ACHEH Hari 3 (Kembara Cinta) - 8 June 2015
Ha.. maaflah ye, baru sekarang sempat dan bersemangat nak sambung cerita. sebab bulan puasa baru ni sibuk sikit. Buat biskut raya(ha.. orang jual tau, tapi dekat kawan2 ibu jelah), sediakan makanan buka puasa, sahur, jaga anak. eh.. anak tak ada lagi. jaga ibu ayah.haha.
So, sebelum nak sambung cerita, lebih bagus kalau ain mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di dunia atau trend sekarang SHRMZDB.. apa punya malas lah anak muda sekarang.. haih.. *tak sedar diri sendiri anak muda. kepada sesiapa yang seronok baraan dengan kawan2 tu, jangan lupa, diet kena jaga.
alright. sebenarnya, ain dah ingat2 lupa apa yang ain buat masa hari ketiga kat sana. tapi nasib baik ada gambar. and you know what? baru ni semua gambar2 raya and gambar2 kat acheh hilang.. sebab damaged SD card. pergh.. perasaan dia. orang ajak makan lemang pun rasa tak selera..haha.okay over. tapi alhamdulillah, akhirnya dapat retreat balik semua gambar hasil googling dan godek2 sepanjang malam. Dah2 cik ain.. bila nak ceritanya. haha. don't worry everybody, kali ni ain banyak cerita guna gambar je. i try okay. i try.
ceritanya, suatu hari puteri Kamariah rasa sunyi dan rindu akan negerinya. Maka berlakulah dialog. "Wahai kakanda, amatlah rindu hati adinda akan tempat tumpah darahku. Terasa sunyi benar adinda di sini dek kesibukan kanda mengurus hal ehwal negara. Bila kakanda sibuk, fikiran adinda akan melayang ke negeri Pahang, suasananya, kehijauanya, gunung-ganangnya". Maka jawablah Sultan Iskandar, " Owh adinda ku sayang, maafkan kakanda kerna terlalu sibuk mengurus hal ehwal negara sehingga mendatangkan kesunyian di hatimu. Tak mengapalah, sebagai tanda maaf dari kakanda serta tanda cinta kanda, akan kanda binalah tempat sepermainan bagi adinda serta dayang2. Bentuknya bahkan mirip gunung-ganang seperti di negeri adinda"..
aku yang excited memanjat nih akhirnya.. |
Inilah Gunongan tu. kan nampak macam gunung sikit bentuknya. accept warna putih, kalau warna hijau.. dah sebijik sama kut. ( Sorry puteri Pahang menyelit kat tengah2..haha) |
hHa. tepi sikit.. Hero Malaya nak lalu. Ayah ain dulu hensem orangnya. Sekarang pun, tapi uban ada banyak sikit lah. tapi memang hero Malaya lah nak katanya. and always be my hero~ |
Ha, ni lubang untuk naik dekat gunongan tu. kata gunung, mesti adventure sikit. saiz pun kecil molek je untuk sorang. Takpe, besar jugak, sebab ayah pun still muat..muehehe. |
Dekat Gunongan ni ada mini muzium. Boleh sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang Gunongan, atau nak lihat tinggalan sejarah macam pinggan seramik, keris apa semua. Ada kat sini. Next, kita teruskan perjalanan ke Rumah Cut Nyak Dien.
Menurut pamphlet yang pihak muzium ni bagi. monumen ni merupakan replika rumah seorang srikandi Acheh iaitu Cut Nyak Dien ( sebutan 'cUt' eh, bukan 'kat'). Cut Nyak Dhien merupakan putri Teuku Nanta Setia yang dipercayai oleh Sultan Acheh sebagai uleebalang yang berkepribadian tangguh. Berkahwin dengan Teuku Ibrahim @ Panglima Lamnga yang sangat disegani oleh Belanda atas keberaniannya.
