Benci Vs Sayang

Pasti. Ramai dalam kalangan kita pernah mengalami situasi ini. Seringkali juga ungkapan ini dicalitkan dengan hubungan pasangan kekasih. WAIT A MINUTE!!
Sedar tak kita? Sebenarnya ungkapan ini bukan sekadar valid untuk pasangan kekasih, namun boleh juga untuk hubungan antara ibu bapa dan anak2, hubungan rakan, hubungan guru dan murid, hubungan antara kakak dan adik, atau abang dan adik, malah hubungan manusia dan tuhan.

Asalkan ianya hubungan yang memerlukan kita berinteraksi. 
Asalkan ianya hubungan yang memerlukan kita komited serta beri sepenuh hati.

Ada seorang anak kecil yang pernah muskil, kenapa orang yang mulanya berkasih sayang, selalu bersama, boleh bergaduh bagai nak gila?. Saat hati sedang benci, hilang mana sayang yang dulu terpatri. Dia pun jadi penasaran hati. Bagaimana hati manusia boleh berubah begitu sekali.

Nah.. semakin anak itu membesar, dia terdedah dengan pengalaman, horizon perspektifnya semakin meluas, Anak itu sendiri mengalami perkara yang pernah suatu ketika dahulu buat hatinya keliru. Malah sahabat baiknya sendiri  ditemui daripada perselisihan kecil, yang bermula dari kemarahan dan benci. Dari benci lahir sayang. Dari benci lahir prihatin.

Ya, baru anak itu faham, yang marah itu sebenarnya bukan benci. Tapi lahir daripada sifat diri yang prihatin.
 Mana mungkin si ibu marah anaknya bermain di waktu senja adalah benci, namun reaksi daripada hati yang prihatin, daripada naluri sayang si ibu sendiri.
Mana mungkin seorang rakan memarahi rakannya yang lain, melainkan kerana rasa sayang kepada sahabatnya itu. 

Memarahi untuk menegur. 
Memarahi untuk memperbetul. 
Memarahi untuk memujuk.

Maka, jika saat ini ada hati yang sedang runsing, mengapa si fulan ini marah padanya. Mengapa orang tua ni bising2 padanya. Kenapa lecturer ni asyik beri lecture yang panjang berjela-jela. Ini salah, itu salah. Reject assignment ni, Reject report tu. Naik nanah telinga. Bengkek.
Ingatlah, bahawa masih ada insan yang peduli. Ingatlah, masih ada insan cakna pada diri. Refleksi diri kembali. Ada kala, ianya punca diri sendiri. Niat mereka hanya nak memperbaiki. Untuk jadikan kita insan berdikari, insan mulia pekerti.

Lalu, anak itu pun berfikir sendiri
" Buat apa buang masa nak marah2 aku, kalau bukan sebab dia sayangkan aku"
Nah.. dia sedar. Dalam hubungan itu tidak semestinya madu, Ada juga pahit seperti hempedu. Terserah pada diri bagaimana nak hadapi saat bahagia dan kesulitan bersama.

Maka anak itu menyambung pembacaan daripada buku Pribadi Hebat tulisan HAMKA;
" Pribadi yang berani adalah yang sanggup menghadapi segala kesulitan atau bahagia dengan tidak kehilangan akal"  





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC