Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Hotel di Hokkaido lebih mesra muslim berbanding di Malaysia?

Imej
 Assalamualaikum.. Haa.. kita bagi tajuk bakar line sikit hari ni. Masa dulu aku intern dekat Hokkaido, adalah berpeluang beberapa kali bermalam dekat hostel2 di sana. Hostel eh, hotel tak mampu, kecuali Westin  Hotel sebab itupun masa ibu ayah datang, kita ambik la peluang dapat merasa hotel mewah sikit, haha itupun rezeki dapat half-price sebab low-season. Tapi hostel dekat sana pun harga macam hotel dekat Malaysia, dah la kira per kepala. So rakyat Malaysia janganlah gatal2 nak bawak toto pulak buat perangai macam menginap dekat hotel di Malaysia kalau datang Jepun (tapi bersyukur jugak hotel di Malaysia ni tak strict sangat.haha) Jadi aku nak share sikit berkenaan hostel2 yang aku pernah bermalam, ada 3 hostel yang aku pernah menginap dan hostel ni mesra muslim okayy. Sebabnya? Sebab diorang sediakan peralatan memasak untuk orang Muslim. Jadi diorang asingkan peralatan masak khas untuk orang Muslim. Ada sesetengah tu, siap ada kunci lagi, jadi kena mintak dekat receptionis...