Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Zaman sekarang, kalau terus merungut je memang tak guna. Bak kata Rashid,  kenalah jadi bijak. Cari alternatif untuk mengambil setiap peluang yang ada. Baru boleh jadi baik macam Rashid. Haha. Apa2 lah zaman sekarang. Rashid pulak jadi idola.

So, hari ni sis nak kongsi berbagai-bagai informasi untuk menyahut cabaran para pemimpin kita bagi merebut peluang keeeemasan yang dah disediakan.
Apa dia? Basically informasi ni berkaitan dengan pengangkutan awam yang ada di Malaysia ni. Ha..Malaysia terus. sebenarnya lebih tertumpu di area Kota Kuala Lumpur

1. KTMB i-Card Students
2. Kad Konsesi Pelajar/ OKU/ Warga emas
3. GOKL free ride bus

Meh lah kita hadam satu-satu topik ye.. Btw, ini hanyalah perkongsian sebenar dari sis

1. Nak apply kad ni ada syarat dia. So. sis copy and paste je info2 yang kalian dapat kat wassap tu tapi ada sedikit perubahan mengikut latest information yang sis tahu

-Boleh buat di KL Sentral (kaunter 8 & 9 KTM Antarabandar) @ dekat dengan KFC level 2 
-Datang awal sebab limit 300 sehari boleh mendaftar. (Kaunter buka 8.30pagi)
-Yuran tahunan RM31.80 termasuk GST
-Untuk komuter 50% diskaun.
tapi untuk perkhidmatan Intercity, ETS  & Komuter terpilih sahaja. sahaja tu yang sis tak figure it out lagi
-Untuk ETS 40% diskaun 
-Surat pengesahan drpd universiti/kolej (boleh download drpd website KTMB)
-Isi borang
-Salinan kad pengenalan & Kad pelajar  sahkanlah sekali salinan ni
-Kad siap dalam 10 - 30minit (bergantung kepada berapa ramai org)

Tapi sekarang ni KTMB memang tengah buat promotion 50% untuk pendaftaran. means kalau kita daftar within 4 Jan 2016- 4 Feb 2016, perlu bayar lebih kurang rm 15 

Sebab ni jugaklah sis beriya nak buat kad nye. Tapi nak dijadikan cerita. Sis datang masa tu around 11 pagi kat Kl Sentral, terus pergi kaunter. Huh, Rupa-rupanya kaunter dah tutup sebab dah 300 pendaftaran. Melepas. So sebenarnya sis pun tak buat lagi. Just nak inform korang je. Lepas ni kena datang pukul 8.30 pagi lah weih. baru-baru ni ada tanya budak UIA ni, dia datang pukul 9 pagi dah no 200 lebih. Lepas siap daftar, dia blah kejap and pukul 4 ptg dia datang ambil kad. Kau rase...?

Mula2 tak teringin pun nak buat kad ni. Rumah bukan kat area utara, Perlis ka, Penang, ka, perak ka, Pahang je pun. Malah tiada buah hati pun duduk di sana. Upss. Namun demi menyahut kempen Railway Tourism (boleh refer link ni http://malaysiarailwaytourism.weebly.com/ )  yang baru2 ni diwarkan-warkan, dan sis juga merasa teruja nak touch down Ipoh ala2 backpakers konon nak tengok mural art, nak jejak kafe2 hipster(jejak je, tak sure makan ke tak, confirm mahai naa), maka gagahlah nak buat. Tapi sebab cubaan haritu tak berjaya. maka sekarang hanya meneruskan kerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa dan key-in data SAPS budak2 form 1. Sis pasrah. 

So, nak informasi lanjut, boleh google more dekat website KTM ye ( www.ktmb.com.my /. Dan mohonlah print lebih awal semua dokumen yang diperlukan untuk daftar kad tu memang boleh mintak borang di kaunter tapi nak cepatkan masa.
 Borang ada 2 jenis. Borang pendaftaran dengan surat pengesahan pelajar
Tak kan nak tunjuk je muka kat kaunter and kata " Encik tak nampak ke muka saya macam student UIA?". Maka tidak akan dilayan. sekiann


2. Dan saat yang ditunggu-tunggu. Kad konsesi 50% off..Yeayy.. Kenapa sis yeay sangat, sebab ada kisah disebaliknya. So, kita senaraikan dulu apa yang perlu dilakukan untuk buat kad ni ye.

