Tentang Cinta
Sebelum memulakan bicara di ruangan Kertas Kosong ini, aku membaca semula coretan-coretan yang dah aku lakarkan di sini. Aku bersyukur kerana aku mampu meluahkan perasaan dengan kata-kata. Dibaca semula coretan tentang kematian orang kesayangan aku, Cik Tapa... Ya sampai sekarang aku dan sepupu-sepupu masih tak mampu memanggil arwah cik tapa, kami lagi selesa memanggil nama sahaja, mungkin tanda sisa rindu sentiasa ada.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, arwah pergi tapi bukan kenangannya, sehinggakan minggu lepas saat aku dan ibu menunggu ayah & adik lelaki aku membeli barang mereka, sambil menunggu di ruangan barangan lelaki, ibu tiba-tiba bersuara, "ibu kalau tengok barang2 lelaki ni, masih lagi teringat nak belikan ke cik Tapa".. aku tahu, tak pernah sekalipun ibu tak merindukan adik kesayangannya. Tapi aku berlagak macho dan gagah, hanya senyum dan bertanya, "ibu selalu ye hadiahkan cik tapa barang macam ni dulu?". Padahal, aku juga merindukan Cik Tapa. Moga tenang arwah di alam sana. Tunggu nanti kedatangan kami.
Tak merancang untuk memulakan entry blog tahun 2020 dengan mood sedih, tapi perkara ini juga ada terkait dengan apa yang aku ingin coretkan nanti. Iaitu. Cinta.. Betul, mana kan sedih jika aku tiada rasa cinta terhadap Cik Tapa, jadi semuanya berkisar tentang cinta, tapi jenis cinta apa yang kita cari dan dapat kembali. Cinta itu banyak darjat dan tidak cuma tertakluk pada cinta lelaki-perempuan.
Meniti usia dewasa, dah banyak jenis cinta yang aku perolehi, tak kurang juga, cinta yang aku beri. Ada yang disambut dengan hati yang terbuka, namun tak kurang juga yang sekadar mempermainkannya. Semua itu, mengajar aku untuk terus memberi cinta. Memang ada kalanya sukar, mana kan suka jika air susu dibalas dengan air tuba? Malah air tuba itu sebenarnya racun. Namun, cuba di google, masih ada juga kegunaan air tuba yang mampu menguntungkan sesetengah pihak. Ah ! Cukup lah Ain nak berfalsafah bagai. Hakikatnya, "air tuba" itu menyakitkan.
Baiklah, bukan niat untuk aku memburukkan cinta. Malah aku kini sudah mula mengubah persepsi aku terhadap cinta. Sebarkan cinta untuk menerima cinta.
Jadi baru-baru ini, aku menonton banyak movie Jepun ber genre cinta. Ya kalau sesiapa biasa menonton movie cinta Jepun, pasti dapat membayangkan jalan ceritanya. Agak cliche dari segi pengakhiran cerita, tapi konflik yang berlaku pasti tak sama. Aku cuba menganalisis dan membandingkan cerita-cerita ini ( cubaan untuk mengilmiahkan cerita ringan, hehe), rupanya, ada satu persamaan yang tersirat. Aku lihat, akan ada satu watak yang akan sentiasa setia untuk terus menyukai 'first love' mereka. Mereka akhirnya jujur dengan hati mereka, siapa yang mereka suka sebenarnya. Dan kebanyakan yang aku tonton, watak heroin lah yang begitu ' persistant ' untuk jujur dengan hati mereka. Ketepikan soal perigi cari timba. Cuma ingin di ambil pengajaran di sini. Cuba untuk terus jujur. Jujur dengan hati. Moga nanti orang yang menerima cinta jujur itu, akan bisa menyulam hamparan kejujuran berlandaskan maksud cinta sejati.
Baiklah, cukuplah seorang Ain menjadi terlalu cheezy, bercakap lagak sepertinya sudah tahu benar erti cinta. Nope. aku tak tahu dan akan sentiasa ingin tahu.
Terima kasih pada yang sudi membaca sehingga habis, Much love. 3.12 am

Ulasan
Catat Ulasan