Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Erti sebuah kemerdekaan.

Imej
PAHLAWAN jika hilangmu tanpa pusara jika pusaramu tanpa nama jika namamu tanpa bunga penjajah mengatakan engkau derhaka maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya Gema seabad silam Inggeris datang meredah Pahang bersama peluru bersama senapang membunuh menangkap setiap pejuang Sungai Semantan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakit mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara bukan bintang tersemat di dada semangatmu api negara berdaulat namamu terukir di jantung rakyat. ~ Usman Awang (Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP) Masih teringat saat kali pertama mendeklamasikan sajak kemerdekaan bertajuk Pahlawan ini ketika di bangku sekolah. Entah macam mana cikgu boleh memberi kepercayaan pada diri aku untuk membuat persembahan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah. Mungkin kerana aku dulu seorang yang berani kehadapan, maka disangkanya aku mampu untuk mendekl...