
Entah tenaga dari mana datang, aku dan ibu buat keputusan untuk teman nenek tersebut menyelesaikan tawaf. Kerana seingat aku, kali terakhir kami makan adalah ketika dalam penerbangan. Aku dan ibu berjalan mengapiti nenek ditengah lagak seperti bodyguard. Selesai tawaf 7 kali, aku pimpin nenek ke kawasan Saie. Sambil berjalan ke Bukit Safa&Marwa, nenek meminta aku memanggilnya Mbah. Ooo. uwong jowo jugak rupanya. Seperti yang telah termaktub dalam rukun Haji dan Saie, kami berjalan  berulang alik antara Bukit Safa & Marwa. Satu perkara yang aku cukup kagum dengan Mbah, walaupun sudah masuk di usia emasnya, semangatnya lain macam. Ketika kami bersaie, ada juga masa-masa aku rasa letih dan nak minum air zam-zam sebentar. Tapi bila aku tanya Mbah.. " Mbah, arek rehat sediluk? Ngombek banyu zam-zam" aku cuba bercakap bahasa jawa sebab Mbah memang berterusan cakap Jawa dengan aku sedari tadi, jadi aku cuba test power. Oleh sebab kejowoan aku ni dah berkurang, jadi bila orang jawa bercakap, aku faham, cuma mahu membalas dalam bahasa jawa. Aku sedikit lambat. Senang kata, bahasa jawa itu sudah sebati pada pendengaran aku. Cuma praktisnya kurang.

Selesai saie, kami sekeluarga yang mula rasa lapar, buat keputusan untuk balik ke hotel. Anak kepada mbah masih lagi tidak ditemui. Kami bercadang mahu manunggu sebentar anak mbah kerana kami pasti, dia pasti sedang mencari-cari emaknya. Tapi adik aku yang bongsu tu dah sedikit merengek, sudah mula rasa tidak selesa dengan kain ihram itu mungkin. Jadi kami pun mengajak mbah pulang ke hotel sama. InsyaAllah mungkin anaknya sudah menunggu di hotel.

Telahan kami salah!

Dalam perjalanan pulang ke hotel melalui pintu keluar terhampir dengan bahagian saie, saat hati2 hamba mula menyerahkan segala yang berlaku pada takdirnya, keajaiban Allah berlaku. Dari jauh kelihatan seorang lelaki pertengahan umur sedang memegang seliparnya, mukanya kelihatan seperti menjumpai emas permata saat memandang ke arah kami. Nah! Rupanya lelaki itu anak kepada mbah. Allahhh.. Betul kata ustaz aku, saat kita sudah menyerahkan segalanya pada Allah, pasti segenap perkara yang berlaku selepas itu serasa keajaiban. Terlalu lemah hamba ini. Hari pertama lagi aku sudah merasai kejaiban, yang selama ini ada, cuma aku hamba alpa sering lupa, bukan lupa, gelap hati mungkin mahu merasai dan percaya.

Lelaki itu, memperkenalkan dirinya sebagai Cg. Rahman. Seperti sudah tertulis, ayah ibu aku memang berkecimpung dalam dunia perguruan, maka salah satu titik persamaan sudah diikat. 
Cg. Rahman menceritakan kisah dari pihaknya pula. Memang mereka terpisah selepas solat subuh. Selepas itu, dia juga cuba mencari emaknya, tapi tidak ditemui. Sudah puas mencari, akhirnya hati hamba Allah berserah juga pada pemiliknya. Kata cg. Rahman, doanya pada Allah,  'moga emak aku berjumpa dengan insan2 yang dapat membantu menyelesaikan ibadahnya, serta balik ke hotel dengan selamat'.


Sedar atau tidak, aku dan keluarga aku lah insan pilihan untuk membantu. 
Allah.. Allah.. Allah.. 
Hati aku hanya mampu menyebut namanya dalam perjalanan balik ke hotel. Bersama mbah dan anaknya. 
Terkesima. Percaya, tak percaya. 
Seluruh badan rasa lemah, lemah dengan kekuasaan Allah yang baru aku lalui. Ini baru secebis dari Allah, masih banyak yang belum aku lalui.



Jadi inilah kisah kekuasaan Allah yang aku sendiri temui di Tanah Haram. Sebelum ini, aku hanya mendengar dan membaca kisah2 keajaiban Allah yang berlaku. Sesetengah cerita aku rasa sangsi, mana mungkin boleh begitu dramatik begitu. 
Namun, sekarang, aku sendiri yang sudah melaluinya. Mahu bukti apa lagi?? 
ALLAH MAHA BESAR.



Sehingga sekarang, ukhuwah keluarga aku dan keluarga cg. Rahman masih bertaut. Rupanya cg. Rahman merupakan seorang cikgu di Cameroon Highland. Satu lagi titik persamaan bertemu. Ayah memang ada sebuah apartment di Cameroon Highland. 
Jadi pada Raya haji yang lepas (2016), kami saja mahu beraya Haji di Cameroon Highland. Di masjid kami berjumpa dengan cg. Rahman sekeluarga. Ini ada satu lagi cerita takdir allah. Kata cg. Rahman, selalunya jika raya Haji, beliau sekeluarga akan beraya di rumah mbah di Perak. Tapi tahun ini, mereka mahu beraya di Cameron sahaja, sebab anak perempuan mereka baru 2 hari lepas melangsungkan majlis pertunangan, jadi semua sudah berkumpul di Cameron. 
Jadi kami pun dijemput beraya di rumahnya. Huhu. Kami ingat jika beraya di Cameron tidak boleh berkunjung ke rumah sesiapa, tapi berkat ukhuwah yang terjalin dari penyerahan diri hamba kepada Allah, segala ketidakmungkinan jadi mungkin.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC