SURAT UNTUK ANGIN

Assalamualaikum...

Hai Encik Angin.
Apa khabar kamu di sana?
Sudah lama rasanya tak dengar cerita
Mungkin kerana aku dah lama tak mengirim berita
Maaf.
Bukan aku sudah lupa 
Tak.
Tak akan pernah aku lupa.
Cuma kadang2 masalah di Tanah segala punca
Nak dengar cerita?

Mungkin masalah di Tanah ini tak sebesar  seperti Api.
Tapi kadang2 Air pun tak mampu nak hapuskan
Angin, kenapa dengan aku ini?
Kadang terasa sesak
Kadang terasa sebak
Dengan segala ombak yang mengasak
Sehingga seakan aku terpasak
Menyekat untuk aku bergerak

Sudahlah,
Berapa banyak lagi aku nak berdrama
Semuanya salah aku sendiri
Mahu tapi tak berani
Hendak tapi tak gigih
Tapi Encik Angin,
Bila berhadapan seakan terkunci
Segala cerita nak aku luahkan sekadar coretan ingatan
Entah mana bait-bait manis yang meyakinkan
Sehingga tidak terkesan hati dan perasaan

Sudah aku cuba, cuba nak luahkan
Sudah aku cuba, cuba jadi diri sendiri
Ternyata tidak mampu
Masa itu seakan mahu aku ambil kertas,
Tulis semua coretan fikiran
Nah, beri engkau baca
Selak setiap halaman
Agar kau tahu diri aku sebenar

Namun aku tahu,
Kalau aku terus begini
Mana mungkin mampu berdiri lagi
Kena terus berjalan dan berlari
Mungkin boleh terbang tinggi

Terima kasih Encik Angin
Sebab dengar keluhan aku
Moga terubat rasa rindu

Cuma satu aku mohon
Boleh encik tolong?
Bawa pergi kembali jerebu disini.
Encik Angin yang bawanya ke mari
Mungkin Encik Angin boleh bawanya kembali
Datangnya Encik Angin mungkin satu petanda gembira buat kami
Tapi boleh jadi satu ujian juga seperti di Tanah Suci







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Hotel di Hokkaido lebih mesra muslim berbanding di Malaysia?

Bukit Tinggi, Padang Indonesia (Hari 3) - 14 Ogos 2015