Forum Bahtera Jiwa -Ustazah Fatimah Syarha & Hilal Asyraf

Kelas habis pukul 7.20 petang, nak balik terus hujan pula membasahi bumi Gombak. Solat kejap di KICT, Balik Mahallah,terus order sup sayur kat kafe, Misi road to 50 dik non oii .Haha,
Tengah dok tunggu makanan siap, tiba2 dapat whatsapp jemputan ke Forum Bahtera Jiwa oleh Ustazah Fatimah Syarha &  Hilal Asyraf pukul 8.30pm *tepuk dahi, Allah, lupa pulak haritu memang dah niat nak pergi forum ni. Aish, tak makan lagi, baru balik dari kelas, hujan renyai2. Nak pergi ke tak?

Tapi entah dari mana dapat kekuatan, kaki rasa ringan nak melangkah ke sana, hati rasa tenang nak join forum nanti walaupun badan rasa sejuk dek hujan dari tadi. Macam ada magnet pulak bawa aku pergi ke sana. Selesai makan (dengan tenang, bila dapat tahu speaker tak sampai lagi dari sumber boleh dipercayai), terus siap2 dan melangkah aku ke sana dalam renyai hujan.

Hush, panjang intro kau ain. haha, okay. jom baca sedikit perkongsian dari ustazah fatimah syarha dan hilal asyraf.

Sesampainya aku dekat dalam majlis ilmu tu, Dah habis round pertama. So moderator bertanyakan soalan round kedua kepada ustazah fatimah syarha.

Soalan: Bagaimana mahu mengubat jiwa tika hadapi musibah?

Ustazah Fatimah Syarha senyum, lalu menjawab.
" Hari ni, birthday anak sulung saya. sebelum birthday dia, anak saya tanya, bagaimana cara nak buat kek" Dalam hati aku macam, What... apa kaitan? Lalu ustazah sambung, kalau nak buat kek, sedap ke kalau kita hanya letak bahan yang manis je? of course lah tak! Upss. dalam hati je, almaklumlah hobi buat kek, ajet2 tahu je en. Ustazah sambung, kalau nak jadi kek, perlu ada tepung yang hambar, garam sedikit yang masin, cheese yang berlemak, koko yang pahit (okay part koko ni aku tambah, sebab teringat resepi kek coklat kan, kek coklat cheese leleh,hahaha) barulah jadi kek yang sedap. Begitulah kehidupan, kalau ada yang manis aja, tak bestlah, mesti ada yang pahit dan masam barulah namanya hidup.

Pang! Satu das kena muka..

Baru faham kenapa ustazah bagi analogi tersebut, pergh,, baru 2 minit cakap dah capture minat aku. Dengan bahasa ustazah yang seakan ada skrip dalam kepala nya. Sangat wow, gaya macam baca buku penulisan ustazah. Tapi memang minat ustazah dari CFS lagi sebab baca buku tulisan Ustazah tajuk SYABAB. Okay back to the point.

Allah ciptakan manusia dalam keadaan yang bersusah payah (surah al-balad) dan akhirnya Allah mahu menguji siapa dalam kalangan hambanya yang paling baik. Jadi nak katanya, kehidupan ini mesti ada masalah. Cara bagaimana nak ubat jiwa? Ustazah kongsi beberapa 4 steps berdasarkan Surah Al-insyirah

Tapi sebelum tu, ustazah pesan, kita mesti terima masalah yang dihadapi tu terlebih dulu. Jangan asyik persoalkan kenpaa aku? kenapa aku? 
Surah Al-Insyirah ayat 5-8

Ayat 5, maksudnya: Oleh itu, tetapkanlah kepercayaan mu bahawa sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan.
Ayat 6, maksudnya :(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Ayat 7: Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)


Ayat 8: Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Rumusan dari apa ustazah kata tu, point dia kiranya bila kita nak ubat jiwa bila hadapi musibah, kembali pada Allah, kita berharap pada tuhan kita. rujuk semula Al-Quran.Selami. Dan kita perlu ingat, apabila ada masalah, barulah tercetusnya inovasi. Bila ada masalah nak bergerak jauh, maka terciptanya Roda dan seterusnya kenderaan kita naik sekarang. Jadi pada Allah kita mengharap.



Soalan pada Hilal Asyraf: Bagaimana mahu mengemudi jiwa ke arah taubat?

Untuk simplified kan, Hilal Asyraf pesan supaya kita ni, mengakui bahawa kita dah buat silap. Kalau kita tak rasa bersalah pun buat silap, macam mana nak rasa bertaubat, Tau Buat ada lah.
Hilal Asyraf tambah lagi, orang beriman akan sentiasa rasa dosanya ibarat gunung tinggi,manakala orang tak beriman rasa dosa dia ibarat lalat yang menghinggapi, maksudnya seakan tiada apa yang berlaku. Jadi, fitrah manusia ini, semua nak menjadi baik. Maka taubatlah selagi ada masa sebelum masa itu tiba. 1. Ketika rohnya berada di kerongkong. 2. Saat matahari terbit dari barat.

Masa yang selalu aku tunggu2, iaitu sesi Question&Answer. Sebab soalan2 dari audience slalunya mind-blowing jugaklah. tapi aku pilih 2 soalan yang sempat aku hadam.

1. Kenapa Allah ciptakan Adam sedangkan tahu yang adam akan buat salah?

Aku masa tu macam dah, what..? apa soalan budak ni.haha tapi ustazah tenang je then dia jawab. Allah dah tahu, bahawa setiap anak adam itu AKAN buat salah. Nabi Adam termakan buah larangan di syurga sehingga Allah campakkannya ke bumi, Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan ditelan ikan Nun, Nabi Musa, menampar orang sehingga mati orang tersebut dan juga menarik janggut Nabi Harun. Tapi nabi2 ini bertaubat dan berdoa agar diampunkan dosanya sehingga Allah 'quote' doa mereka dalam Al-Quran dan menjadi doa amalan kita kan? Nabi Muhammad pernah buat salah? (dalam hati aku, mestilah tak), then ustazah kata, pernah Allah menegur nabi kerana bermasam muka dan berpaling kepada si buta. Boleh rujuk Surah-Abasa. Pada ketika itu, ulama membahaskan bahawa perkara ini bukanlah berdosa tapi nabi tersilap pilih dengan memilih pilihan yang kurang aula.

Ada juga cerita tentang seorang yang perjalanan hidupnya dipenuhi dengan ibadah tapi akhir hayatnya dia terbuat salah dan dimasukkan neraka (kalau tak silap aku kisah perempuan dengan kucing tu), dan ada juga yang perjalanan hidupnya bergelumung dosa tapi kerana satu amalan baiknya dia dimasukkan neraka (ni pulak kisah lelaki yang bagi anjing minum tu rasanya). Ada sebab kenapa Allah buat cerita2 ini, supaya kita ini hidup di tengah2 antara takut dan harap. Peringatan buat kita supaya jangan takbur bila terlalu banyak buat pahala dan jangan khuatir bahawa pintu taubat Allah sentiasa ada .

So pada pendapat diri yang kerdil ini, setiap kejadian, ciptaan Allah itu ada hikmahnya, kita sebagai manusia ni, kadang2 tak terfikir dan ilmu kita tak sampai ke tahap nak tahu kenapa Allah buat semua ni, Bak kata Hilal Asyraf, kita dengan Allah ini hidup dalam dimensi yang berbeza.

2. Apa pendapat ustaz@ustazah tentang orang yang bertaubat dan buat salah, lalu bertaubat lagi, tapi dia buat lagi dosa.?

Sentap!. Tahulah aku, kenapa kaki ini ringan melangkah ke majlis ni tadi, kenapa hati lapang mahu mendengar forum pada malam ini sedangkan tadi teragak juga nak pergi sebab tajuknya  Bahtera Jiwa(ingat pasal kawen), rupa-rupanya, malam ni aku dapat mendengar jawapan kepada persoalan yang bermain dalam benak pemikiran aku selama ni terutama 2-3 minggu ni.

Lalu ustazah bagi analogi lagi, kalau demam, kamu cari apa? ubatkan, lepastu baik. then demam lagi, awak cari apa? ubatkan? Maka begitulah juga dengan dosa dan taubat ini.

Hilal Asyraf menambah dan part ni yang buat aku bergenang lah jugak air mata.
Dia cerita kan semula kisah seorang pemuda yang telah membunuh 99 orang di kampungnya, lalu merasakan bersalah dan bertanya kepada orang yang ke 100 bahawa dia ingin bertaubat. Lalu orang yang ke-100 itu berkata bahawa lelaki ini sudah tidak punya harapan untuk bertaubat. Nah, orang yang ke-100 itu juga dibunuh dan merasa bersalah kembali .Maka berjumpalah pemuda ini dengan orang yang ke- 101, Orang ke-101 ini mengatakan kepada pemuda tersebut, jika ingin bertaubat kau kena keluar dari kampung ini, dan pergi ke kampung sebelah. Dalam perjalan pemuda itu ke kampung yang dinyatakan tadi, dia pun MATI.
Lalu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah, siapa yang patut ambil pemuda ini. Malaikat azab kata, dia yang layak mengambil pemuda ini kerana pemuda ini tidak sempat bertaubat lagi lalu mati. Malaikat Rahmat pulak berkata, pemuda ini sudahpun dalam perjalan menuju pintu taubat. Lalu mereka mengadu pada Allah dan Allah mengarahkan mereka untuk mengukur jarak pemuda itu. Yang mana lebih hampir, kampungnya dulu atau kampung yang ditujunya untuk bertaubat. Lalu setelah diukur, ternyata jarak pemuda itu lebih dekat dengan kampung taubat . Maka masuklah pemuda tersebut dalam Syurga Allah.

Phew,, nasib baik kan lelaki tu? (ni ayat Hilal Asyraf). Tapi sebenarnya, kita mesti tahu satu perkara. Siapa sebenarnya yang mematikan pemuda tersebut?? Allah kan.. maka Allah dah tahu perkara ini. Perbalahan antara malaikat itu, cerminan kepada manusia yang suka judge orang. Orang yang terjun jambatan baru2 ni, ada yang kata neraka lah dia. tapi sebenarnya urusan syurga neraka itu semua urusan Allah. Siapa kita nak tentukan untung nasib manusia? Dan peristiwa ini juga sebagai harapan pada semua pendosa bahawa banyak mana dosa yang dah kita buat, pintu taubat Allah itu sentiasa luas terbuka. Walaupun ada yang kata 'eh kau ni, dah taubat tapi buat jahat balik'. Tapi kita kan manusia , ada masanya kita tersungkur, yang paling penting pada masa bila kita bertaubat, taubat dengan bersungguh-sungguh. Pada masa bila kita berjalan kepada Allah, Allah akan 'berlari' kepada kita. Maka kita sebagai manusia ini seharusnya menyambung harapan manusia lain kepada Allah. Jangan kau pulak dok hasut orang kata takde harapan dah kau(okay ni ayat aku).

Allahu.. mengelamun aku seketika. Betullah, jika ada masalah yang berlaku, kembali pada Allah. kalau rasa tak kuat, cari mana sahabat yang mampu buat kita mengingati Allah, Takde jugak?? Pergi mana2 majlis ilmu, kau rasa kosong dan resah tu, sebab Allah bagi hint dekat kau supaya kembali mengadu pada Nya. Kalau takde jugak majlis ilmu (tapi kalau duduk UIA kau jangan bagi alasan takde eh, cepuk karang,haha), tengoklah tazkirah ustaz2 dalam u-tube. Tazkirah Ustaz Zakir Naik, Ustaz Don ka, siapalah2.
Memang ada antara kita nak release stress tengok Running Man lah, Return of Superman lah, cerita korea sana sini lah, (eh, ni semua macam merujuk pada aku je), Suri Hati Mr. Pilot lah, tapi percayalah, semua itu hanyalah ESCAPISM yang sementara. Hakikatnya, bila kita bersama Allah hati jadi tenang. Allah janji dah kan. So, disamping tengok rancangan2 escapism itu, adu semula pada Allah. Allah tahu isi hati kita. Bagaimana Allah tahu?
Sebab Allah kan pencipta kita, tuan mana yang tak tahu tentang perkara yang diciptakannya. *kenyit mata senyum, tambah background music penutup. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC