Assalamualaikum..
Haa.. kita bagi tajuk bakar line sikit hari ni.
Masa dulu aku intern dekat Hokkaido, adalah berpeluang beberapa kali bermalam dekat hostel2 di sana. Hostel eh, hotel tak mampu, kecuali Westin Hotel sebab itupun masa ibu ayah datang, kita ambik la peluang dapat merasa hotel mewah sikit, haha itupun rezeki dapat half-price sebab low-season. Tapi hostel dekat sana pun harga macam hotel dekat Malaysia, dah la kira per kepala. So rakyat Malaysia janganlah gatal2 nak bawak toto pulak buat perangai macam menginap dekat hotel di Malaysia kalau datang Jepun (tapi bersyukur jugak hotel di Malaysia ni tak strict sangat.haha)
Jadi aku nak share sikit berkenaan hostel2 yang aku pernah bermalam, ada 3 hostel yang aku pernah menginap dan hostel ni mesra muslim okayy. Sebabnya? Sebab diorang sediakan peralatan memasak untuk orang Muslim. Jadi diorang asingkan peralatan masak khas untuk orang Muslim. Ada sesetengah tu, siap ada kunci lagi, jadi kena mintak dekat receptionist.
Aku masa booking dekat booking.com tu, honestly, tak cari pun yang mesra muslim ni, asalkan murah & selesa. Tapi rezeki lah masa tu, lebih pada rezeki ibu ayah aku rasa, sebab hostel yang mesra muslim ni dapat masa diorang datang lawat aku dekat Hokkaido. Masa aku pergi Sapporo & Tokyo dengan kawan2 Orange Squad tu, tak ada pulak dapat yang mcm ni. Hahahah. Padahal kau duduk Net Cafe & tent style hostel kan ain, memang tak lah nak ada asing2 ni.
Okaylah, nasib baik aku jenis suka snap gambar, so ada lah contoh & bukti nya.
1. Khaosan Sapporo Family Hostel, Sapporo.
Ha, peti ais pun asing okayy. Dan yang dekat hostel ni lah dia kunci almari tu, tapi sebab aku bermalam sorang je waktu ni, & memang tak plan nak masak, so tak mintak lah dia bukak. Lagipun rezeki aku dapat jumpa Cina Malaysia menginap hostel yang sama, diorang dah nak balik, jadi ada lebih maggi cup, semua dia bagi kat aku, ada lah 4 cup kot. Ouh ye, aku bermalam kat sini sebab esok awal pagi nak sambut family aku landing dekat Chitose Airport . Excited nak jumpa, so tekad lah pergi sorang2 dari Rusutsu ke Sapporo dan ke Chitose. Tapi pengalaman mencabar macam ni lah yang kita cari kan.
Hostel ni best lagi satu sebab ada mesin coffee maker besar gedabak dekat dapur dia, Uwa.. jakun aku, free pulak untuk customer. Dan tak pelik lah hostel ni agak advance, sebab dah diiktiraf dengan (Halal Media Japan) HMJ. Nanti kalau datang Sapporo lagi, hostel ni memang no.1 dalam list (InsyaAllah.. cepat aminn kan, mana tahu pergi dengan husband pulak. haha)
Suasana dekat dalam modern, tapi dekat luar masih kekalkan ciri tradisional, ada kayu2 tu aaa comel..
2. The Stay, Sapporo.
Hostel ni aku duduk dengan family aku masa malam pertama diorang bermalam di Hokkaido. Yang ni dia tak kunci so boleh ambil je lah. Dekat sini aku guna periuk dia sebab masa tu nak rebus kentang untuk sarapan kitorang. Macam biasa, ayah kalau nampak buah@ubi2 dekat kedai tepi jalan, dia akan beli la..Lagipun, kentang dekat Hokkaido masa musim panas memang sedap ouh.. Tapi aku lupa dah rasa dia macam mana, so tak boleh nak terangkan. Haha!
Siap ada self-service laundry lagi. Ouh, tapi hostel ni tandas dia asing jadi ibu ayah macam awkward sikit lah, Hahaha. tapi nak jimat kan, Best apa duduk hostel ni. acah backpacking!
3. Khaosan Chitose Family Hostel, Chitose
Okay dekat sini aku tak tahu kenapa aku asyik tak snap gambar. Padahal 2 kali duduk sini. Mula2 masa malam terakhir ibu ayah dekat Hokkaido, sebab hostel ni dekat dah dengan airport. Kali kedua waktu aku sendiri dengan kawan2 lain menginap sini malam terakhir kami dekat Hokkaido. Okay, waktu ni lah yang aku jumpa dengan makcik pakcik dari Malaysia yang masak kan nasi lemak tu.
Hostel ni pun ada sediakan peralatan masak asing. Sebab brand Khaosan family ni, jadi macam percaya lah dengan kualiti penginapan dia, ha gittew.. Tapi tadi aku google, kata dah "permenantly close" dekat website. Mungkin sebab Covid ni kan. Omo..
Ni gambar aku ambil dekat website dia. Ha.. satu ciri persamaan Khaosan dekat Sapporo dengan Chitose ialah ada common room boleh lepak2 macam ni. Best woah landing sambil usha orang. HAAHAHA
Okay, itu saja cerita berkenaan hostel di Hokkaido yang bagi aku ada ciri2 mesra muslim atau "Muslim Friendly". Tapi ni pengalaman aku sendiri dan tak semestinya sama dengan orang lain.
Disebabkan tengah mencari journal2 berkenaan Muslim Friendly untuk tesis aku ni, maka datanglah idea nak menulis blog. Tulis tesis entah mana. Haha. Doakan saya dapat siap kan tesis & graduate dengan jayanya dan dapat Graduate On Time (GOT). Cuak jugak covid-19 ni bagi virus malas yang teruk untuk aku.
Berkenaan persoalan tajuk blog ni, mengikut bacaan aku yang sedikit ni, bagi aku hotel di Malaysia lebih "muslim friendly" lah ialah sebab Star Rating untuk hotel 3 bintang dekat Malaysia ni pun mesti ada kiblat, kalau bab peralatan masak tu, aku tak pernah menginap backpackers hostel dekat Malaysia yang sediakan dapur jadi tak dpaat nak bandingkan. Kalau yang tak sediakan sarapan pagi tu selalunya tak ada lah dapur, macam Capsule hotel dekat TBS. Tambah pulak sekarang ni Islamic Tourism Centre(ITC) baru perkenalkan Muslim Friendly Accomodation Recognition (MFAR) program, sama macam star rating hotel tapi ada dimasukkan garis panduan berkaitan muslim friendly.
Tapi tak dinafikan, Jepun pun sangat giat nak menjadikan negara mereka mesra muslim. Kalau tidak, masakan aku dapat pergi intern di Hokkaido. Itu antara program2 mereka untuk menarik pelancong Muslim datang ke tempat mereka. Ni aku pun tak habis2 cerita pasal Rusutsu, so dari situlah orang Muslim tahu dan tertarik nak datang ke sana. Bukan Muslim je, orang Malaysia.
Masa aku intern dekat Rusutsu pun, ada 2 kali je terserempak dengan pelancong rakyat Malaysia. Pertama kali masa jumpa family cina, kali kedua masa jumpa Kak Ila, itupun sebab dia baru lepas bawak tour group dekat Sapporo, jadi dia ni nak explore lagi tempat pelancongan apa yang ada berdekatan Sapporo. Maka berjumpalah kami di Rusutsu. Pertemuan dengan Kak Ila ni pun aku rasa satu rahmat Allah juga lah. Hehe.
Baiklah banyak sudah bebel. Terima kasih kerana membaca. Di doakan moga semua baik2 sahaja. Kalau bosan baca, maaf lah ye, lama tak menulis.
Next entry, aku nak share pasal pengalaman aku bermalam dekat Net Cafe Jepun pulak. Nantikan..~ oceh
Ulasan
Catat Ulasan