-Perlu dibuat di LRT Pasar Seni 
-Bayar RM10
-Sertakan surat pengesahan drpd universiti/kolej
-Salinan Kad Pengenalan & Kad Pelajar beserta pengesahan
-Isi borang
-Ada sesi bergambar utk kad
-Kad siap dlm masa satu minggu
-LRT Pasar Seni buka pd hari bekerja, termasuk Sabtu sampai 4ptg. Cuti umum tutup.
-Diskaun 50% untuk semua LRT, bas dan monorel.


Okay gais, meh nak bagi tips ni. pertama dan selamanya. pastikan surat pengesahan universiti tu adalah surat sah yang ada headline, jangan main print atas kertas biasa je. If anda students UIA, boleh minta di AMAD atau General Office masing2. Dan paling busuk pun, tarikh surat pengesahan mesti 2 bulan dari tarikh apply. Paling busuk kot abang kaunter tu guna ayat dekat sis haritu. 
Kisahnya, kad yang ni pun sis tak berjaya buat. SEBAB!. 
Surat pengesahan pelajar tu, sis main print je atas kertas a4, oleh sebab dah kamceng dengan abang Hazim (bukan nama sebenar.haha) dekat General Office maka sis suruh je dia print surat yang bertarikh bulan Ogos atas kertas a4. Abang hazim dah tanya dah, Boleh ke surat ni. Sis yang nak cepat masa tu sebab nak balik rumah dah terus kata, "ala, boleh je.." 
Tapi end up, sis sakit bahu mengusung backpack berat bersempena cuti semester ni, tanpa mendapat belas ihsan dari abang kaunter LRT tu. Tandatangan pengesahan dekat salinan IC dan Student card pun dia teliti betul2, nak tandatangan yang ASLI. aigoo.. Banyak jugak cekadak dia. bukan nak mengomel ke apa. Tapi dah sah2 surat tu menunjukkan sis budak UIA, tapi dia nak jugak yang atas kertas keras macam sijil and ada warna UIA. Tahulah part of system but you can considered kan? Tak nampak ke muka Sis ni muka UIA? Habis nak letak keris kat atas kepala. Okay Ain... you are overboard now.. 

Maka sis pun balik ke rumah dengan hampa. Ha, lupa nak habaq, lepas dah isi borang, and siap urusan pendaftaran (which i haven't gone through the process yet). Kena tunggu 1 week after baru boleh collect. Tapi jujur cakap, memang kalian kena spend untuk buat kad ni seharian kut. Mula2 korang terpacak pukul 8pagi kat Kl Sentral, then dah selesai, pergi pulak rushing ke LRT Pasar Seni untuk buat kad konsesi ni. 

Kalau ikut hati, tak nak dah buat with those hanky panky procedure, tapi 50% kot.. dahlah tambang naik agak mendadak, jadi sis kena ambil peluang nih!. yeah, Berkat ajaran Rasyid yang tak galakkan mahasiswa/ mahasiswi merungut tapi bertindak. 

Btw, harap lepas ni pihak LRT mohon kemaskan sedikit sistem untuk bagi kad yang dah siap. Sebab haritu tengok, macam kelam kabut sikit. Kesian tengok pekerja tu kena cari SATU-SATU kad untuk setiap orang (sis yang tengok pun panas). Kad beratus-ratus kot. Sangat makan masa, walaupun mereka dah susun ikut tarikh ambil(perhaps), tapi better lah buat no siri untuk each card, Kan senang. Macam sistem filing dekat klinik or hospital tu. Sangat efisyen.

Ni gambar borangnya. Abang kaunter tu bagi sis bawak balik borang ni je. 
Dia suruh cuba next semester.

BERITA GEMPAR TERBARU

latest update untuk dokumen kad konsesi - 25/2/2016. dapat dari group whatsapp

Sesiapa yang nak buat kad konsesi lrt
 Pastikan anda ada

1) expected to graduate form@letter dari pihak universiti anda. if guna confirmation letter, make sure specify it to pihak lrt. kalau tak, confirmation letter tak akan ada tarikh masuk universiti dan tarikh dijangka tamat belajar. kalau tak ada tarikh ni, permohonan kad konsesi akan ditolak

2) Salinan kad matrik dan salinan ic. make sure disahkan dengan cop dan tandatangan <-- ni ain bagitahu awal dah kan
 Bertabahlah~

3. Next! Ini yang paling best. Bus free around KL dah ada sekarang!!. Sementara kalian tunggu kad KTM nak siap tu ke. Boleh lah naik bas ni jalan area KL. Dari Kl Sentral pun ada bas GOKl nih.
Tak ramai yang tahu pasal ni lagi. Buktinya, masa sis naik dulu dengan kawan, ramai warga asing yang naik berbanding Malaysia. Sis pun tahu bila cousin yang inform. Rasa tak bergunanya diri selaku student Tourism yang sepatuntnya alert tentang  ni.

Bas ni ada 4 routes semuanya 


Purple Line & Green Line , Red line & Blue line

Nak info lebih lanjut, boleh google di www.gokl.com.my

Sebab gambar atas tak clear sangat kan. Tapi nak inform awal, yang Terminal Tun Razak tu sebenarnya nama lain bagi stesen bas pekeliling. haha.banyak kut nama pekeliling. kalau LRT nama dia Stesen Titiwangsa, tapi area stesen bas pekeliling jugak sebenarnya.
Haritu dah naik bas yang Green line sebab naik dari area KLCC. so sis dengan kawan sis sorang nih yang suka travel and adventure (hai aisyah!! if you read this.haha) naiklah bas pusing satu routes. Adalah jugak around 30-40 minutes. plus jalan sesak.KL kan..sebab tu lah SPAD buat inisiatif bas GOKL ni jugak. Nak galakkan warga kota naik public transport. Come on guys! Gunakan apa yang dah disediakan ni. terutama students. 


so.here are GOKL bus.senang je nak trace bas ni, semua colour purple. Cuma nak bezakan kena tengok dekat headline depan bas. Ingat,,,ada blue line,red line, purple line, and green line. 
kenapalah dia buat purple??rasa nak peluk je bas tuh. 


So,before nak chow, sis nak share sikit current condition dekat stesen bas pekeliling. sekarang ni tempat wudhuk wanita di stesen bas dah direnovate. Tak payah lah terbongkok-bongkok nak cover aurat.sebab sekarang dah fully covered dekat bahagian ambil wudhuk. Much selesa.

Tara... paip pun tak leaking macam dulu..



ini pulak, salah satu operator bas yang ada di pekeliling. Bus Bulan Restu. Sis selalu naik bulan restu sebab bas ni terus straight ke temerloh and ada single seat. Sekarang ni kan tengah viral pasal perempuan kena raba sebab duduk sebelah lelaki. Sampai diajukan pisau. Naya weih. Tapi nak pesanlah, in case korang dapat duduk sebelah lelaki, tolonglah,,, cari cara nak tukar seat dengan org yang duduk lain2 jantina jugak. Janganlah cari yang dah kahwin. Jangan nak segan sangat, mungkin ada jugak orang yang mcm keadaan kita masatu, tapi masing2 segan nak tukar tempat duduk. Hey, siapa selesa duduk sebelah orang lelaki yang kita tak kenal?? Just try asking. Kalau dapat pakcik bas yang baik sikit, Dia yang akan suruh tukar seat
(Yeah, teringat dekat pakcik bas trans dari temerloh ke melaka dulu, dia baik sangat).
Kalau tak dapat jugak, tawakal,baca ayat kursi, buat muka ketat, jangan cover ayu eh, korang jangan nak cari jodoh sangat kalau dalam bas. Safety first!
Apa2 pun. sentiasa berdoa pada Allah moga diberi perlindungan dimana-mana.

Petua nak naik bas ni, satu je, jangan malu tanya, kalau nak pergi toilet, suruh je pakcik tu tunggu sat ka, suruh dia berhenti kat RnR ke, Pakcik bas insyaAllah boleh tolerate. Pernah sekali tu, suruh pakcik bas pick up kawan kat Tol Gombak sebab kawan tu ada paper, so dia lambat gerak dari UIA. End up, naik masa bas nak bayar tol.
Pernah jugak satu kejadian adegan kejar bas,bas mmg dah gerak sikit dah, nasib baik uncle tu perasan aku yang tengah mengah berlari ni., Uncle cina jual tiket ketawa je. Ala,kisah apa.. demi nak balik rumah kut. 
And lastly, ini petua kalau tiket bas dah habis en, selalunya time cuti raya ke apa lah, jangan terus balik, kauntim dengan pakcik bas, mana tahu ada kosong last minit. Jangan putus asa untuk tebalkan muka minta belas ihsan uncle bas. haha. 

Owh, dekat stesen bas pekeliling nih, semuanya bas arah ke Pahang. if i'm not mistaken lah. sebab arah timur yang lain sekarang berpusat di TBS. 

So, that's it. Assalamualaikum

BTW, alang2 cakap tentang jalan2, tourism Malaysia, inbound tourism.. maka di sini sis nak bagitahulah, sesiapa yang nak jalan2 ke Cameron Highland after this, bolehlah call my ayah untuk booking apartment di cameron. betul2 dekat Tanah Rata, apartment fully furnished, 3 bilik siap ada extra single bed berapa lapis ntah. nak buat family day sampai 3 family pun boleh ha..sebab boleh memasak. water heater confirm ada. Nak lagi rasa macam rumah, ayah taruk peti ais dengan kipas lagi kat ruang tamu. haha. kipas kat Cameron?? mencabar kesejukan namanya. Tapi barulah rare..

Boleh call no ni ye 0139842893- Tn. Hj. Yusri


  My handsome dad >.<

Ulasan

  1. apa maksud yang salinan ic ngan kad pelajar kena ada pengesahan tu? kena ada cop jugak ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengesahan tu means tandatangan yang ASLI.skrg kan ramai org guna tandatangan cop kan. But haritu abg kaunter tu siap tenung,utk pastikan betul ke sign original.harap membantu :)

      Padam
    2. tandatangan siapa nak kena ambik? just bawak salinan tu pergi amad ke? saya uia gak

      Padam
  2. owh..hai!..herm..saya amek sign DDSA(Deputy Dean Student Affairs) dekat general office. Maybe kalau pergi ke AMAD, akan ada kut yg sign. dia tak kisah rasanya, asalkan staff di uia. Try tanya AMAD masa amek surat pengesahan.

    BalasPadam
  3. Salam, nk tandatangan pengesahan staff uni la ni.. Adohai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.aah.dua2 kad kena tandatangan.mohon bertabah ye.inilah malaysia~

      Padam
    2. Wasalam.aah.dua2 kad kena tandatangan.mohon bertabah ye.inilah malaysia~

      Padam
  4. salam.
    saya nak tanya, university confirmation letter tu mesti 2 bulan sebelum ke? sebb saya baca kt syarat2 for application from Rapidkl website they want the latest confirmation letter. so how?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.memang perlu yg latest.tp maksud saya paling busuk 2 bulan(which abg kaunter tu cakap).means kalau contoh kita apply bulan ni kan(january 2016) dia boleh terima yg december2015 and jan2016.sis haritu sebab bg yg ogos punya >.<

      Padam
  5. nice entry sis.. aduh lecehnya nak buat kad2 ni, tapi harga murah..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah.if betul2 nak tlg,tak payah buat all these stuff.terus bg 50%..this is all propa je rasa kadang2.tp nak buat mcm mana.moh ler kita buat ramai2~

      Padam
  6. Sis.. Kiranya kalau nak g buat kad ktm tu..salinan ic n matrik tu mmg kena ada cop amad ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah. salinan ic and kad matrik kena ada cop dan tandatangan.tak kisah lah amad or daripada office kuliyyah masing2. senang minta dari kuliyyah sebab kat amad macam selalu ramai je. tapi haritu kawan ada pergi, dia kata masuk amad kata je nak cop tak payah amek number. tapi sis lagi prefer pergi office kuliyyah. Pengesahan tu nak confirmkan kita ni student uia je. harap membantu :) uia lah ni?

