Tunggu sekejap wahai kasih ~

Tunggu sekejap.. wahai kasih..
Tunggulah sampai hujan teduh....
Mari ku dendang..
Jangan mengenang orang jauh...

Jangan pula..
Jangan tinggalkan daku sorang..
Tunggu sekejap kasih...
Tunggu..

Antara bait-bait lagu Tunggu Sekejap nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem
Sarjan Hassan..

Kadang2 lagu ini menjadi siulan aku tatkala merindui seseorang. Meskipun lagu ini ditujukan kepada kekasih bagi si adam dan si hawa.. namun aku lebih senang mengaitkannya dengan semua insan yang aku sayang. 

Baru2 ini, kita dikejutkan dengan berita kematian pelawak Yus Jambu@ Pak Yus. Kematianya yang tiba2 membuatkan ramai antara kita yang terkejut. Asbabnya kerana sakit jantung. Selepas itu juga, industri tanah air dikejutkan dengan kematian seniwati terkenal tanah air, mama Mariani. Asbabnya pula kerana barah usus yang dihadapinya setahun lalu. Dan semalam, masuk lagi dalam Whatsapp, bahawa Yang Mulia Putera Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim telah mangkat. Dan asbabnya kerana kanser hati. Moga roh mereka dicucuri rahmat.

Nah, itu baru sahaja kematian yang diketahui umum. Baru2 ini juga, ayah kepada seorang sahabat, meninggal dunia kerana Jangkitan kuman di paru2. Malah, tidak kurang dengan aku, masih terkejut dengan pemergian arwah pakcik sendiri. Cik Mustapha Kamal bin Jurami.

Allahu,, ramai mesti berkata. Orang baik selalu pergi dulu. Seperti Pak Yus yang terkenal dengan watak yang peramah dan menyenangkan semua. Seperti juga Allahyarham Tunku Abdul Jalil yang terkenal dengan sifat berjiwa rakyatnya. Sanggup mencemar duli melakukan aktiviti2 kebiasaan rakyat marhaen. Pakcik aku sendiri, amat menyenangkan wataknya. Sentiasa mengalah untuk mendamaikan apa2 perselisihan faham kecil antara adik beradik. Walaupun cik Tapa muda, tapi sudah memikul tanggungjawab menjaga kakaknya. Mereka yang aku sebut ini, insan yang disaat kematiannya, kebaikan mereka disebut-sebut.

Begitulah kehidupan, yang hidup pasti mati. Namun mati itu adalah permulaan baru bagi kehidupan yang kekal di akhirat kelak. Kehidupan akhirat yang kekal. Nah, tentang persoalan mengapa yang baik2 selalu mati awal? Suka untuk aku nyatakan jawapan bagi persoalan ini menurut penulis kegemaranku Ustaz pahrol Juoi. Ustaz pernah menulis dalam penulisanya. Sebenarnya, bukan insan2 baik ini mati terlalu awal, tapi sebenarnya, kita belum puas untuk menikmati segala kebaikan yang mereka berikan pada kita. 

Berbeza pula bagi orang jahat yang selalu membuat masalah. Kerana kita merasakan kesusahan akibat perbuatan jahat mereka, kita sudah tidak sabar untuk mereka hilang dari pandangan, supaya tiada masalah lagi yang mereka lakukan. 
Sekian. maka renung2 kanlah.

Al-Fatihah...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Diskaun Pelajar untuk KTM & LRT

Hotel di Hokkaido lebih mesra muslim berbanding di Malaysia?