Catatan

Menagih kembali kasih tuhan.

Derap langkah diiringi alunan azan berkumandang dari masjid. Mulut bungkam, hati karam. Karam dalam lautan perasaan sendiri. Tidak pasti apa perasaan yang sedang di alami, cuma yang pasti jiwa diulit tenang mengikut langkah kaki. Langkah demi langkah, sampai juga ke destinasi. Terus diangkat takbir mengikuti imam. Alunan bacaan Al-Quran bergema, mendodoi hati yang leka. Tenangnya suasana di masjid, sehingga seakan terdengar siulan-siulan angin yang membelai pipi. Nyaman.. Mata terpejam tak bermakna perasaan itu diam. Terlalu banyak rasa yang sedang disulam. Kerna diri tak pasti, masih berpeluang lagi kah, merasai nikmat sebegini. Betul. Perkara baik itu, akan selalu dirindui. Sama seperti orang yang baik, akan sentiasa disayangi. Manusia itu, cubalah berlari sejauh mana mencari ketenangan, sesibuk mana dengan urusan keduniaan, tapi nanti sampai satu keadaan, kita sendiri akan kembali menagih kasih tuhan. Nota kaki: Suasana Tarawikh di UIA akan sentiasa dirindui....

Ukhuwah yang bertaut

Imej
Siapa sangka pertemuan di Masjidil Haram yang sebentar mampu menjalinkan ukhuwah yang bertaut sehingga ke tanah air. Ceritanya bermula saat kami sekeluarga sedang berehat di kawasan masjid sambil melepaskan dahaga meneguk air Zam-Zam sejuk. Sedang asyik melihat gelagat anak Arab yang begitu baik hati memberi air Zam-Zam kepada orang, kami disapa oleh seorang wanita. Kelihatan seperti sudah melewati umur separuh abad. Nenek tua itu seakan 'blurr', itu bahasa mudahnya. Lalu ayah bertanya, "Makcik dah selesai buat tawaf umrah?" Sambil memandang seakan-akan mencari sesuatu, nenek itu menggelengkan kepala. "Ah sudah, ni mesti sesat atau terpisah dengan ahli keluarga" getus hati aku. Telahan aku benar, nenek itu terpisah daripada anak lelaki nya ketika hendak melakukan solat Subuh.   Usai solat, kelibat anak lelakinya tidak kelihatan dan dia termangu. Padahal dia belum selesai melakukan tawaf serta saie bagi menyelesaikan umrah wajibnya. Ini kerana kami ba...

That Turning Point

Let start 2017's entry with this kind of pondering session. Ya.. it's already 1 and 1/2 month pass the new year. But who cares?? I know everyone of us has or had face this kind of situation. The situation that put you into 'turning point' junction. It is the junction where you have 2 choices to make. Either to move ahead OR to return back. You hardly can decide which one to choose. The thing that you are sure is the path ahead will full of unknown where the only thing you sure is you will face all new challenges, see unseen thing, feel different feel. A new world, Just a new world for you... And the scary thing is YOU ARE NOT SURE where, and when the path will end. On the other hand, the path of returning back is just a normal world where you have been gone through. The same air, the same sight. But you know it for sure, you will stuck forever in your "comfort zone". Do you still remember back then when you are slightly going to give up to 'hafaz...