Namun, penyerangan Belanda terhadap Acheh pada tahun 1873 menyebabkan gugurnya Panglima Lamnga. Dipendekkan cerita, saat Belanda mundur sebentar dari Acheh, Cut Nyak Dhien kembali semula ke Acheh dan menggantikan tugas ayahnya. Dek memiliki jiwa patriot, beliau amat kecewa apabila suaminya (ketika itu ialah Teuku Umar) memihak kepada Belanda. Sehingga suaminya diangkat sebagai Panglima Besar dan dikurniakan istana besar.
Namun, ketika Teuku Umar berbalik memusuhiBelanda, maka terjadilah pertempuran sengit antara dua pihak. Masa itulah Belanda serang habis-habisan ke arah rumah Cut Nyak Dhien. Walaupun suaminya telah mati, beliau terus melakukan serangan grila dari hutan kehutan menentang belanda, sampai akhirnya ditangkap oleh Belanda dan diasingkan ke Sumedang Jawa hingga akhir hayatnya.
sekarang, hanya tinggal replika rumahnya yang telah dulu dibakar oleh pihak belanda. Rumah inilah yang digunakan beliau untuk mengatur strategi. Rumah inilah bukti jiwa patriotik sejati. Rumah inilah lambang cinta abadi. Reka bentuk rumah ini juga kaya dengan budaya acheh terutamanya jumlah tiang penyangga yang banyak iaitu 65 buah. nanti kalau sampai sana, kalian kirala sendiri.
herm. nampaknya panjang jugak ain bercerita. haha. hari ketiga ni terasa macam kembara cinta pulak. ialah, dah 2 tempat lawatan mainly cerita pasal cinta. cinta dalam rumah tangga, cinta pada negara, yang utama, cinta pada yang Esa.
comel je dua insan nih. |
Selesai je ayah and ibu borong makanan, kita bergerak ke destinasi seterusnya. Kubah Masjid Jami' Lamteungoh. Sepanjang perjalanan ke sana, Surya ceritalah jugak tentang tempat ni. Katanya, tempat lawatan ni hanyalah sebuah kubah masjid yang terdampar di tanah. Tapi, kenapa beriya sangat dia nak bawa kami ke sana? Sebabnya, kubah masjid ni sebenarnya adalah kubah masjid di kawasan lain yang dibawa oleh arus tsunami. Allahuakbar!
Masjid Besar Baitul Maghfirah bukan masjid ni kami solat Zohor tadi, tapi nak bagitahu yang dekat Acheh banyak masjid2 baru yang dibina. Semuanya cantik dan kelihatan utuh. |
inilah buku hasil tangkapan kami. Curently reading Syair Tsunami, sebab aku suka.haha |
Lorng-lorong kecil kami terjah. sebabnya, nak cari toko buku lain yang ada jual buku "Hafalan Solat Delisa". Mungkin korang rasa kami pelik, tapi who's care? kami ada style kami sendiri. |
Ibu got excited.. Haha sebab dia tanya "Ain, apa benda roda 2 ni?" curious giler muka.. aku pun jawablah, "Motorlah ibu" sinis jawab balik.. bab dia gelak over tu still unidentified. |
hasil lontaran cikgu2 ni. ada yang beli untuk cucu, ada beli baju kawen anak. Ibu? She got happiness. |
dua insan berharga bagi aku. |
Hakak pandang apa tu?,, ramainya photobomb =.=' |
ni adik sado saya, Amirul Hannan nama diberi yang bermaksud "Pemimpin yang Lemah Lembut". memang shy2 cat orangnya. Jarang marah, Tapi kalau marah, kak ain lari dulu lah |
Dah, aku tamatkan pengembaraan cinta aku hari ini. Aktiviti malam hanyalah makan malam di Brothers Restaurant. Boleh tahan pelik jugak tomyam kedai ni. Ikhlas cakap, tak lawan tomyam yang ada kat kedai area rumah aku.huhu. Tapi bolehlah buat isi perut. kau tu ain, tolak batu dengan kayu je kan.
Perjalanan hari ini, menambahkan lagi cintaku pada Acheh. Cintaku tertinggal disini. Eh?
power!
BalasPadamwait for the last entry di acheh ye!
Padam