Sebab Bermula
Semua perkara bermula dengan sebab. Sebab yang baik atau sebaliknya. Seperti aku juga yang mula menulis blog, ada sebab yang memberi aku keazaman untuk aku menulis. Semangat yang datang yang bukan diperolok-olokan, tapi datang dari keinginan sendiri untuk menulis.
Entry pertama 2019, setelah hampir setahun blog ini sepi tanpa coretan. Itupun setelah ada yang memesan.
Jadi, sejarahnya blog ini, kuat keazaman datang setelah aku pulang dari trip ke Aceh. Terkesan dek cerita dan pesanan2 ikhlas dari mangsa tsunami, seakan terbit rasa keinsafan. Setelah menulis, aku rasa puas dapat berkongsi. Konon untuk dijadikan travel blog. Harapan...
Makin lama menulis, aku jadi seronok. Lebih2 lagi bila crush sendiri (pada masa tu) pun ada menulis blog. Si dia membaca, dan ada juga kadang2 memberi komen. Dan aku juga berbuat demikian. Pokoknya, aku tahu, ada yang suka membaca coretan dan bebelan aku. Tapi lama kelamaan, sebab mengapa aku jadi semangat menulis, sudah hilang.. Dek kesibukan jadual masing2 dan status crush makin pudar menjadi crusheD, atau boleh juga aku katakan, platform sosial media lain seperti Instagram & Twitter lebih memberi kepuasan untuk berkongsi cerita seharian kerana kita pun dapat tahu gerangan siapa yang melihat status2 yang dikongsi.
Ah! jadi aku mulakan ini hanya sebab responsif dari orang? Jadi kalau tiada yang membaca , kau jadi hilang semangat mahu menulis? Ya. Aku akui dengan perasaan malu. Tapi, bukan kah kebanyakan penulis juga begitu? Menulis kerana ada yang ingin membaca. Betulkan jika salah.
Jadi, ingin aku akui juga disini, entry ini juga mula ditulis pada saat ini, kerana aku tahu ada yang rupa-rupanya masih membaca coretan2 aku. Terima kasih kerana mengingatkan. Adakah aku sudah kembali temui sebab untuk aku lebih berazam untuk menulis seperti mana pernah aku alami dulu? Mungkin boleh beri jawapan...
Jadi, ingin aku akui juga disini, entry ini juga mula ditulis pada saat ini, kerana aku tahu ada yang rupa-rupanya masih membaca coretan2 aku. Terima kasih kerana mengingatkan. Adakah aku sudah kembali temui sebab untuk aku lebih berazam untuk menulis seperti mana pernah aku alami dulu? Mungkin boleh beri jawapan...
Jadi setelah tadi aku skroll ruangan All Post yang memaparkan entry2 yang telah di post, atau masih draft, ah, rupanya banyak yang masih mempunyi status Draft. Ada yang ditulis separuh jalan, ada yang sudah siap ditulis, tapi seakan tak bagus untuk dipublish, dan ada juga yg hanya mempunyai tajuk, ruangan entry nya, KOSONG. Ya betul, aku mempunyai kuasa untuk mengawal apa yang di post dan tidak. Malah, entri ini juga adalah kawalan cerita yang aku pilih untuk kongsi. Maka, moral of the day, jangan terlalu taksub dengan apa yang dilihat dan dibaca tentang seseorang hanya dari media sosial. 1 post yang dikongsi, 1000 kisah lagi yang disimpan. Itu formula.
Jadi, cuma berharap semangat menulis blog akan datang kembali. InsyaAllah...
Jadi, cuma berharap semangat menulis blog akan datang kembali. InsyaAllah...
Ulasan
Catat Ulasan