      Padam
  7. assalamwbt. sis. sy ade beberapa soalan.
    1. kalau kita minta sign pengesahan utk salinan ic dan kad pelajar itu dekat AMAD sekali dengan mintak surat pengesahan pelajar uia tu boleh ke ? AMAD layan tak kalau macamtu?

    2.lagi satu, proses2 yang sy cakap kat atas ni , kat AMAD ni makan masa tak ? berapa lama ye kalau makan masa? sebab na construct schedule bila boleh uruskan benda2 ni dalam satu hari. scehduled kuliyyah sy packed sem ni. aihh.

    3. apa maksud sis kata nak uruskan procedure ni makan 1 hari ? ada kena buat urusan ni di kl sentral ke selain pasar seni ?

    terima kasih sudi jawab nanti soalan2 sy. sy 1st year student. first time buat2 urusan y leceh camni. sy nak kena tanya2 orang y tahu jugak macam sis. terima kasih sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam hanie.

      1. to be honest, tak pernah pun berurusan dengan amad.sebab haritu pergi ramainya orang. mungkin hanie boleh pergi amad and tanya. sebab haritu sis pergi office kuliyyah je. tapi sepatutnya dia layan lah.sebab pernah baca kat iium online, surat pengesahan yang amek kat amad kena bayar rm1.

      3. urusan 1 hari bila nak setelkan kedua-dua kad ktm dgn lrt. sebab yg ktm tu pun kena tunggu number and waktu kad untuk siap pun depends on orang yg beratur nak buat kad jugak, yang lrt kena beratur panjang sebab proses lambat, kena tangkap gambar apa semua, kad lrt pun siap after 1 week.

      maaf ye tak dapat bantu pasal amad. next week kut baru nak try usha amad.nanti dah dpt info, i'll inform ye!

      Padam
  8. Hm....saya pun haritu dah pergi try buat. Tp kena reject sebab:
    1. guna confirmation letter yg kt myiium tu.
    2. xde tarikh graduate.
    3. kurang dari 6bulan tempoh pengajian. (sbb confirmation letter myiium tu dia cuma tunjuk utk satu sem je)

    hampa betu. pastu meluat tengok dia tenung cop&signature mcm pakar forensik. End up, saya balik dgn perasaan sungguh hampa. pastu diorg suruh saya sambung master utk dapatkn kad tu utk next2 semester.

    menyusahkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya confused jugak yg mana satu confirmation letter takut pernah ada tapi hilang. Macama mane eh nak dpt confirmation letter tu? - budak uia jugak

      Padam
    2. maybe confirmation letter yg brother maksudkan tu masa first nak masuk uia kot? takpe, sekarang ni jgn confius. pergi je dekat kuliyyah office atau amad. minta je confirmation letter yg latest. sebab saya cek semula haritu, dekat confirmation letter memang ada expected graduate. contoh ayat dia tulis "She is enrolled in Semester 1 2014/2015 and expecting graduate in Academic session 2017/2018". ni contoh lah. depend on tahun bila kita enrolled. harap membantu

      Padam
  9. Lagi satu kan, ada tak link borang permohonan ktmb-i, sbb kat website dia blank document je

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.ktmb.com.my/ bukak url ni. nanti keluar homepage. tekan je yg ada tulis i-card. nanti terus dapat dload borang

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis, bile ye tempoh valid lrt kad konsesi ni

      Padam
    2. sampai kita grad. sebab tu dia nak tahu kita expected to be graduated bila.

