My favourite writer- Ustaz Pahrol Juoi

Assalamualaikum everyone.
Harap semua sedang bahagia dalam duka atau suka. Biasalah, hidup memang tak seperti yang selalu kita jangkakan. 
Tapi ain nak quote satu ungkapan dari someone ni " sometimes we will win, sometimes we will learn" ha.. nampak tak permainannya disitu. Eh? tak faham eh.. itu bermaksud, kita tak pernah kalah melainkan kita belajar dari kesilapan itu.

Bila dah nak makin hujung sem ni, as student apa lagi lah yang dirisaukan selain daripada assignment yang tiba2 seakan berlambak atas meja dalam laptop. tapi kadang2 bila asyik mengadap laptop je.. pening kepala jugak ye, so kalau ain, lebih prefer baca lah buku2 yang sedang menunggu nak dibaca. (not to mention watching you tube, tapi ain dah promise untuk tengok Daehan, Minguk, Manse jee)

jadinya, hari ni ain nak kongsi satu cerita daripada sebuah buku yang bertajuk " Beduk Diketuk Lagi"
hasil penulisan my favourite writer, Ustaz Pahrol Juoi. Memang fall in love dengan gaya penulisannya yang memujuk bukan mengutuk tapi menusuk..oceh,,nampak tak ?

Buku ni adalah kesinambungan buku Beduk Diketuk yang diterbitkan 4 tahun yang lalu. Dan sebab buku inilah ain mula mengenali dan 'jatuh cinta' dengan penulisan Ustaz Pahrol Juoi. Jadi, dalam buku terbaru ni, sekali lagi Ustaz menggunakan simbol beduk yang mana beduk merupakan alat untuk menandakan masuknya waktu solat pada suatu ketika dulu. Jadi pasti ada significantnya Ustaz menggunakan simbol beduk ini. Ha.. kali ni memang ain sengaja bagi kalian banyak berfikir malam2.

Antara bab dalam buku ni, ada satu bab yang aku rasa sangat suka, terharu, sampai menitiskan air mata iaitu bab Beduk 28: Panggilan cinta.

Memang pandai ustaz memilih tema yang begitu dekat di hati terutamanya anak muda seperti sayee..(hewhew). 

Sebenarnya, ain nak taip je sebijik macam mana Ustaz Pahrol, tapi oleh sebab setiap buku ada hak cipta terpeliharanya, maka tak sewenang-wenangnya ain boleh taip sebutir-butir ayat nya. (Teringat pesanan Ustaz Muhadir masa di CFS Uia dulu). Tapi sesungguhnya perkongsian ini bukan untuk meraih keuntungan mana2 pihak, namun sememangnya hanya sekadar perkongsian.

Ceritanya mengenai seorang suami yang baru sahaja kematian isterinya yang meninggal atas asbab kemalangan. Walaupun mereka berdua terlibat, namun Allah hanya menarik nyawa si isteri dan meninggalkan si suami untuk menjaga 2 orang anak dan salah satu berumur baru 2 bulan. Ini, ada dialog yang begitu terkesan di hati.

"Allah sedang mendidik saudara menjadi ayah yang tabah. Musibah ini hakikatnya satu mehnah"
"Mehnah? Apa maksudnya ustaz?"
"Mehnah ialah ujian yang Allah timpakan kepada seseorang dengan tujuan untukmendidiknya. Allah mendidik manusia melalui subjek yang bernama kematian,kesakitan, kegagalan dan kehilangan."
"Sedih dan sakit ustaz"
"terimalah saudara, yang pedih itu ubat,yang sedih itu penawar. Siapalah diri kita.Kita hanya hamba,bukan tuan, bukan Tuhan. Sebagai hamba,kita layak diuji. Tidak ada pilihan, kehilangan ini telah berlaku. Ujian ini maktub. Sama ada kita teima atau tidak,tetap berlaku. Pilihan yang masih tinggal buat kita ialah; untuk sabar atau tidak. Jika bersabar, ada kebaikan dan manfaatnya. Jika tidak sabar, banyak keburukan dan mudaratnya"

"Apa kebaikan kehilangan ibu buat anak yang sedang menyusu?"
" Maha suci Allah. Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Tetapi insan kerdil seperti saya ini manalah dapat melihat sesuatu yang tersirat di sebalik semua ini. Kita insan kerdil di sisi Tuhan. Dari segi adab seorang hamba, kita wajib yakin bahawa di sebalik pemergian isteri, yakni ibu kepada anak-anak saudara, pasti ada kebaikannya"

"Ada masanya saya menangis. Berdosakah kesedihan ini?"
"Tidak. Malah itu fitrah"
"Nampaknya saya belum tega, tetapi melalui tragedi ini seolah-olah Allah paksa saya..Allah paksa saya menncintain-Nya lebih daripada yang lain"
"Bersyukurlah dengan paksaan ini.. Jika tidak dipaksa mungkin kita alpa"
Begitulah ajaibnya Allah "memanggil" sesetengah manusia kepada cinta-Nya..melalui kehilangan
.......................................................

Sebenarnya, ceritanya lagi panjang, tapi ain kongsi sedikit daripada seribu lautan kata hikmat Ustaz Pahrol. Banyak lagi kata2 Ustaz yang begitu membelai hati. Membaca penulisannya membuat diri di awangan, membuat diri begitu rasa dicintai.

Kat bawah ni, ain selitkan lagi kata2 dari Ustaz yang bagi ain..WOW



"kita derhaka dalam cita kita kepada Allah, Allah memberi nikmat yang bukan sedikit. kita balas dengan taat yang sekelumit,"

"cinta tak semestinya bersama kasih tidak bererti memiliki"

"si kaya yang takbur, si miskin yang hasad"

"ilmu itu imam, amal itu makmum"

 "sabar itu dinamik, bukan pasif. sabar itu soal hati, akal, emosi dan tindakan
ilmu itu ada kesan berantai cari ilmu, pergi ke tempat yang baik, bersahabat dengan orang yang baik, dibimbing dengan orang yang baik"

"takbir ibadat atau takbir adat"

nak tahu asal usul takbir raya? Jom baca buku ni. Banyak lagi cerita best dalam ni. Daripada anda semua stress2 asyik study je. Kadang2 luangkan masa membelai hati dengan bacaan buku2 rohani.
Okaylah.. sampai sini dulu, nanti jumpa lagi di next entry!

Nanti pergi mana2 kedai buku, carilah buku ni...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC