Erti sebuah kemerdekaan.


PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
~ Usman Awang
(Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP)

Masih teringat saat kali pertama mendeklamasikan sajak kemerdekaan bertajuk Pahlawan ini ketika di bangku sekolah. Entah macam mana cikgu boleh memberi kepercayaan pada diri aku untuk membuat persembahan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah. Mungkin kerana aku dulu seorang yang berani kehadapan, maka disangkanya aku mampu untuk mendeklamasikan sajak. Padahal... apa itu sajak??

Maka sebelum hari persembahan, boleh dikatakan setiap petang aku berlatih di tepi luar rumah. Rutin harian setiap petang bermain basikal bersama Husna dilupakan seketika. Iyelah.. hakak nervous kott.. okay masa tu muda lagi, so adik nervous kott..

Sehinggalah hari yang ditunggu-tunggu..(tak ditunggu sangat pun.. scaryyy), sehingga saat akhir, aku berlatih depan Cikgu Azah.. dan dengan latihan serta bekalan semangat. Alhamdulillah aku cuba buat yang terbaik. to be honest, i can't even remember how the thing goes. is'it well or not. Kena tanya teacher Azah semula ni..huhu.

Tapi satu perkara yang aku pasti, semenjak hari itu, aku telah jatuh cinta pada sajak, puisi, pantun, dan semua perkara tentang seni bahasa melayu. Sebut saja, seloka, gurindam aku seperti sudah disihir oleh indah serta puitis nya bahasa. Sehingga ke alam sekolah menengah, aku cuba berjinak-jinak dengan aktiviti berkaitan. 

Cuma di universiti, aku sudah tidak lagi berkecimpung dalam aktiviti kebudayaan sebegini. Pernah juga cuba mencari lubuk-lubuk peluang, tapi atas desakan komitmen lain, minat pada yang satu ini terpaksa dilupakan seketika. lagipun, persaingan banyak dik.. orang2 dekat universiti ni hebat-hebat belaka.

okay, dah habis mengimbau kenangan lalu? Berbalik pada tajuk pertama tadi. 
Erti sebuah kemerdekaan.
Apa erti sebuah kemerdekan bagi anda?

Baru2 ini pada tanggal 31 Ogos 2016, aku melihat jalan raya agak sibuk. Kereta bersimpang siur.
Geng-geng motor besar mula berkonvoi di jalan raya, Jika di universiti, si mahasiswa dan mahasiswi berbondong-bondong turun dari bas bernombor T200, ada juga yang masih nyenyak dibuai mimpi letih dek aktiviti semalam gamaknya, ramai juga aku lihat keluarga-keluarga bahagia menghabiskan masa bersama, tidak lupa juga mat-mat bangla yang berjasa pada negara kita keluar berjalan di kawasan Masjid Jamek.

Jadi, ingin aku simpulkan disini, erti sebuah kemerdekaan itu adalah, kita bebas untuk melakukan perkara yang disukai tanpa digangu gugat oleh orang lain, selagi ianya mematuhi peraturan dunia dan syariat agama. Buatlah sesuatu yang menggembirakan diri. Itu erti jiwa merdeka sebenar.

Aku?
Apa erti sebuah kemerdekaan bagiku?
Cukup bagiku untuk dapat meluangkan masa bersama insan tersayang... *senyum


nota kaki:
Dalam perjalanan balik rumah..

Gambar yang sempat di snap masa perjalanan balik





Saja bagi close up sikit. (Masjid Jamek dan Si Jalur Gemilang)

Kalau bisa ku zahirkan cinta, sanggup ku nanti saat terbitnya mentari (okay annoyyingg)

ni entah apa kaitan. ouh tapi perempuan zaman sekarang kan nak kaki panjang lah, muka flawless lonjong lah.
 Nah akak payung gambar kaki panjang. Nak panjang macam ni kan?? hahaha


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC