Why i still have a diary?

Lately, i do admit, i'm little bit cranky,  maybe due to PMS. Too sensitive and apparently, just say out loud what in mind (read: post in social media) whatever i want to say. Hey.. PMS is a real thing okay...

But, it's weird, why i still can't move on with this unnecessary feeling? The negative vibe and should i say kesedihan hati yang melelahkan? Usually, after crying it would heal me little bit but why this time it don't go away. Then this one kesayangan hamba friend of mine ask me. "Ain, kalau rasa macam emotionally not stabil ain selalu buat apa?". Then i told her the list i usually did on how to recover back and nayh! One thing i did not done yet but still in my list. That was, write on my diary! Yeah so now, i would tell you why writing a diary is not a bad thing indeed, it relieve you from stress in certain way.

As usually, my introduction would be lengthy and wordy..yeah..this is my blog tho. 

Fyi, i do  have my diary and keep it with me safely. It's started during my secondary school, whenever i feel too angry or too sad, i will write in a paper. Spilling out all the words, feeling towards that piece paper and later, when i'm little bit cooled down, i'll throw the paper away, as a remark that i have forgiven that person or try to forget it (Fyi too, it's my initiative to control my temper as my primary school friend would know, i was once a brutal girl at school, siapa je yang tak pernah kena tengking dengan seorang Ain)  Later, i thought why don't i start to write it on the book so i can read back. And that is how it started. Phew,, done with the history,haha

Okaylah, tak payah speaking sangat la kan. Jadi apa kebaikan menulis diari ni?

1. It let  you be sincere with yourself (again english sis?)

Sebelum menulis diari ni, amat penting untuk sematkan dalam diri yang kita perlu berterus terang dalam diari. Maksudnya, jadi diri sendiri yang mementingkan diri. Engkau adalah watak utama dalam diari ni, jadi tak perlu nak fikirkan hati sesiapa. Luahkan, cerita semuanya. Jujur, ianya susah pada permulaan sebab dalam dunia luar, kita dah terlalu terbiasa bercakap dalam konteks untuk menjaga hati dan perasaan orang yang mendengarnya (ini bukan wayang dunia, tapi begitulah apa yang berlaku kan? Malah, semasa menulis entry ni pun, aku kawal cara penulisan aku. Ingat, manusia akan tunjuk apa yang dia pilih untuk tunjuk, dan manusia juga akan dengar apa yang dia pilih untuk dengar. Ye, aku manusia). Memang, dalam cerita yang kau akan tulis itu, ada melibatkan banyak watak dan perspektif, tapi cuba untuk satu masa ini (masa menulis diari), tulis dari perspektif sendiri. Sebab diari itu kau punya. Dengan cara macam ni, akhir nanti, kau akan rasa seperti ada seseorang yang begitu memahami diri kau. Ya. kau sendiri. 

2. It control your temper

Seperti aku sendiri, tujuan awal untuk aku tulis diari ni, adalah untuk mengawal perangai hot temper aku. Perangai cakap lepas, yang aku tahu akhirnya bisa mengguris hati kelak. cehh. Jadi dengan menulis diari ni, dekat situ lah, kau nak mencarut, nak sumpah seranah. It's up to you. Hei, orang kalau tengah marah dan sedih, mana boleh kawal apa yang diluahkan. Sebab tu Nabi sarankan bila marah, kita diam,. Tapi seorang Ain, mesti kena tulis, aku tak diam macam tu je, aku tulis dalam diari. Kalau tengah marah tu, aku tahu, aku ada diari yang menunggu aku untuk aku luahkan, teman setia pendengar masalah aku ( im looked like a psycho right now right? huhu. no. don't worry) Tapi aku memang treat buku diari aku tu macam kawan pendengar masalah. Believe me, nanti bila kau dah reda marahnya, kau baca balik apa yang kau tulis, kau pun mengucap panjang. Nasib baik tak luah secara lisan apa yang aku tulis dalam diari tu. Jadi senang cerita, kau macam boleh membaca semula kebodohan kau. Yup. menulis untuk merakam kebodohan kau. 

3. Reclaim your heart

Tapi, macam mana kau nak tukar kebodohan kau tu kepada sesuatu yang boleh mengubat hati serta kadang2 boleh memberi penyelesaian. Jadi ini tips untuk menulis diari. Bila kau dah luahkan semuaaa perasaan kau tu. perasaan yang kau rasa dunia ini tak adil, perasaan kenapa aku je yang kena masalah ni. Akhir sekali before tulis xoxo, ahakz >.<  . Pastikan ada ruangan untuk kau muhasabah, ini kes kalau masa kau tulis diari tu, kau tak mengantuk sangatlah, haha, Yup, tulis diari ni akan menyebabkan kau mengantuk, lagi-lagi kalau tulis sambil dengar lagu IU. *iklan sebentar.

So, dekat ruangan tu, kau kena reclaim your heart back la, ponder back, kenapa Allah bagi kau ujian@rasa marah@rasa sedih masa tu. Sebab akhirnya,dalam hati manusia itu,  sudah menjadi fitrah untuk kita menyedari bahawa apa yang berlaku itu, pasti ada sebab disebaliknya, senang kata pasti ada hikmah. Paling cikai pun, sebab kalau tengah marah sangat, tulis moga Allah bagi kekuatan untuk kita maaf kan orang tu (sebab kau tak boleh maafkan lagi kan).

Susah ye nak faham?  Meh bagi contoh lain. uhuk. Macam ni. Saat kau rasa, kenapalah aku boleh terjumpa dengan orang yang menyakitkan hati aku. Kenapalah wujud orang macam ni, jadi dekat ruangan muhasabah tu, kau tulis lah, Ish, Allah baru bagi kau sekali ni jumpa dengan seorang yang menyakitkan hati, habis selama ni, Allah dah pertemukan kau dengan insan-insan baik, insan-insan memahami. Jadi, Allah nak ajar supaya diri kau untuk tahu menghargai insan-insan baik disekeliling kau. Tak kan tahunya hari cerah jika tiadanya malam. Tak kan tahunya sihat jika tiadanya sakit.



Jadi inilah sebabnya kenapa tulis diari boleh juga bawa manfaat untuk kau. Disamping kau merakam semua kebodohan kau, ianya seakan merakam cerita hidup kau, cerita yang tak difilemkan. Okay, sis dah mengantuks jadi sampai sini sahajalah nak berleternya. Adios.

P/s: Ada lagi menyimpan diari zaman di PLKN. Haha, bila baca balik, memang geleng kepala, apa benda laa nak acah cinta monyet sangat di PLKN. Eh.

Btw, amat mustahil lah kau mampu menulis diari hari2 dengan jadul padat ya amat, balik kerja dah kepenatan. Jadi, menulis diari itu tak perlu setiap hari (macam yang english teacher selalu buat, suruh hantar journal setiap hari, sampai cerita kau makan apa pun dah membosankan). Tulis apabila perasaan kau dalam mode 'terlalu'. gembira atau sedih.



















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Hotel di Hokkaido lebih mesra muslim berbanding di Malaysia?

Tunggu sekejap wahai kasih ~