Si Tua Yang Boleh Harap
Assalamualaikum..
Dalam kesibukan sister nak study untuk final paper esok,tiba2 tergerak hati nak bersihkan sawang2 di blog ni.Tapi rupanya tak lah banyak sangat sawangnya.eh.
Terkesan melihat kesungguhan seorang pakcik(atau Atuk sebenarnya) yang selalu bungkuskan nasi kukus dekat kafe Mahallah Hafsah. Sebenarnya, pakcik tu dari dulu lagi dah tolong anak2 dia bisnes ni. Dulu mereka pegang tender dekat Mahallah Salahuddin. So, memang dari awal masuk uia selalu nampak atuk ni.
Pernah tengok cerita BobiBoy tak?? Kan ada watak Atuk dia yang bukak gerai tu kan? Ha... sister tengok, muka diorang lebih kurang. Dari segi pemakaian kopiah dah fracture muka. Nasib baik atuk ni tak pakai spectacle macam atuk boboiboy, kalau tak, dah sepanduk 2 rupa.
Tapi atuk di kafe Hafsah ni lain sikit. Dia dah pakai hearing aid, mungkin sebab faktor umur, jadi kenalah pakai untuk membantu pendengaran. Itupun kadang2 kena cakap kuat sikit kat atuk ni sebab maklumlah, huhu. Tapi sangat respect dekat atuk ni.
Dah tua, tapi masih lagi 'Si Tua Yang Boleh Diharap'. Kerjanya, bungkus nasi, bungkus sambal belacan dengan kari. Dan hari ni bertambah satu lagi tugas iaitu kena pulangkan duit baki. Sebelum ni bayar di kaunter je, tapi sebab hari ni ramai sangat kot.
Dan satu benda nak cakap. sister2 yang beli nasi kukus mesti behave je dengan atuk ni. Cakap pun lembut.. "Pakcik, nak tambah sambal lagi", "Pakcik, nak tambah sayur tapi nak kurang nasi".. Haha.. pe'el sister2 uia ni kadang2 demand jugak (Kadang2 sister ni lah yang buat jugak..huahua. ikut mood)
Dalam hati setiap kali tengok atuk ni..
" Mesti atuk ni banyak ceritanya. mesti atuk ni dah rasa zaman pemerintahan ramai perdana menteri dan sultan di Malaysia, mungkin dari zaman Tun Abdul Razak sampailah ke anaknya sekarang, Ha,,mungkin boleh interview pakcik ni tentang perbezaan dulu dan sekarang.Eh?.haha,"
"Tapi yang paling penting, mesti dah banyak ibadah, jasa yang pakcik ni dah mampu lakukan, sehingga saat dah tua begini, masih mampu membantu anak cucu dalam bisnes, masih mampu menyokong jatuh bangun keluarganya, moga atuk diberi rahmat dan dipanjangkan umur untuk terus berbakti dan memberi inspirasi, Ya, inspirasi terhadap anak muda yang seringkali mengomel, membebel, dan mengadu tentang kehidupan, Tapi saat melihat tingkah laku atuk, hati anak muda ini terubat, hati anak muda ini mula berfikir, sayang tenaga muda jika tidak digunakan kepada jalan yang betul dan berguna."
Teringat kata2 Imam Al- Ghazali.. ( Copy dari http://lenggangkangkung-my.blogspot.my/)
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Jadi sama-samalah kita menjadi insan yang sentiasa muhasabah. Jadikan ciptaan Allah, kejadian Allah serta alam Allah sebagai medium muhasabah untuk kita. Lihat, Muhasabah dan Aplikasi.
Seperti katanya Buya HAMKA "Alam ini manifestasi kekudusan zat Allah"
p/s: Teringat arwah atuk Jurami dan arwah atuk Marjan. Al-Fatihah. Moga mereka berada dalam kalangan insan beriman. Rindunya rasa nak ada atuk. Insan tua yang kita sayang. Sangat.
Ulasan
Catat Ulasan