Catatan

Tentang Cinta

Sebelum memulakan bicara di ruangan Kertas Kosong ini, aku membaca semula coretan-coretan yang dah aku lakarkan di sini. Aku bersyukur kerana aku mampu meluahkan perasaan dengan kata-kata. Dibaca semula coretan tentang kematian orang kesayangan aku, Cik Tapa... Ya sampai sekarang aku dan sepupu-sepupu masih tak mampu memanggil arwah cik tapa, kami lagi selesa memanggil nama sahaja, mungkin tanda sisa rindu sentiasa ada. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, arwah pergi tapi bukan kenangannya, sehinggakan minggu lepas saat aku dan ibu menunggu ayah & adik lelaki aku membeli barang mereka, sambil menunggu di ruangan barangan lelaki, ibu tiba-tiba bersuara, "ibu kalau tengok barang2 lelaki ni, masih lagi teringat nak belikan ke cik Tapa".. aku tahu, tak pernah sekalipun ibu tak merindukan adik kesayangannya. Tapi aku berlagak macho dan gagah, hanya senyum dan bertanya, "ibu selalu ye hadiahkan cik tapa barang macam ni dulu?". Padahal, aku juga merindukan Cik ...

Favorite lullaby

To be honest, i am currently not in a stable mood, the unnecessary overthinking. and the desire to compare my life with others. And each time this moment come by, those lullaby that console my unknown heart is this song DEAR NAME - IU Undeniably IU is my only favorite Korean solo artist so far, even though Seventeen come after as favorite K-pop group and Akdong Musician as favorite duet group. Okay, More than one isnt. But, for sure my taste of music mostly fulfilled by IU's song. I dont know if that is because she wrote her own lyrics or because of the melody. Aha, must be both. Mana kan indah irama tanpa liriknya. Back to her song, Dear Name. it contain deep meaning and not easy to comprehend. Some say it is because of the Sewol Tragedy. But the lyrics somehow resonance to my untold feeling. The words that hardly uttered. Here are the lyrics translation. I advice you to read while listen to the song. especially during this performance. https://youtu.be/tANNOmdIwXs [Vers...

Sebab Bermula

Semua perkara bermula dengan sebab. Sebab yang baik atau sebaliknya. Seperti aku juga yang mula menulis blog, ada sebab yang memberi aku keazaman untuk aku menulis. Semangat yang datang yang bukan diperolok-olokan, tapi datang dari keinginan sendiri untuk menulis. Entry pertama 2019, setelah hampir setahun blog ini sepi tanpa coretan. Itupun setelah ada yang memesan. Maka teringat kembali kenapa aku memulakan coretan di platform ini. Ya. Permulaan penulisan adalah atas nasihat seorang kaunselor ketika di zaman asasi. Ketika itu, diri dilanda masalah yang membawa satu perasaan hiba serta lelah. Maka disuruh oleh kaunselor untuk aku mencari cara untuk mengurangkan sedikit berat perasaan selain dari menulis diari. Dari situ, dia dapati bahawa aku punya keupayaan menulis kata2 puitis yang mampu melakarkan perasaan hati yang sedang dirasai(ini yang dikatakan oleh kaunselor tersebut). Maka dia pun memaksa aku menulisnya di ruangan blog( masa menulis itu, aku hanya mencoretkan dibuku...

Why i still have a diary?

Lately, i do admit, i'm little bit cranky,  maybe due to PMS. Too sensitive and apparently, just say out loud what in mind (read: post in social media) whatever i want to say. Hey.. PMS is a real thing okay... But, it's weird, why i still can't move on with this unnecessary feeling? The negative vibe and should i say kesedihan hati yang melelahkan? Usually, after crying it would heal me little bit but why this time it don't go away. Then this one kesayangan hamba friend of mine ask me. "Ain, kalau rasa macam emotionally not stabil ain selalu buat apa?". Then i told her the list i usually did on how to recover back and nayh! One thing i did not done yet but still in my list. That was, write on my diary! Yeah so now, i would tell you why writing a diary is not a bad thing indeed, it relieve you from stress in certain way. As usually, my introduction would be lengthy and wordy..yeah..this is my blog tho.  Fyi, i do  have my diary and keep it w...

Okay internship di Hokkaido?

Imej
Hari ke-15 aku di Hokkaido Jepun. Baru hari ni rasa nak meluahkan segalanya di buku conteng aku ini. Seperti ada yang sesetengah yang tahu, seorang Ain (no more seketul) sedang berinternship di Hokkaido ketika ini. Tapi masa post ini ditulis, seorang Ain tak bersedia lagi nak berkongsi kisah suka dan duka dia pada orang lain. Oceh.. Jadi jika anda sedang baca post ini, seorang Ain telah pulang ke Malaysia dan meneruskan kehidupan belajarnya. Tapi perancangan Allah mana kita nak duga. Aku just merancang je. Okay, kalau nak cerita dari hari pertama aku di Jepun, maka boleh buat buku lah nanti, termasuk cerita berjumpa dengan Doraemon di Airport Chitose( Okay,dah cerita pun). So sekarang just nak cerita perkara significant je. Kalau ada orang tanya aku sekarang, kau buat intern apa di Jepun, Aku hanya berani cakap, kerja di hotel, kerja apa specifically?No i will not tell you guys. Sebab apa? Okay meh nak cerita. Masa sampai di Rusutsu Resort and Hotel which ...

Menagih kembali kasih tuhan.

Derap langkah diiringi alunan azan berkumandang dari masjid. Mulut bungkam, hati karam. Karam dalam lautan perasaan sendiri. Tidak pasti apa perasaan yang sedang di alami, cuma yang pasti jiwa diulit tenang mengikut langkah kaki. Langkah demi langkah, sampai juga ke destinasi. Terus diangkat takbir mengikuti imam. Alunan bacaan Al-Quran bergema, mendodoi hati yang leka. Tenangnya suasana di masjid, sehingga seakan terdengar siulan-siulan angin yang membelai pipi. Nyaman.. Mata terpejam tak bermakna perasaan itu diam. Terlalu banyak rasa yang sedang disulam. Kerna diri tak pasti, masih berpeluang lagi kah, merasai nikmat sebegini. Betul. Perkara baik itu, akan selalu dirindui. Sama seperti orang yang baik, akan sentiasa disayangi. Manusia itu, cubalah berlari sejauh mana mencari ketenangan, sesibuk mana dengan urusan keduniaan, tapi nanti sampai satu keadaan, kita sendiri akan kembali menagih kasih tuhan. Nota kaki: Suasana Tarawikh di UIA akan sentiasa dirindui....

Ukhuwah yang bertaut

Imej
Siapa sangka pertemuan di Masjidil Haram yang sebentar mampu menjalinkan ukhuwah yang bertaut sehingga ke tanah air. Ceritanya bermula saat kami sekeluarga sedang berehat di kawasan masjid sambil melepaskan dahaga meneguk air Zam-Zam sejuk. Sedang asyik melihat gelagat anak Arab yang begitu baik hati memberi air Zam-Zam kepada orang, kami disapa oleh seorang wanita. Kelihatan seperti sudah melewati umur separuh abad. Nenek tua itu seakan 'blurr', itu bahasa mudahnya. Lalu ayah bertanya, "Makcik dah selesai buat tawaf umrah?" Sambil memandang seakan-akan mencari sesuatu, nenek itu menggelengkan kepala. "Ah sudah, ni mesti sesat atau terpisah dengan ahli keluarga" getus hati aku. Telahan aku benar, nenek itu terpisah daripada anak lelaki nya ketika hendak melakukan solat Subuh.   Usai solat, kelibat anak lelakinya tidak kelihatan dan dia termangu. Padahal dia belum selesai melakukan tawaf serta saie bagi menyelesaikan umrah wajibnya. Ini kerana kami ba...