For the first time in forever

Hari jumaat menjengah lagi. Mendatangnya hari Jumaat, mengingatkan diri akan peristiwa pada Jumaat yang lalu. kira-kira 2@3 minggu yang lepas. Bila diteliti semula, banyak perkara 'for the first time in forever' yang berlaku pada hari Jumaat itu, Namun tak semua boleh dikongsi kan? Cuma, ada satu kejadian for the first time yang mahu aku kongsi. kejadian yang pada asalnya hanya kebetulan..

..............................

Azan Jumaat berkumandang lagi di corong speaker dari Masjid Uia, Kali ini terasa syahdu kedengarannya. Mungkin kerana ini kali pertama aku merasai sendiri menunaikan solat Jumaat di masjid Uia. Selama ini, hanya berkesempatan menonton di tv rancangan solat Jumaat di TV1. Sejujurnya, memang ini kali pertama sepanjang 21 tahun hidup. Mungkin pernah aku menunaikan solat jumaat sewaktu menunaikan umrah dahulu. Tapi, faham2 saja, khutbahnya pasti dalam bahasa Arab. Orang kata, 'feeling itu tiada'. Malah, selama 1 tahun memulakan pengajian di Uia, inilah kali pertama menunaikan solat Jumaat di sini. Itu pun kerana ajakan seorang sahabat.

Seusai azan, khatib mula berbicara. Alhamdulillah, khutbah minggu ini dalam bahasa melayu. sebabnya, dari apa yang aku dengar, khutbah di Uia ini berselang-seli. Rezeki aku, Allah beri peluang. Nah, topik khutbah pula amat kena dengan jiwa aku. Khatib yang aku rasa merupakan seorang pensyarah Uia dari AIKOL( Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Law), begitu sempoi menyampaikan khutbah. Dari gaya penyampaiannya seperti tidak melihat teks. Bahasanya mudah difahami. Khatib mengajak semua jemaah untuk minat mengetahui sejarah. Sedangkan dalam Al-Quran banyak cerita sejarah yang dicoretkan. Maka jangan sesekali kita abaikan kepentingan sejarah.

 Banyak lagi pesanan dari sang khatib namun atas kelemahan diri, ada point2 yang tidak melekat dikepala. Tidak dapat aku kongsikan. Namun ada persoalan yang bermain difikiran sendiri. Mengapa anak muda sekarang kurang gemar mempelajari sejarah? Bukan ingin menjadi skeptik, namun pengalaman sendiri, ramai kawan aku menganggap sejarah hanyalah subjek menghafal, tidak lebih dari itu. Salah dik... Sejarah itu perlu difahami dan diteliti ibrahnya, maka kau akan merasai seronok untuk mengetahui kisah seterusnya. Rezeki aku dilahirkan sebagai anak guru Sejarah, maka aku turut meminati Sejarah. Ini dek kerana ibu dan ayah sering menceritakan cerita sejarah jika kami adik beradik di dalam kereta, Kadang-kadang, ada antara kami yang bertanya untuk mengulangkaji pelajaran. "Sambil menyelam minum air" bak kata pepatah.

Selesai khutbah pertama, khutbah kedua menyusul, kali ini, khutbahnya dalam bahasa inggeris namun masih isi penting yang sama. Aku merasa aman saat kaki berdiri tegak, badan menghadap kiblat, nafas pun tenang. Solat jumat diselesaikan. Seusai memberi salam, ada sesuatu yang mencuri pandangan. Kelihatan anak kecil berkulit hitam datang ke arah ku. "Ya Allah, comelnya.....pipi pau 2 ketul >.< " Sebenarnya sejak tadi aku memerhati telatah kanak2 itu. Sangat girang berjalan ke sana ke mari. Jalan sedikit dia jatuh, kakak-kakaknya lah yang setia menyambut tangan anak kecil itu. Pipi pau yang aku maksudkan ialah kemontelan pipinya. haha. Rupa-rupanya, aku duduk berdekatan dengan emaknya. Apa lagi, aku pun bertanyakan umur anak kecil ini. Baru 1 tahun rupanya, mereka berasal dari Sudan, Saat emaknya menunaikan solat, ada 2 orang kakaknya lagi yang menjaga. nak tanya nama takut tak reti menyebut pula. Lihatlah, baru berumur 1 tahun, tapi sudah terbiasa "melepak" di masjid. Ini satu lagi fenomena yang aku gemar jika duduk di masjid Uia. Pasti. Pasti ada para ibu yang membawa anak mereka di sini.Tidak kira lah pelajar local atau international. Rasa aman melihat baby2 dan kanak2 yang tidak berdosa ini. Indahnya dunia mereka.

 Di masjid Uia ini jugalah menjadi tempat bersejarah dalam hidup. Baru aku tahu, kaum wanita jika sudah menunaikan solat Jumaat, tidak perlu menunaikan solat Zuhur. Kerana seingat sewaktu belajar di sekolah agama petang dulu, ustazah pernah pesan. "Kamu kaum perempuan, kena juga menunaikan solat Zuhur jika sudah solat Jumaat sebab solat Jumaat bukan keutamaan kamu". Dek kerana tidak pernah mempraktiskan solat Jumaat selepas itu, terus kurang cakna akan perkara ini.

Namun, oleh kerana Kak Jannah beritahu hal sebaliknya,aku turuti caranya. Mungkin ada banyak pendapat, oleh sebab Kak Jannah yang bersama aku ketika itu mengatakan tidak perlu solat zuhur, aku turuti. "Kak Jannah tu lebih banyak ilmunya Ain, dia kan student DQ(Darul Quran)" desus hati aku. Kelemahan sendiri, kadang alpa untuk meneliti semula perkara2 yang bukan menjadi kewajipan sendiri. Dianggapnya perkara biasa yang tidak perlu aku fahami. tapi baru aku sedar, ini ilmu akhirat. sebagai seorang muslim aku perlu cakna. Allahukbar. Sentap sendiri rasanya.

Maka bermulalah aksi meng'google' untuk mendapatkan maklumat. Memang aku sedar, ilmu sebegini perlu ditanya kepada seorang yang arif, bukan dengan mudah mencari di media2 sosial. Tapi tiada peluang lagi untuk bertanya face-to-face kepada ustaz atau ustazah. Buat masa sekarang, bolehlah klik link di bawah, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai solat jumaat bagi Muslimat

 Muslimah, solat Jumaat dan sekitarnya

Sebenarnya, banyak lagi cinta yang aku jumpa di sini [ baca: masjid Uia ]. Bukan kerana kerasnya bangunan masjid ini yang mampu menimbulkan perasaan cinta itu, namun kerana lembutnya hati2 manusia yang beriktikaf di sini, kerana sucinya cinta ibu kepada si anak, kerana akrabnya cinta sahabat dalam persahabatan, kerana dalamnya cinta Allah kepada si hamba. Kerana rasa cinta itulah, mampu membelai hati2 yang sering gusar sebelum melangkah masuk namun diberikan hati yang tenang saat melangkah keluar. Ada cinta disini. Moga cinta itu kekal ada.

.........................................

Inilah kisah for the first time aku. Mungkin tidak sehebat seperti cerita Frozen. Namun aku gembira, Gembira untuk berkongsi kepada semua. Gembira untuk mengajak semua yang sedang membaca, tidak salah mencuba sesuatu yang di luar kebiasaan. Pernah ada seorang sahabat menyebut, jangan abaikan perkara yang kau anggap remeh kerana mungkin tersimpan rahsia disebaliknya.

Ni nak share gambar masjid Uia. Tempat tersimpan pelbagai cinta.

 credit 
credit

Herm,cantik jugak Uia ni. 
p/s: dengar cerita esok Mufti Menk nak datang Uia masa khutbah. nantikan~

Ulasan

  1. Nice entry sis. First time dgr pengalaman seorg sister yg join solat jumaat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha! Ur first time too?haha.kena dgn tajuk. Sebenarnya ramai lagi muslimah yg solat jumaat kat situ.Tp mungkin mereka tiada medium nak berkongsi cerita. Tq btw :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Erti sebuah kemerdekaan.

Self-reflect with Human Growth Curve Sigmoid VS TALC