Forum Bahtera Jiwa -Ustazah Fatimah Syarha & Hilal Asyraf

Imej
Kelas habis pukul 7.20 petang, nak balik terus hujan pula membasahi bumi Gombak. Solat kejap di KICT, Balik Mahallah,terus order sup sayur kat kafe, Misi road to 50 dik non oii  .Haha, Tengah dok tunggu makanan siap, tiba2 dapat whatsapp jemputan ke Forum Bahtera Jiwa oleh Ustazah Fatimah Syarha &  Hilal Asyraf pukul 8.30pm *tepuk dahi, Allah, lupa pulak haritu memang dah niat nak pergi forum ni. Aish, tak makan lagi, baru balik dari kelas, hujan renyai2. Nak pergi ke tak? Tapi entah dari mana dapat kekuatan, kaki rasa ringan nak melangkah ke sana, hati rasa tenang nak join forum nanti walaupun badan rasa sejuk dek hujan dari tadi. Macam ada magnet pulak bawa aku pergi ke sana. Selesai makan (dengan tenang, bila dapat tahu speaker tak sampai lagi dari sumber boleh dipercayai), terus siap2 dan melangkah aku ke sana dalam renyai hujan. Hush, panjang intro kau ain. haha, okay. jom baca sedikit perkongsian dari ustazah fatimah syarha dan hilal asyraf. Sesampain...

Pertemuan aturan Allah ( HAMKA)

Imej
Semalam menyempatkan diri juga pergi ke inspirational talk HAMKA the Mujaddid of Malay Archipelago. Memang, seperti sudah ada magnet, akan cuba sedaya upaya jugak untuk pergi ke talk jika ianya berkenaan HAMKA. Kenapa jadi macam ni? Sedangkan dulu aku hanya mendengar orang lain memperkatakan perihal buku tulisan Hamka terutamanya novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.  "Siapa HAMKA ni? Best sangat ke penulisan dia? Aku tak suka sangat novel2 cinta ni.Aku suka penulisan Ustaz Pahrol Juoi je" getus hati ego aku. Tapi itulah orang kata, kalau dah perkara baik, senang saja mampu melembutkan hati2 nan gersang. Semuanya bermula tahun lepas, kawan aku si Syuhada tu, beriya betul nak tengok cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni semua gara2 lepas tengok 99 cahaya di Langit Eropah. Aku pun apa lagi, tumpanglah tengok sekaki.  .................................................................................................... Pergh, boleh tahan cerita ni, mendal...

Erti sebuah kemerdekaan.

Imej
PAHLAWAN jika hilangmu tanpa pusara jika pusaramu tanpa nama jika namamu tanpa bunga penjajah mengatakan engkau derhaka maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya Gema seabad silam Inggeris datang meredah Pahang bersama peluru bersama senapang membunuh menangkap setiap pejuang Sungai Semantan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakit mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara bukan bintang tersemat di dada semangatmu api negara berdaulat namamu terukir di jantung rakyat. ~ Usman Awang (Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP) Masih teringat saat kali pertama mendeklamasikan sajak kemerdekaan bertajuk Pahlawan ini ketika di bangku sekolah. Entah macam mana cikgu boleh memberi kepercayaan pada diri aku untuk membuat persembahan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah. Mungkin kerana aku dulu seorang yang berani kehadapan, maka disangkanya aku mampu untuk mendekl...

Grown up

When we think we have grown up? Soalan itu sering berlegar dalam fikiran.  Adakah semasa kita sudah masuk universiti, berjumpa pelbagai ragam manusia sana sini? Atau.. ketika kita sudah mula mempunyai dilema yang tak pasti? Perlu membuat keputusan sendiri? Or.. when the time you have to choose your own shampoo brand without mum's help? Mungkin sesetengah daripada kita rasa sudah dewasa saat diri sudah mampu melepak dengan kawan2 di tempat2 hipster, Mungkin ada yang merasakan dewasa saat membincangkan tentang arah hidup, jodoh dan sebagainya. Pasti, ada juga merasakan dewasa saat mendapat jemputan undangan kahwin 4 sekaligus dalam tempoh 3 bulan   dari rakan2.  Aku?  Aku sedar aku makin dewasa.. tapi bukan pada saat seperti contoh2 aku berikan di atas, Aku sedar aku makin dewasa saat aku tidak lagi mempedulikan percikan minyak panas yang terkena pada tangan tatkala menggoreng cendawan celup tepung. Sound funny right?? But, don't you ever wonder ho...