      Padam
  11. sis nak tanya. yg icard dengan kad konsesi pelajar lain ye? saya selalu guna ets je klu balik kg. saya stay pdg bsr. klu nak buat icard tu, borang yg dah di download tu boleh hntr dkt stesen brdekatan atau kena buat dkt kl sentral jugak?

    BalasPadam
  12. Salam sis nak tanya. Saya 1st sem 1st year uia student. Pasal kad LRT diskaun 50% tu kan, within 2 months the confirmation letter was issued kan? Bukannya 2 bulan dari tarikh saya daftar uia? Sebab kawan saya cakap hanya boleh apply within 3 bulan dari tarikh daftar universiti. It's been 3 months oredi :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry baru nak ter reply. Betul2 .. Bukan 2 bulan dr tarikh daftar uia, tp 2 bulan dari tarikh masa awak hantar borang tu. Contoh skrg bulan 8 en. So paling busuk pun surat bulan 6. Harap faham dehh.

      Padam
  13. assalamualaikum sis... maaf nak tanye...borang lrt tu nak dpt kat mne ye ? kat lrt pasar seni or ad laman web yg bleh dptkn borg tu mcm borang ktmb ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam. setahu saya kalau borang lrt kena ambil by hand dekat counter. tak tahulah kalau sekarang dah ada online.

      Padam
  14. Sis.. Sy nk tnya. Surat pengesahan sy dh ada siap tarih tamat bljr tp dia x tuju pn pd rapid kl. Agak2 diorg accept x

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa maksud tak tuju ye? maksudnya dia tak tulis surat tu kepada rpid kl ke? rasanya mmg general je kan surat tu.

      Padam
  15. assalamualaikum sis, nak tanya kalau saya budak asasi UIA .. boleh ke buat kad ni ? sebab sekarang baru habis sem 1 .... saya tak faham yang mengenai 6 bulan pengajian tu ... saya kena belajar dkt sini selama 6 bulan baru boleh buat kad ni ke ?? .

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam.slagi kita masih student, kita wajar buat kad ni.haha.
      herm.. saya rasa yg dimaksudkan 6 bulan pengajian tu. at least kita masih ada 6 bulan lagi masa officially as student universiti. bukan kena pastikan dah 6 bulan duduk dalam uni baru boleh minta. kiranya kalau budak dah nak grad lagi 2 bulan dia tak bagi lah kot.harap membantu

      Padam
  16. hai sis, surat yg dari pihak university/kolej tu yg mcm mna eyh, sya budak kolej. surat belajar kat kolej tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba try pergi ur college's office. tapi saya tak pastilah kolej punya sistem macam mana. maybe you boleh tanya yang bahagian hal ehwal pelajar, or any office yang related dengan administration pelajar. sebab ini ialah surat pengesahan sebagai bukti you budak kolej tu, so must be related dengan bahagian administration.harap membantu

      Padam
  17. sis nk tanya. kalau budak sekolah menengah atau rendah dapat buat tak kad ini?

    BalasPadam
  18. Assalam. 1) Kalau guna cop dan tandatangan office parents tak boleh ke?
    2) Kalau dah buat online, so perlu ke pergi KLSentral? Nanti dia sent email ke?

    BalasPadam
  19. Bagaimana syarat utk yg kurang upaya pulak utk buat kad ktm??? Mohon pencerahan

    BalasPadam
  20. ad alamat pnuh x pejabat rapid kl tu?? sy nk bt surat pngesahan pljr

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. sis nak about kad ktm ni, kalau dalam proses kad ktm ni dekat kl sentral, ade ape-ape bayaran dikenakan x , selain bayaran rm 10 ringgit kt pasar tani?

    BalasPadam
  24. sis nak tanya kalau kad ktm dah diluluskan nak bawa dokumen apa ye pergi kl sentral utk amik kad?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hotel di Hokkaido lebih mesra muslim berbanding di Malaysia?

Bukit Tinggi, Padang Indonesia (Hari 3) - 14 Ogos 2015