Jejak Sejarah Kuala Selangor- 2/8/15
Assalamualaikum, girls and guys.
Setiap hari kita akan menempuhi cerita-cerita dan pengalaman baru kan? walaupun kadang2 pengalaman tu tak lah seindah yang kita nak, and boring sometimes(lagi2 kalau kau duduk terperap kat rumah je.. sambil menghabiskan sisa2 cuti sem). But thanks god! sebab every weekend my parents will get busy to attend any kenduri. Tak kiralah jauh ke dekat, so dapatla peluang keluar dari pagar rumah..haha, nampak tak diri ini tak keluar pagar rumah pun masa weekdays.
Tapi, banggalah kat ibu ayah, sebab mereka ni setakat yang aku kenal, memang akan cuba sedaya upaya attend kenduri saudara-mara dan sahabat2. dan selalunya kitorang akan pergi kenduri di Selangor, sebab asalnya kami ni orang selangor, tapi dari umur 6tahun dah pindah pahang. So, koi@kome@saya memang dah biasa makan Ikan Patin Masak Tempoyak..haha.
Apa kaitan kenduri dengan Jejak Sejarah nye cik kak oii,dari tadi lagi membebel,haha. Actually, minggu lepas , kitorang pergi majlis kenduri kahwin Sepupu Ibu belah nenek dekat Klang, Haa,, satu tabiat orang jawa ni, TABIAT??,, eh,, satu KEISTIMEWAAN orang jawa ni, majlis kenduri kahwin start malam sebelum hari kenduri yang dalam kad kahwin tu. Tanya jugak ibu, sebab apa jadi macam tu., erm, ibu kata sebabnya orang jawa ni kalau kenduri ajak semua saudara-mara, Bayangkan kalau nenek aku dah ada 12 adik beradik, ibu ada 12 adik beradik, haha,, bayangkanlah susur galur tu kan, kadang2 satu kampung tu ada perkaitan darahnya, nak cerita kena menuntut ilmu dengan boyot2(moyang kalau orang melayu) dulu.
Kenduri tu Hari Ahad, tapi sebab nak elak dari terkejar hantar adik balik asrama, ibu pun kata nak pergi hari sabtu malam ahad tu (adalah nikmah tak dapat gathering dengan kawan2 kat CFS PJ, sebab demam). So, pagi ahad oleh lah balik pagi ke Pahang, Tapi nak dijadikan cerita, ayah dengan bersemangatnya ajak kitorang pergi Kuala Selangor, sebabnya ibu tak pernah pergi. Kalau nak tahu Klang dengan Kuala Selangor tak lah jauh mana.
Kononnya nak makan mee udang banjir KS. bila dah sampai sana, ibu pun termasuk lah bab Perang Saudara kat Selangor, and keep on sampailah part cerita yang KS ni dulu pusat pentadbiran Sultan Selangor sebelum dekat Bukit Jugra, Banting dan Klang. Haha, kalau nak tahu, ibu dengan ayah sangat suka cerita2 sejarah kat kitorang, Memang moment ni aku rasa bestlah,sebab macam bawak buku teks sejarah dalam kereta. siap ada audio lagi,hahahaha.
Sampai di KS, ibu tiba2 teringin nak pergi Bukit Melawati. sebabnya, Bukit Melawati nilah tempat bersejarah di Kuala Selangor, Sejarahnya, bukit Melawati pernah jadi pusat pentadbiran Sultan Ibrahim. Siapa Sultan Ibrahim ni??, Bagindalah Sultan Selangor kedua selepas Sultan Salahuddin.
i just like this picture so much. Ni betul2 dekat bukit melawati, mula2 ingat nak wefie, tapi a good samaritan which is chinese uncle willing to help. Terbaiklah angle uncle ni!
masa mula2 sampai, memang x expect yang kawasan ni dah dimajukan macam ni, ibu ingatkan boleh naik bukit bawak kereta je, rupa-rupanya dah ada trem dekat situ.
Before tu, bolehlah membeli tiket trem kat kaunter tiket, haha, kalau aku datang time buat survey untuk tourism workshop, memang bangunan2 macam ni lah kami kena survey,condition macam mana, sistem pembelian macam mana, tapi nasib baik datang suka2, so tak payah lah buat benda macam tu,
Harga tiket rm5.30 seorang rasanya, gambar mana ntah, terdelete kut.
wefie bebeh, ramai orang cina lah, tapi bila tanya dari mana?
KL je rupanya, ingatkan orang tanah besar China..
Woaa.. macam nak masuk Hutan Larangan Hogwart.
My men with their ice-cream.
Ibu selaku guru sejarah dengan eksitednya nak bergambar dengan meriam. Ni meriam real eh, zaman dulu guna untuk serang musuh yang cuba datang dari arah laut. Depan tu lah Selat Melaka ye cik akak cik abang..
Look what we have here!? ada muzium sejarah owhh. Seriuosly tak tahu pun ada muzium atas ni. Ingatkan nak tengok rumah api je. Tapi rezeki ibu, pergi mana2 ada muzium. eh. haha. tapi memang kitorang ni dah macam penjejak muzium. Pergi mana2 akan cari muzium. Pergi arah Seremban? Singgah kat muzium Za'aba, muzium kat bandar seremban tu, Istana Seri Menanti. Pergi Port Dickson?? Singgah masuk muzium tentera. haha, Pelik kan? tapi memang dah family kami macam tu. and we all love it.
See.. siapa yang eksited?? Nak masuk tak payah bayaran ye. dan muzium ni tak ada kaitan dengan tiket trem tadi. Sebab sebenarnya boleh je naik atas bukit jalan kaki. Tapi dah pergi dengan ibu ayah, diorang naik trem lah. kalau pergi sendiri pun, aku naik trem kut.kueng3..
Inilah rumah api yang cakap awal tadi. zaman dulu rumah api ni penting beb.. sebab apa? Jawapan betul, hakak bagi 3 markah. .... .... .... bagi yang dapat baguslah, bagi yang tak dapat bagus jugak(sebab rajin baca) haha, rumah api sebagai penunjuk arah untuk para pedagang dulu.
Sekarang jadi pameran je lah.
Dalam muzium tak boleh tangkap gambar, But, basically, dalam muzum cerita tentang sejarah Selangor dan Kuala Selangor. Perah otak jugaklah dok ingat balik sejarah y belajar time lower form dulu. Meh hakak cerita sikit...
Pada kurun ke-18, iaitu semasa pemerintahan Raja Kecil Siak di Johor, Selangor bukan lagi di bawah pemerintahan Johor. So, ada seorang ketua Bugis dengan gelaran 'Yamtuan Selangor' jadi pemerintah. Kekuatan orang bugis makin kukuh di Selangor semasa kedatangan "Anak Raja Bugis 5 Bersaudara". Jangan cakap tak ingat eh,, ada dalam buku teks yang ada gambar 5 orang naik kapal mcm bot kecik tu, lepastu ada sorang berdiri kat depan bot sambil rambut mengerbang ke belakang.. (haha, sebenarnya hakak ingat tang tu je >.<)
Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Chelak, Opu daeng Merewah
dan Opu Daeng Kemasi. Nama2 ni lah yang dok menghafal time PMR dulu.hew3.. Mereka inilah 5 bersaudara yang datang atas permintaan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bagi mengalahkan Raja Siak demi mendapatkan takhta Johor semula. Haha,, korang bosan eh?? Sorry, hakak minat sejarah.
So,kisah keturunan Bugis jadi pemerintah di Selangor apabila Raja Lumu (anak kepada Opu Daeng Chelak, yang berkahwin dengan keluarga ketua Bugis di Selangor ), Yamtuan Muda Johor II ditabalkan menjadi Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin. Aha,, sebab itulah, ramai orang Selangor ni mengaku diorang ada darah keturunan Bugis.
Dulu ada sorang akak ni cerita kat aku, yang orang Bugis dengan Jawa ni datang Tanah Melayu satu kapal. Haha.. auta je kot akak tu. bab orang jowo datang kat selangor aku tak sure pulak.uhuk.
Kami pun round2 habis muzium, Bila keluar tu, dapatlah beli sebuah buku yang mengisahkan asal usul Selangor ni. Memang rezeki ibu, buku yang kitorang beli dengan harga rm15 je tuh, merupakan last copy kat muzium tu. Lepas ni abang jaga muzium yang tengah Vaping tu, kena order lain ehhh..
Keluar je muzum, tiba2 dapat tengok adegan nih. haha, uncle tu chillex je bagi. Aku dah lompat2 sana sini..( Eh, siapa monyet ni??err...)
Maybe masatu lunch hour dia kot sebab tepat jam 12 tengah hari pun. Tengah tunggu trem nak turun, aksi ni lah mencuit hati kami. Memang dah ada uncle india yang jual sayuran untuk visitors beli and bagi kat monyet2 ni. Tapi, aku tengok uncle tu bagi je kalau ada monyet duduk nyendeng2 kat dia. haha. siap main tumbuk2..macam anak dengan bapak dah tengok.
Monyet ni paling suka makan kangkung, then pisang, kacang panjang, and keledek.
Siap ada yang curi kacang panjang dalam poket budak kecik lagi.haish
Ayah action je lebih tuuu
Yang comel kan.anak dia warna coklat weh, mak kelabu? herm,maybe bila besar tukar warna kut. siap ada monyet tu, gilir2 jaga baby. Allahurabbi, memang berlaku depan mata. Penyayang kan binatang nih? so, wahai manusia sekalian, stop buang anak okay, siapa yang lebih bertamadun??
Monyet ke manusia? tepuk dada, tanya akai ada??
Abang, mintak sikit boleh??
Lebih kurang 20minit lepastu, trem datang.Kami pun naiklah and trem bergerak sampai lah
Taman Alam Kuala Selangor , Tapi kitorang tak turun pun sebab ibu macam dah letih,lagipun kat situ ada pertunjukan ikan air tawar, which kitorang macam kureng minat sikit en. So, teruslah sampai bawah, along the road tu, Banyak lagi tempat best, Contohnya, Telaga Beracun, Batu Hampar,Meriam Penggawa, Makam diraja banyak lagi. Nak tahu lebih lanjut?? boleh google more dekat link ni mdks.gov.my
Hakak nak cuba keutuhan buaian ni jee
Seterusnya.. perut dah lapar, ayah pun teringat nak beli ikan masin sebab dah sampai kat Kuala Selangor rugilah tak beli ole2 macam ni
tengoklah, peminat no 1 ikan masin,borong semua jenis ikan masin yang rare.. 3 bungkus rm10 tapi ayah dapat 4 bungkus rm10..aha,, ayah pakar dalam bab nih.
Kedai ni jugak ada buat baulu panas2 owh.. ibu mintak yang fresh dari acuan, dalam kereta je habis satu bekas besar tuh. Memang kalau fresh, baulu lagi sedap, lembut, macam melting dalam mulut. and bau harum bak hang.
Nak jugak jajan en, aku rembatlah jajan nih. kat sekolah dulu selalu beli time prep..
Pekerja kedai tu kata, kedai diorang ni less promoted dekat orang ramai, Takpe bang, saya tolong promote, walaupun reader saya tak ramai,haha. Kedai ni, betul2 tepi jalan menghala ke Sabak Bernam belah kiri, jangan pergi belah kanan, sebab kalau kanan tanah perkuburan Islam.
Ibu pun akui yang unplanned journey ni lagi best. dan rezeki kami,terjumpa kedai mee udang Kuala Selangor yang jadi bualan ramai ni. Kedai ni pun bila kitorang dah order, ternampaklah plaque Jalan2 Cari Makan tergantung kat kaunter. aha,, JJCM pernah datang ler tu.
Betul2 tepi jalan menghala balik ke KL, sebab betul2 tepi jalan, tak sempat ambik gambar papan tanda. tapi seingatnya, kalau dari Kl, sebelah kiri korang nampak masjid kubah kuning(which aku rasa masjid besar KS), then kedai tu dekat seberang jalan. haha, failed bagi direction.
But, jujur lah eh, aku rasa biasa je mee udang banjir ni, accept for the fact that udang dia memang banjir sebab ada 6 ekor each bowl. habiskanlah sensorang..
So, otw nak masuk highway, terjumpa pulak Cendol Bakar yang famous ni jugak. Bukti famous?? siap ada drive thru wuuu.. Tak payah keluar kereta, order je cendol biasa, cendol vip, cendol vvip. semua ada, Harga pun boleh kata berpatutanlah, yang penting sedap.. 5 bintang..!
Jadinya, sampai disini sahaja cerita terjah kami ke Kuala Selangor, memang tak rancang, Ayah pun dah 30 tahun tak datang KS. Tapi memang respect dekat ibu dengan ayah sebab wiling bawak kitorang jalan2. eh,, happiness can be get everywhere, walaupun jalan2 kat Malaysia, asalkan dengan family. Btw, memang sekarang Tourism Malaysia galakkan kita jalan dalam negara je dengan #DekatJe. So kami sahut promotion tu. dan Malaysia memang ada je tempat best. Kau je terhegeh-hegeh nak jalan oversea.. siapa kau? akulah..(sedar diri)
Nota kaki: Akhirnya kami sampai rumah dah petang. Last2 hantar adik balik asrama malam.
Having a cikgu sejarah on trip like this is heaven! Mesti mcm2 fakta keluar en.best
BalasPadam